Friday, June 1, 2012

Re: RG2011... Pelik dan Luar Biasa: Kerajaan 22 Tahun PAS Minta Derma Rakyat Untuk Bina Lebuh Raya

 


Pelik bagi orang yang dungu macam shreddervirtuoso sebab dia tak faham bahawa kewangan kerajaan negeri adalah terhad tidak seperti kewangan kerajaan pusat. Tetapi sepatutnya kerajaan pusat yang menghulurkan kewangan kerana pendapatan dari sumber kerajaan negeri juga di salurkan untuk kerajaan pusat.
 
Yang peliknye kenapa selaku kerajaan Malaysia tidak menghulurkan kewangan secukupnya untuk pembinaan lebuhrya terdsebut.
 

--- On Thu, 31/5/12, shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com> wrote:

From: shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
Subject: RG2011... Pelik dan Luar Biasa: Kerajaan 22 Tahun PAS Minta Derma Rakyat Untuk Bina Lebuh Raya
To: chainz_of_frenz@yahoogroups.com, MalaysiaNews@yahoogroups.com, respeks_group@yahoogroups.com, pakbelang@yahoogroups.com, SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Date: Thursday, 31 May, 2012, 7:10 AM

 

Pelik dan Luar Biasa: Kerajaan 22 Tahun PAS Minta Derma Rakyat Untuk Bina Lebuh Raya

Oleh: Wan Mohd Hafiz Wan Hamzah

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Hasrat kerajaan PAS Kelantan mahu membina lebuh raya dari Machang hingga ke Kuala Krai secara bergotong royong, dan meminta rakyat mendermakan  wang ringgit atau bahan-bahan binaan untuk kegunaan pembinaan lebuh raya tersebut disifatkan sebagai satu tindakan yang amat pelik dan luar biasa.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab Rahman, PAS sebagai sebuah kerajaan yang sudah lebih 22 tahun memerintah Kelantan, sepatutnya sudah mampu untuk membina lebuh raya tanpa meminta bantuan pusat, apatah lagi dengan meminta derma daripada rakyat.

"Bagi saya, tindakan PAS meminta derma daripada rakyat dalam usaha membina lebuh raya ini adalah sesuatu yang agak luar biasa sekali. Rasanya tidak ada mana-mana kerajaan di dalam dunia yang berbuat sebegitu terhadap rakyat di negara atau pun di negeri mereka.

"PAS sudah lebih 22 tahun memerintah Kelantan, sepatutnya sudah menjadi tanggungjawab PAS untuk membina lebuh raya tersebut tanpa meminta-minta sumbangan daripada rakyat. PAS sebagai kerajaan yang memerintah, tidak patut menyusahkan rakyat dengan meminta derma seperti itu," tegasnya kepada UMNO-Online ketika dihubungi di sini hari ini.

Berbanding dengan kerajaan BN yang diterjui oleh UMNO, sejak dari mula memerintah sehinggalah ke hari ini, segala projek pembangunan dan infrastruktur yang dibangunkan di negara ini berada dibawah tanggungjawab kerajaan BN sepenuhnya.

Selama ini, menurut beliau lagi, kerajaan BN tidak pernah meminta sebarang derma dari rakyat bertujuan untuk membina apa saja  kemudahan dan prasarana untuk rakyat. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan BN untuk mencari dana, bagi membina segala kemudahan tersebut, tanpa mengharapkan bantuan rakyat apatah lagi mahu menyusahkan rakyat dengan meminta derma itu dan ini.

"Biarpun cuba dinafikan oleh pemimpin-pemimpin PAS, namun tindakan kerajaan PAS Kelantan meminta derma daripada rakyat secara tidak langsung membuktikan bahawa kerajaan PAS Kelantan tidak merancang kewangan negeri dengan baik. Bila dikatakan Kelantan sebagai negeri miskin, mereka marah. Tetapi inilah buktinya. Mahu bina lebuh raya sepanjang 33 kilometer saja pun terpaksa minta derma dari rakyat.

"Jelas dalam hal ini, kerajaan PAS tidak mampu menjadi pentadbir negeri yang baik, apatah lagi mahu mentadbir negara, kerana sudah 22 tahun memerintah pun masih lagi meminta-minta derma dari rakyat," ujar beliau lagi. – MediaUMNO


http://umno-online.com/?p=61402&utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pelik-dan-luar-biasa-kerajaan-22-tahun-pas-minta-derma-rakyat-untuk-bina-lebuh-raya

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment