Tuesday, June 26, 2012

Re: RG2011... Nik Aziz kecam Harussani

 

Dah lebih 20 tahun PAS memerintah kelantan, adakah kelantan sudah jadi negeri Islam? Adakah perlembagaan negeri ciptaan penjajah sudah ditukar kepada perlembagaan Islam? Adakah sistem kerajaan bercirikan islam sudah ditukar? Jawatan-jawatan ketua kerajaan Pas Kelantan dan ahli- exconya sudahkah ditukar kepada sistem Islam. Adakah syura diamalkan mengikut Islam?

Saya nampak amalan sistem pemerintahan pas sama saja dengan negeri-negeri lain yang diperintah oleh BN. Perlembagaan negeri pun lebihkurang sama. Undang-undang tanah pun sama. Siatem kewangan pun sama. Sistem pentadbiran pun sama. Sistem ekonomi dan sosial pun sama. Kalau itu dikehendaki islam dan sesuai dengan islam, maknanya negeri lain pun diperintah cara islam juga.

Yang berbeza hanya KULIT luaran sahaja. Isinya sama.

2012/6/9 Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
 

Wartawan Sinar Harian
9 Jun 2012

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan parti itu mahu mendapat kemenangan dalam pilihan raya sebagai matlamat untuk menguasai kerajaan sekali gus membina kerajaan Islam.

Sambil mengecam kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Nik Aziz berkata, tiada jalan lain bagi sesebuah kumpulan untuk mendapat kuasa melainkan kemenangan dalam pilihan raya.

"Kepada yang kata Pas nak kerusi, saya kata ya, saya nak kerusi, bahkan meja pun saya nak juga kerana jika tidak ada kerusi tidak boleh buat kerajaan, kalau tidak ada kerajaan, maka Islam tidak boleh berjalan, demokrasi pun tidak boleh," katanya, semalam.

Sebelum ini, Harussani mendakwa Pas sebuah parti yang hanya mahu merebut 'kerusi' dalam pilihan raya dan tidak menghiraukan masa depan agama Islam dan bangsa Melayu kecuali kedudukan dan kepentingan politik semata-mata.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut mempersoalkan kenyataan Harussani yang mendakwanya seorang yang keras hati kerana menolak muzakarah antara Umno dengan Pas.

"Apa yang saya lakukan itu adalah istiqamah, bukannya keras hati," katanya.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut nafi pernah 'menjanjikan' syurga kepada pengundi yang memilih Pas, sebaliknya beliau menjelaskan mereka yang undi Pas mendapat pahala
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment