Rakaman CCTV Papar Pengawal Keselamatan Hanya Tercegat Bila Wanita Diragut
Posted by greenbocGambar: Rakaman CCTV menunjukkan pengawal keselamatan hanya memerhatikan kejadian ragut yang berlaku.Petaling Jaya – Hanya kerana pengawal keselamatan gagal bertindak, seorang eksekutif pengurus acara kerugian RM18,000 apabila rantai leher dan beg tangan dilarikan peragut.
Dalam kejadian petang 14 Mei lalu, mangsa K Sharala Thevi, 28, berkata, kejadian berlaku di pintu masuk kawasan kediamannya di Kondominium Kelana D'Putra, Kelana Jaya dekat sini.
"Saya berjalan kaki pulang dari bekerja, sebaik masuk di pintu masuk kondo, dua lelaki bertopi keledar tibatiba menerpa dari arah belakang menyebabkan saya terus menjerit dan cuba melarikan diri," katanya.
Menurutnya, ketika itu seorang pengawal keselamatan keluar dari pondok pengawal namun dia hanya melihat sahaja insiden itu berlaku.
"Saya kemudiannya terjatuh dan diheret sebelum kedua-dua peragut itu melarikan diri bersama dua lagi rakannya yang turut menunggang motosikal," katanya pada sidang media di Pejabat Biro Pengaduan Awam MCA Selangor, semalam.
Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, mangsa membuat laporan di pejabat pengurusan kondominium itu namun jawapan yang diberikan mengecewakan.
"Saya diberitahu pengawal keselamatan tidak mahu membantu sebab takut suspek ada senjata dan kawasan parkir pelawat bukan di bawah pengurusan kondominium itu.
"Bagi saya ini tidak masuk akal dan saya akan memfailkan saman terhadap pengurusan kondo ini kerana cuai," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya.
Menurutnya, paling dikesalkan rantai dilarikan adalah hadiah daripada suami sempena perkahwinannya. -SH
comments:
- Amuraria said...
nampak macam mamat bangla ja pengawal tuu !
- Anonymous said...
nyawa sendiri lebih penting dari nyawa orang lain, lebih lebih lagi berhadapan dengan penjenayah yang bersenjata sedangkan pengawal tersebut tak bersenjata, lagipun gaji bukannya mahal sangat, kalau berlaku sesuatu yang tak diingini bukannya ada insuran yang nak cover sebab majikan jenis kedekut.
- Anonymous said...
Syarikat kawalan keselamatan semuanya penipu... pabila ada kes semua di serahkan pada syarikat insurance, kononya insurance cover, syarikat lepas tangan.. gaji lambat, tak setimpal dengan kerja 12 jam sehari yang dulakukan.. sekarang ni melambak bangsa asing jadi pengawal keselamatan sebab bagi mereka gaji 1ribu dah kira lumayan pada mereka.. Nasiblah wahai rakyat malaysia.. 10 tahun akan datang remaja kita bertuankan pendatang asing pula, percayalah...
- din berendoi said...
Pengawal tu nampak bodoh semacam aje. Aku tak salahkan pengawal tu. Kawasan ragut tu bukan dalam kawasan kerja dia, setuju. Nyawa sendiri lebih penting daripada nyawa orang lain, setuju. Sepatutnya dia membuat pengecaman, rupa paras peragut, tanda2 yang ada pada peragut dan motor serta plat pendaftaran motor (walaupun palsu). Panduan untuk pompuan : Jangan pamer kemewahan pada diri apatah lagi semasa berseorangan !
- Anonymous said...
dia bkn tk nk tolong..tp kepentingan nyawa sendiri mesti diutamakan..macam juga dr fadilah kamsah selalu ckp, beri keutamaan pada diri sendiri sebelum keutamaan pd orang lain..
kedua, pengawal tu bekerja disitu..dan ianya amat mudah utk peragut tu nak mencari dia selepas ini
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment