BACHOK - Kementerian Kewangan memberi tempoh tiga minggu mulai semalam kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membuat siasatan terperinci berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam pentadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn. Bhd. (KGT).
Timbalan Menterinya, Datuk Awang Adek Hussin berkata, hasil siasatan terhadap syarikat yang mengeluarkan mata wang dinar dan dirham milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu hendaklah didedahkan kepada rakyat.
"Jika rakyat tidak berpuas hati dan pertikaikan keputusan siasatan itu, pihak kementerian akan mengarahkan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti membuat siasatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Banglo Rakyat Malaysia peringkat daerah Bachok di Perupuk di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tiga laporan polis terhadap dakwaan salah laku membabitkan seorang daripada pegawai kanan KGT yang dibuat oleh bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad pada 31 Januari lalu; pelabur Jepun, Takao Kono (28 Mei) dan rakyat Perancis, Mohamed Esfih (1 Jun).
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment