Kerajaan BN mula panik, kata MB Selangor
selatanonline
Petikan Sinar Harian
SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa kesediaan Kerajaan Negeri Selangor mencari dana bagi membantu penuntut Universiti Selangor (Unisel) telah mengakibatkan Barisan Nasional(BN) kelam-kabut dan menarik balik pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).Khalid berkata, ekoran masalah yang dihadapi pelajar Unisel, dianggarkan 1,076 orang, menyebabkan kerajaan negeri mencari sumber kewangan lain bagi membantu mereka.
"Hasil daripada pelbagai usaha kita sudah ada duit sebanyak RM30 juta bagi membantu pelajar selepas dinafikan hak mendapat pinjaman di bawah PTPTN.
"Kerajaan BN ugut dengan menarik balik pinjaman yang diberi kepada pelajar. Mereka ingat kita tidak pandai kira untuk mencari duit.
"Akhirnya selepas kita sudah ada RM30 juta, tiba-tiba malam tadi (kelmarin) PTPTN mengumumkan membuka semula pinjaman kepada pelajar Unisel," kata beliau pada ceramah perdana di padang Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, Ketereh, malam tadi.
Langkah menggunakan aset Kerajaan Negeri itu diumumkan lewat kelmarin.
Khamis lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin dilaporkan berkata, tindakan pembekuan pinjaman PTPTN itu dibuat untuk memberi peluang kepada kerajaan negeri Selangor yang mahu pendidikan di negara ini, termasuk di peringkat tinggi diberi secara percuma, membuktikan perkara itu.
Semalam, Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, agensi itu menarik balik pembekuan kemudahan pinjaman kepada penuntut Unisel berkuat kuasa serta-merta.
"Menteri Pengajian Tinggi telah pun menghantar surat kepada Unisel mengenai penarikan balik pembekuan pinjaman PTPTN dan para pelajar boleh memohon PTPTN seperti biasa," katanya dipetik Harakah Daily.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat respons daripada pelbagai pihak terutama daripada ibu bapa pelajar yang mahu sekatan itu ditarik balik.
"Mereka berkata sekiranya PTPTN meneruskan pembekuan tersebut anak-anak mereka terpaksa berhenti belajar sebab tidak mampu menaggung kos pembelajaran di situ," katanya.
Ismail berkata, langkah menarik balik sekatan itu juga dibuat ekoran Kerajaan Negeri Selangor yang merupakan pemilik Unisel dilihat tidak mampu menyediakan pendidikan percuma di negeri itu.
Turut hadir pada ceramah malam tadi ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli;
Ketua PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir dan Yang Dipertua Pas Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh.
Isu PTPTN menjadi hangat apabila Pakatan Rakyat (PR) dalam Buku Jingga menawarkan memberi pendidikan percuma kepada rakyat, dengan mengembalikan semula biasiswa yang ditukar menjadi pinjaman di bawah kerajaan BN sekarang.
Anwar pula memberitahu sekiranya PR menguasai Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), langkah pertama akan diambil mengisytihar memberi pendidikan percuma kepada rakyat.
Katanya, kerajaan hanya memerlukan sekitar RM5 bilion bagi memberi pendidikan percuma dan bantuan kepada pelajar setiap tahun.
"Setiap tahun kerajaan mendapat hasil daripada royalti petroleum sebanyak RM80 bilion, dan hanya RM5 bilion digunakan bagi tujuan pendidikan percuma.
"Kita masih lagi ada RM75 bilion, bagaimanapun pula ada pihak menganggap negara boleh bankrap dengan menyediakan pendidikan percuma. Saya pun tidak faham kaedah matematik yang mereka gunakan," ujarnya.
Posted by ahmadi
PTPTN: Terbukti Selangor lulus ujian
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor terbukti lulus ujian apabila diuji dengan isu pembekuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekaligus menampakkan sikap kebudak-budakkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin.Biarpun Khaled mengatakan pembekuan PTPTN kepada pelajar Unisel dan Kuis hanya untuk 'sekadar menguji Selangor', ahli parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata terbukti kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bertanggungjawab dan lulus 'ujian' tersebut.
"Tapi, sebelum masa ujian tamat, BN menarik balik pembekuan tersebut. Mereka tahu kita mampu, sebab itu cepat-cepat mereka tarik balik. Saya percaya, jika BN masih membekukannya, kita (Pakatan Rakyat Selangor) mampu membantu para pelajar terbabit dan akan memberi impak maksima kepada Pakatan Rakyat,"tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Selain menyifatkan BN panik dengan kepercayaan dan keyakinan rakyat dengan program pendidikan percuma yang diprogramkan Pakatan Rakyat, Dr. Dzulkefly berkata kebanyakan program Pakatan Rakyat menepati sasaran, khususnya anak muda.
"Berbeza dengan BN, di saat rakyat menuju politik baru, BN mengamalkan politik lapuk yang penuh dengan dendam kesumat, khianat.
"Apabila kita meuar-uarkan pendidikan percuma, kita telah meuar-uarkan ia dilakukan bersekali dengan rombakan belanjawan secara keseluruhan, bukan secara runcit. Kita merangka penyusunan belanjawan yang menepati pembangunan modal insan," tegas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat itu.
Semalam, Khaled berkata PTPTN hanya sekadar ingin menguji sama ada kerajaan negeri Selangor serius dalam menyediakan pendidikan percuma.
Namun, selepas itu kerajaan pusat mengumumkan cadangan membekukan pinjaman itu ditarik balik selepas beberapa hari sahaja.
Pembekuannya ditarik balik dipercayai selepas melihat Selangor mampu menyelesaikan bebanan yang cuba dihempaskan kerajaan pusat ke atas kerajaan negeri itu.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar atas) berkata, kerajaan negeri akan mencairkan aset kerajaan negeri bagi membantu pelajar yang disekat pinjaman PTPTN.
Khalid menjangka, Unisel akan mendapat RM30 juta hasil pencairan aset yang dimilikinya itu.
Jika ini berlaku, kerajaan negeri Selangor bakal dilihat sebagai kerajaan yang mampu dan menyusahkan imej kerajaan pusat yang akan dikira pendendam dan melepaskan kemarahannya kepada pelajar yang tidak bersalah.
Siri menarik balik keputusan yang dibuat kerajaan pusat ini sudah beberapa kali berlaku. Sebelum ini kerajaan Najib menarik balik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) selepas diumumkan pelaksanaannya.
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment