Saturday, June 16, 2012

RG2011... AirAsia 'lega' penggabungan dengan MAS tak berjaya

 


5:18PM Jun 15 2012  

Bos AirAsia Tony Fernandes berkata, kegagalan penggabungan dengan Malaysia Airlines (MAS) melegakan kerana ia membolehkannya memfokuskan kepada industri penerbangan murah yang berkembang pesat.

Katanya, bantahan besar kesatuan sekerja MAS memberikan maksud syarikat itu mempunyai masalah mendalam untuk diselesaikan.

http://media1-cdn.malaysiakini.com/391/3612c2226d4ecc5935ad1497d74dc0d1.gif

"Saya tidak lagi ambil pil darah tinggi apabila rancangan pertukaran saham tidak diteruskan," katanya kepada The Edge, seperti dipetik AFP.

Ulasannya muncul dua hari selepas AirAsia mengumumkan penubuhan pusat perancangan strategik di Indonesia, jauh daripada pejabatnya di Malaysia, dengan Fernandes dijangka mengepalai pengembangan operasi serantau di sana.

Ogos tahun lalu AirAsia bersetuju membeli 20.5 peratus MAS bawah penggabungan strategik.

Bagaimanapun ia tidak diteruskan atas bantahan hebat kesatuan sekerja yang bimbang terdapat kakitangan kehilangan kerja dalam usaha mengurangkan kos.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment