Friday, June 15, 2012

Re: RG2011... Sampaikah Amalan Orang Hidup Kepada Arwah ?

 

Terima kasih kerana sebutkan hal ini, saya juga terasa amat pelik dengan statement ini

Pandangan segelintir manusia bahawa amal soleh yang ingin dihadiahkan itu tidak sampai pahalanya kepada arwah ditakuti mengikuti sebagai pandangan Muktazilah. Terutama pada mereka yang menggunakan dalil naqli melalui ayat surah An-Najm 53:39.

Sesungguhnya Nabi Saw, dikuti seluruh sahabat, tabiin dan tabiut tabiin juga imam muhammad bin idris asy syafii rohimahullah tidak pun membuatnya malah menolak amalan sebegitu. Adakah semua mereka ini muktazilah? Adakah mereka ini buta Al Qur'an sehingga menafsirkan, memahami dan mengamalkannya secara silap.

Ini tuduhan amat berat ke atas para golongan auliya'


From: Izana Hani <izanahani@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, June 14, 2012 2:03 PM
Subject: Re: RG2011... Sampaikah Amalan Orang Hidup Kepada Arwah ?

 
Pertanyaan saya berdasarkan statement dibawah ini :

"Adapaun bacaan Qur'an (yang pahalanya dikirimkan kepada mayit), maka yang masyhur dalam madzhab Syafi'i, tidak dapat sampai kepada mayit yang dikirimi.... sedang dalilnya, Imam Syafi'i dan pengikut-pengikutnya, yaitu firman Allah Swt. (yang artinya), 'Dan seseorang tidak akan memperoleh, melainkan pahala usahanya sendiri' (surah an Najm (53) ayat 39), dan sabda Nabi Saw. (yang artinya), 'Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amal usahanya, kecuali tiga hal, yaitu sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh (laki/perempuan) yang berdo'a untuknya (mayit)".
Imam Yahya bin Syaraf An Nawawi, Syaah An Naawi 'ala Sahih Muslim, Jilid 1 hal. 90

Mu'tazilah kah imam Asy Syafii rh. kerana menolak amalan sedekah pahala kepada orang mati dengan dalilnya ayat surah 53 ayat 39?


From: norsam wahab <norsamwahab@yahoo.com.my>
To:
Sent: Wednesday, July 13, 2011 11:56 AM
Subject: RG2011... Sampaikah Amalan Orang Hidup Kepada Arwah ?

 

 
As Salam,

Untuk makluman tuan/ puan yang di rahamati Allah SWT, berdasarkan hujah-hujah serta pandangan dari mazhab Syafie oleh para ulamak Syafieyyah seperti al-Nawawi, al-Khazin, al-Subki, Zakariyya al-Ansari, Ibn Hajar, al-Ramli, al-Bujaimiri, Ba'ashn, Balfaqih, al-Jurdani bahawasanya boleh amal soleh oleh si hidup dihadiahkan kepada arwah. Ini dibuktikan oleh Qaul Masyur - Imam Nawawi dalam Sharh Muslim dan ulasan semula Imam Nawawi terhadap hujahnya sendiri dalam Sharh Muslim itu di dalam kitab selepasnya yakni Al-Adzkar.

Pandangan segelintir manusia bahawa amal soleh yang ingin dihadiahkan itu tidak sampai pahalanya kepada arwah ditakuti mengikuti sebagai pandangan Muktazilah. Terutama pada mereka yang menggunakan dalil naqli melalui ayat surah An-Najm 53:39. Ayat ini kemudian dikupas dari sudut ilmu nahu, usuluddin dan beberapa tafsiran mufassirin seperti al-Khazin dan Ibn Abbas.

Manusia yang hidup bolehnya menghadiahkan amal soleh kepada si mati dalam apa jua bentuk (baik dalam bentuk sedekah jariah, bacaan Quran dan apa jua amal soleh) kepada arwah berdasarkan hujah para ulamak Syafieiyyah silam dan kontemporer (seperti Dr Wahbah Zuhaily).


Justeru kita lihat, walaupun amalan tahlil arwah jarang disebutkan oleh para ulamak silam, namun ianya dikupas dan di terangkan panjang lebar oleh para ulamak Syafie'yah yang terkenal di Nusantara dalam kitab-kitab kuning mereka seperti apa yang termuat dalam Bughyatul Tullab (oleh As Syeikh Daud Bin Abdullah Bin Idris al-Patani), Furuk Masail (Terjemah Maulana As Syeikh Daud Bin Abdullah Patani), Sabilal Muhtadin (oleh Mohd Arshad B. Abd Al-Banjari), Kasyfullilthami `an as ilatil anam (oleh Zainul Abidin Ibn Mohd Al-Patani) dan sebagainya.

Dr Muhammad Afifi al-Akiti


Sehubungan tersebut, pihak PMKT melalui pondok Padang Temu, Melaka & Madrasah Al Hasanaj AL Mujaddidiyah, Pdg Temu , Melaka ingin memawarkan program :-

1. SEDEKAH JARIAH KHATAM AL QURAN & TAHLIL ARWAH (lebih dari >10 tahun kami jayakan)

2. Bubur Lambuk (Tahun Ke 2) untuk anak-anak yatim & rumah anak2 yatim , fakir miskin dan Masjid - Masjid untuk berbuka puasa sekitar Negeri Melaka sahaja.


Kesemua sumbangan yang diterima disalurkan kepaa para pelajar khususnya anak yatim & fakir miskin yang berada di sini ( sekitar 35 orang, keseluruhan  pelajar 85 org), bantuan kepada pelajar di luar negara dan baki untuk pembinaan pondok di Pondok Batu Gajah , Melimau  Melaka . Keterangan sila rujuk web www.pmkt.com.my

Sila panjangkan kepada rakan muslim/muslimat anda.


Sekian
NW





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment