Jika diri mu jatuh cinta..maka diamkan lah...kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu... jika dirinya, bukan untuk mu, redhailah...kerana ALLAH pasti menyediakan seseorang yang lebih beriman untuk mu...DIAM ITU LEBIH BAIK..
Diam ku...bukan kerana membenci kehadirannya..tetapi ingin menjaga kesuciannya...Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui...
Kita diam bukan bermakna kita membenci sesuatu, tetapi mungkin kita ingin menjadikan ia lebih baik. Pernahkah kita terfikir, jika kita hanyut dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu masalah untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa. Apakah yang akan berlaku pada rumahtangga kita? Anak-anak kita?
Adakah kalian masih ingat tentang kisah cinta antara Saidina Ali & Saiditina Fatimah Az-Zahra? Kedua-dua mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain, tetapi mereka lebih memilih untuk mendiamkan hal ini dari pengetahuan orang lain. Dengan izin, ALLAH s.w.t, mereka berdua telah di satukan dengan ikatan yang sah.
Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah...
Tapi, ingatlah…Cinta ALLAH, adalah Cinta yang kekal abadi.. Kejarlah cinta ALLAH dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai ALLAH dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.
Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan di sebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara. Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul-betul sudah bersedia maka kahwinlah..
Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa di lindungi oleh ALLAH. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan ALLAH bukan di pandangan manusia.
Untuk Hawa
Apabila, lelaki mengatakan diri mu, seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan diri mu, sukar untuk di dekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga diri mu dan dirinya jua.
Untuk Adam..
Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta diri mu, bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan di dalam ISLAM.
Jodoh, pertemuan, ajal dan maut adalah ketentuan ilahi kepada setiap insan. Ini lah ketetapan hakiki dari Allah yang telah tertulis kepada setiap jiwa. Sebijak manakah manusia itu, segagah manakah manusia itu, akhirnya ketentuan Allah jua yang melebih segala daya fikiran dan tenaga manusia. Setelah sampai saat dan ketikanya fikiran manusia akan hilang menjadi nyanyuk, kekuatannya akan lemah sehingga kembalilah ia seperti zaman kanak-kanaknya. Ketahuilah setiap perkara yang berlaku dan bakal berlaku telah ditentukan sebelum manusia itu tahu bagaimana mahu melakukan sesuatu. Tahukah kita berapa lama kah jodoh kita? Mungkin sahaja esok lusa perpisahan akan terjadi. Oleh kerana kita tidak tahu bilakah ia akan terjadi, kita boleh berusaha untuk mengelakkan ia atau menangguhkannya dari berlaku. Jika kita tidak berusaha bermaksud perpisahan itu telah ditetapkan bagi kita dan kita sendiri jua yang mahu ia berlaku. Jika ia sudah berlaku maka manusia hendaklah redha kerana itu telahpun menjadi takdir baginya. Bukan dalam hal jodoh, tetapi setiap yang berlaku dan akan berlaku telah tertulis bagi kita. Itulah yang manusia perlu sedari siapa dirinya sebenar dan siapakah Penciptanya. Manusia akan melakukan sesuatu yang tertulis utk dirinya atau yang telah dipermudahkan Allah baginya. Sebab itulah doa adalah pokok bagi ibadat yang menunjukkan manusia lemah, Allah Maha Berkuasa, manusia kerdil, Allah Maha besar, manusia hanya tahu apa yang diajarkan kepadanya , Allah yang Maha Mengetahui dan sungguh luas ilmuNya. Orang yang berdoa dekat dengan rahmat Allah, orang tidak mahu berdoa , menunjukkan hatinya sombong dan takabur. Tidak perlu lihat orang lain, ukur lah kesombongan pada diri kita sendiri. Menganggap diri sendiri lebih baik atau pandai dari orang lain cukuplah baginya sifat ujub yang akan membawanya ke neraka jahannam.
Ya allah Jika benar aku jatuh cinta aku harus pastikan bahawa perasaan itu bukan kerana nafsu tetapi memang yang kau benarkan cinta itu hadir
JODOH adalah rahsia Allah, kita MERANCANG dan Allah pun turut sama merancang..cuma kadang-kadang aku TAKUT dengan RENCANA Allah..
Sebab apa?
Sebab aku TIDAK PERNAH tahu apa yang bakal berada di hadapanku kelak, dan apa PENGAKHIRAN yang A...llah inginkan buatku, buat hidupku..tiba-tiba hati berbisik, sebenarnya perancangan Allah mengatasi perancangan kita sendiri..buat apa terlalu memikirkan sangat.....kita LALUILAH kehidupan seperti biasa..permulaan itu bermula dari kita, dan pengakhiran itu akan Allah TENTUKAN kelak..BERDOALAH semoga PENGAKHIRAN itu adalah sama seperti yang dirancangkan dan yang TERBAIK dalam hidup... ✿
~ Belum dikatakan dia JODOH kita selagi 'AKAD' tidak TERTUNAI ..kadang PERTEMUAN itu ada namun JODOH itu tetap menjadi RAHSIANYA lagi...;)
Kenapa laaa jadi begitu......ni mesti nafsu 100 peratus dah menang, bangla tu....pulak dah dapat kesucian yang kau jagahancur maruah dan kesucian wanita mu kerana dek pujuk rayu bangla tuSent: Wednesday, June 13, 2012 11:13 AM
Subject: Re: RG2011... Kenyang Mat Bangla ni...ayat apa dia pakai xtau la...
correction sblm suami sendiri yg rasmi....
alhamdulilah boy fren dia dpt jaga adap walaupun 9 thn kawan...
On 6/12/12, ff kk <finnkidd2003@yahoo.com> wrote:
> hbs mat bangla sapu dulu sblm balak sendiri merasmikannya...
>
>
>
> ________________________________
> From: PieLan <phoqlae09@yahoo.com>
> To: "Kelakar@yahoogroups.com" <Kelakar@yahoogroups.com>;
> "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
> Sent: Monday, June 11, 2012 1:52 PM
> Subject: RG2011... Kenyang Mat Bangla ni...ayat apa dia pakai xtau la...
>
>
>
> Berkasih dengan Mat Bangladesh
>
>
> SAYA berusia 27 tahun dan ada teman lelaki. Kami bercinta sejak sembilan
> tahun lalu. Bagaimanapun, dia menetap di Kuala Lumpur manakala saya di Johor
> Bahru.
> Masalahnya, saya mula jatuh hati kepada seorang warga Bangladesh yang
> bekerja di tempat sama dengan saya. Pada mulanya saya cuba menghindari
> perasaan ini.
>
> Apabila saban hari dilimpahi rayuan dan kata-kata janji manisnya, saya tidak
> sampai hati dan mula jatuh cinta dengannya. Memikirkan hubungan kami tidak
> mungkin sampai ke mana, saya cuba lawan perasaan ini.
>
> Saya paksa dia lupakan saya tetapi saya pula yang rindu padanya. Sampaikan
> saya ternanti-nanti panggilan serta SMS daripadanya. Akhirnya saya mengalah
> dan mula menghantar SMS kepada kekasih gelap saya.
>
> Tambahan pula, saya pernah terlanjur dengannya sehingga ke tempat tidur.
> Mengingati peristiwa itu, saya pula berasa menyesal. Apakan daya, ia sudah
> terjadi dan disebabkan itu, saya sukar melupakannya.
>
> Saya tidak tahu mengapa saya boleh bertindak tidak rasional seperti ini.
> Pada hal saya tidak pernah terlanjur dengan teman lelaki walaupun kami
> bercinta sembilan tahun.
>
> Apa perlu saya buat untuk melupakan lelaki Bangladesh itu? Saya takut untuk
> hadapi masa depan. Mungkin saya dihantui perasaan bersalah kerana terlalu
> jauh tersasar dalam menjalin
> hubungan dengannya.
>
> ROZANA
> Johor Bahru
>
>
>
> Sudah acapkali peringatan diberi, malah seawal usia 'baligh' bab menjaga
> pergaulan dititipkan supaya perempuan Muslim berusaha menjaga maruahnya.
>
> Apabila berdua-duaan, ia boleh mengundang pihak ketiga di sini yang
> selalunya mendorong pasangan lelaki dan perempuan terjerumus ke dalam kancah
> zina.
>
> Meskipun pasangan saat berdua itu bukan kekasih hati, kejadian terlanjur
> apabila terpukau janji manis ditabur dan sumpah setia dilabur oleh rakan
> sekerja warga Bangladesh.
>
> Dang Setia sarankan saudari terus bertaubat dan tanam penyesalan dalam hati
> supaya babak terlanjur bersama kekasih Bangladesh tidak berulang.
>
> Elak menghubungi, apatah lagi bertemu kekasih gelap, kerana ia nyata
> membuatkan saudari jauh terpesong.
>
> Kuatkan hati dan jadikan sesalan mahupun rasa berdosa menggunung sebagai
> tembok menghalang
> saudari bertemu dengannya. Tambah pula saudari mempunyai kekasih yang setia
> menjalin kasih sembilan tahun lamanya.
>
> Fikirkan secara rasional mengenai masa depan hubungan bersama kekasih
> Bangladesh yang hampir tiada kerana mungkin menerima tentangan keluarga yang
> keberatan menerimanya.
>
>
------------------------------------
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
respeks_group-digest@yahoogroups.com
respeks_group-fullfeatured@yahoogroups.com
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
respeks_group-unsubscribe@yahoogroups.com
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
--
FADHILAT HERBS ENTERPRISE & AZNUAR SUPPLY
0133974727/0192288890
http://aznuarherbs.blogspot.com/
http://firstperfume.blogspot.com/
http://fadlat-herbs.blogspot.com/
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment