ENGLAND masih belum mampu untuk bergelar sebagai gergasi bola sepak Eropah. Pada kempen Euro 2012, perjuangan mereka hanya sampai ke peringkat suku akhir.
Mereka ditunjuk jalan keluar oleh Itali menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat perlawanan masa tambahan.
Kualiti yang ada dengan skuad kendalian Roy Hodgson itu masih belum mencukupi untuk membawa mereka mara lebih jauh meskipun aksi mereka pada saingan peringkat kumpulan telah menunjukkan peningkatan dalam setiap perlawanan yang mereka harungi.
Ramalan sebahagian besar penyokong England sebelum bermulanya aksi menentang Itali itu ada kebenarannya.
Mereka berpendapat bahawa jika England mahu menang perlawanan tersebut, ia akan berlaku dalam tempoh 90 minit tetapi jika ia berlarutan sehingga ke sepakan penalti, England akan tewas.
Majoriti daripada penyokong mereka tidak yakin dengan kemampuan England untuk memenangi sepakan penalti kerana ia sudah terbukti sebelum ini.
Ramalan tersebut ternyata benar apabila England ditunjuk jalan keluar selepas penentuan sepakan penalti tersebut.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Ashley Young dan Ashley Cole menjadi punca kekalahan England kerana mereka gagal menyempurnakan sepakan penalti tersebut.
Sepakan Young terkena palang gol sementara ledakan Cole diselamatkan oleh penjaga gol Itali, Buffon.
Kegagalan mereka telah memusnahkan hajat besar England yang mahu membuktikan kritikan penyokong terhadap mereka adalah tidak benar.
Bagi Hodgson, dia tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak kerana menganggap nasib sekali lagi tidak menyebelahi mereka.
"Semua pemain telah melakukan yang terbaik, tetapi nasib tidak memihak kepada kami.
"Dalam perlawanan genting seperti ini, kadang-kadang kamu memerlukan sedikit tuah untuk meraih kemenangan, namun tuah itu menyebelahi Itali," katanya.
Jom kita imbas kronologi kekalahan England dalam penentuan sepakan penalti;
1. World Cup 1990 - Separuh akhir kalah kepada Germany. Stuart Pearce dan Chris Waddle gagal dalam sepakan tersebut. Gary Lineker, Peter Beardsley dan Davit Plat Berjaya melaksanakan tugas mereka.
2. Euro 1996 - Suku Akhir kalah kepada Argentina. Walaupun Stuart Pearce berjaya menebus kesilapan beliau pada World Cup 1990 namun kegagalan Gary Southgate mengecewakan England di laman sendiri.
3. World Cup 1998 - Pusingan Kedua tewas kepada Argentina. Perlawanan yang sepatutnya dimenangi oleh pasukan Glen Hoddle ini menjadi kontroversi kerana kad merah terhadap David Beckham. Walaupun mendahului selesa dengan 2-0 namun Argentina berjaya mengikat perlawanan dengan kelebihan seorang pemain. Paul Ince dan David Batty gagal dalam sepakan penalti ini.
4. Euro 2004 - Tewas kepada Portugal. Darius Vassel dan David Beckham gagal untuk menjaringkan gol.
5. World Cup 2006 - Tewas kepada Portugal sekali lagi. Jamie Caragher dan Steven Gerrard gagal dalam sepakan penalti.
6. Euro 2012 - Suku akhir tewas kepada Italy. Ashley Cole dan Young gagal menyempurnakan misi. Sekaligus penalti menjadi mimpi ngeri buat England!
Sedih.. sedih.. dan sedih.. namun England tetap dihati.
SOURCE : http://www.bazookapenaka.com/2012/06/penalti-sentiasa-menghantui-england.html
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment