Thursday, June 14, 2012

Re: RG2011... MAKSUD MUNAFIKUN

 

Terima kasih atas maklumat. Patut la saya tak tahu, saya masih belum sampai surah ini dalam terjemahan Al-Quran, hanya ada jumpa sedikit tentang munafik dalam ayat 8 Surah Al-Baqarah. 


From: RIDZWAN ALASYRAF <ridzwan_alasyraf@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, June 14, 2012 4:53 PM
Subject: Re: RG2011... MAKSUD MUNAFIKUN

 
Surah 63, Surah al-Munafiqun (Orang Munafik) : 11 ayat. 
Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani). 
63-1:  Apabila orang munafik datang kepada engkau, mereka berkata: "Kami menyaksikan (mengakui) bahawa sesungguhnya engkau benar-benar rasul Allah." Dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya engkau benar-benar rasul-Nya, dan Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya orang munafik itu benar-benar pendusta.  
63-2:  Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi daripada jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kerjakan. 
63-3:  Demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian mereka kafir, lalu dimetrai atas hati mereka, maka mereka tidak dapat mengerti. 
63-4:  Dan apabila engkau melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan engkau kagum. Dan apabila mereka berkata-kata engkau mendengarkan perkataan mereka, seakan-akan mereka itu kayu yang tersandar. Mereka menyangka bahawa setiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh, maka berwaspadalah terhadap mereka. Allah mencelakakan mereka. Bagaimanakah mereka dipalingkan?
63-5:  Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah, agar rasul Allah memintakan keampunan bagi kamu," mereka membuang muka mereka dan kamu melihat mereka berpaling, dan mereka menyombongkan diri.  
63-6:  Sama sahaja bagi mereka, engkau memintakan keampunan untuk mereka atau engkau tidak memintakan keampunan untuk mereka, Allah tidak akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.  
63-7:  Mereka adalah orang yang mengatakan: "Janganlah kamu memberikan perbelanjaan kepada orang (Muhajirin) yang ada di sisi rasul Allah supaya sehingga bercerai berailah mereka." Padahal kepunyaan Allah perbendaharaan langit dan bumi, tetapi orang munafik itu tidak memahami. 
63-8:  Mereka berkata: "Sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah, orang yang mulia akan mengusir orang yang lemah dari sana ." Padahal kemuliaan itu bagi Allah, bagi rasul-Nya dan bagi orang Mukmin, tetapi orang munafik itu tiada mengetahui.
63-9:  Wahai orang yang beriman! Janganlah harta-hartamu melalaikan kamu, dan janganlah anak-anak kamu daripada mengingati Allah. Dan sesiapa berbuat demikian maka mereka itulah orang yang rugi.  
63-10:  Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami (Allah) berikan kepada kamu sebelum datang kematian kepada salah seorang antara kamu, lalu dia berkata: "Rabbi (wahai Tuhanku)! Mengapa Engkau (Allah) tidak menangguhkan kepada suatu ajal (waktu) yang dekat, supaya aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang yang salih?" 
63-11:  Dan Allah tidak akan menangguhkan seseorang apabila datang ajalnya. Dan Allah adalah al-Khabir (Maha Mengerti/Mengenal) akan apa yang kamu kerjakan. 
     
 
 

--- On Wed, 13/6/12, Cucu Buluhbetong <cucu_buluhbetong@yahoo.com.my> wrote:

From: Cucu Buluhbetong <cucu_buluhbetong@yahoo.com.my>
Subject: Re: RG2011... MAKSUD MUNAFIKUN
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Wednesday, 13 June, 2012, 10:39 AM

 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat."
Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi

Huraian:
  • Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.
  • Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.


From: nor azlin mohd nordin <azlin8@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 13 June 2012 11:31 AM
Subject: RG2011... MAKSUD MUNAFIKUN

 
Salam....dalam group ni ada ustaz tak? Boleh terangkan maksud munafikun dan ciri2 munafikun, supaya kita masing-masing boleh muhasabah diri. Akhir2 ni ramai pulak yang senang2 label orang sebagai munafikun. Bukan apa, risau tersalah guna je. 

Ustaz, please....kalau pencacai parti politik, sure jawapan berat sebelah nyer.




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment