Tuesday, January 1, 2013

Re: RG2011... Amalkan muliakan tetamu

 

Salam alaik,

Para yang saya ingin utarakan komen:

" Pada bulan lalu, selepas selesai satu program, saya didatangi seorang lelaki berbangsa Tionghua. Dia menyatakan minatnya terhadap Islam dan berusaha mendekati dan memahami agama ini sebelum benar-benar yakin untuk melafazkan kalimah syahadah.
Dia pernah ke sebuah masjid dengan harapan dapat berjumpa seseorang bagi membincangkan beberapa kekaburan mengenai Islam.
Malangnya, apabila tiba di masjid, dia dihalau oleh seorang hamba Allah yang mengatakan dia tidak boleh masuk ke kawasan rumah ibadat itu dengan alasan bukan Islam.
Jelas terpancar kekecewaan pada raut wajahnya ketika menceritakan kejadian itu. Dia mempersoalkan kenapa ajaran Islam sangat cerewet dan menyusahkan hingga menyebabkan niat orang sepertinya yang ingin mempelajari Islam dengan lebih mendalam terbantut. "
Sepatutnya orang yang berada di Masjid lebih berilmu dan berakhlak dari orang lain. Mereka sepatutnya jadi tauladan pada orang lain, tak mengira siapa. Itulah dakwah terbaik, yakni dengan akhlak. Tapi sebaliknya orang di masjid tersebut sangat jahil dan biadap sehingga menghalau orang yang minat pada Islam. Sangat buruk akhlaknya.
Jika orang yang dihalau tu masuk Islam dan belajar bersungguh-sungguh, sudah pasti dia lebh mulia dari orang yang menghalaunya.
Saya kerap ke China Selatan dan semakin ramai yang masuk Islam kerana minat. Setiap Sabtu di Masjid Jamek Shenzhen di daerah Shang Meilin, boleh kelihatan ramai yang datang belajar mengenai agama Islam. Antaranya yang datang belajar ialah yang bukan Islam. Tak kurang yang tahu membaca Fatihah sebelum mengucap syahadah secara rasmipun.
DI China sendiri ada 110 juta Umat Islam, berasaskan kajian seorang Professor di University Beijing. Semoga ramai lagi masuk Islam, walaupun suasana di sana agak perit sebagai Umat Islam.
Begitu juga di rata-rata dunia termasuklah di India, Germany, France, America dan Canada. Tiada masalah orang kafir masuk masjid kerana minat, ingin memerhati dan belajar.

Tapi kat Malaysia ni agak pelik. Sebahagian dari orang Melayu kita ni sangat sempit otak mereka.  Mereka rasa agama Islam eksklusif untuk bangsa Melayu. Tapi akhlak mereka serta tabiat anak-anak mereka sangat buruk dan amat memalukan Agama Islam sendiri. 

---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------


From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
To:
Sent: Saturday, December 29, 2012 9:03 PM
Subject: RG2011... Amalkan muliakan tetamu

 
Oleh Mohd Hasan Adli
MEMORI ketika menjejakkan kaki di bumi Jordan buat kali pertama satu ketika dulu antara pengalaman tidak pernah lupakan. Bukan saja berpeluang menziarahi tempat bersejarah seperti Gua Ashabul Kahfi, Laut Mati dan kota purba Petra, saya juga terharu dengan layanan diberikan pelajar kita yang melanjutkan pelajaran di sana.


Mereka sangat memuliakan tetamu, malah berbesar hati menjemput saya dan rakan bermalam. Walaupun wang belanja terbatas, mereka tidak lokek membelanja kami dengan pelbagai makanan Arab walaupun Dinar Jordan ketika itu lima kali lebih mahal berbanding mata wang kita.

Lebih menarik apabila kawan tuan rumah yang tahu kehadiran saya dan rakan, seakan-akan 'iri hati' dan memujuk kami bermalam di rumah mereka juga.
Boleh dikatakan, jemputan bermalam dan makan sungguh banyak tidak kira sama ada untuk sarapan, makan tengah hari atau malam.

Saya percaya sifat peramah dan meraikan tetamu ini hasil pengaruh penduduk Arab Jordan. Walaupun secara umumnya bangsa Arab kasar, dari segi positif mereka sangat memuliakan tetamu.

Ketika di Syria, saya turut diraikan pelajar serta penduduk. Pernah satu ketika saya dijemput makan malam di rumah seorang Syeikh di kota Damsyik. Dengan pelbagai juadah makanan dan minuman, saya dan tetamu lain 'ditahan' tuan rumah kerana terlalu gembira dengan kunjungan kami.
 
Di Malaysia, kita juga mengamalkan sikap meraikan tetamu. Buktinya dapat dilihat ketika musim perayaan seperti Aidilfitri dengan ramai umat Islam membuat rumah terbuka.

Konsep meraikan tetamu sewajarnya difahami dengan konsep lebih luas dan terbuka. Paling penting, sebagai umat Islam, kita wajar memahami siapa termasuk dalam golongan tetamu yang perlu diraikan.
Malangnya, sesetengah anggota masyarakat seakan-akan 'memilih bulu' ketika meraikan tetamu. Ada yang cuma merai orang dikenali, ada pula hanya merai orang berada. Tidak kurang meraikan tetamu daripada kalangan Muslim saja.

Pada bulan lalu, selepas selesai satu program, saya didatangi seorang lelaki berbangsa Tionghua. Dia menyatakan minatnya terhadap Islam dan berusaha mendekati dan memahami agama ini sebelum benar-benar yakin untuk melafazkan kalimah syahadah.

Dia pernah ke sebuah masjid dengan harapan dapat berjumpa seseorang bagi membincangkan beberapa kekaburan mengenai Islam.

Malangnya, apabila tiba di masjid, dia dihalau oleh seorang hamba Allah yang mengatakan dia tidak boleh masuk ke kawasan rumah ibadat itu dengan alasan bukan Islam.

Jelas terpancar kekecewaan pada raut wajahnya ketika menceritakan kejadian itu. Dia mempersoalkan kenapa ajaran Islam sangat cerewet dan menyusahkan hingga menyebabkan niat orang sepertinya yang ingin mempelajari Islam dengan lebih mendalam terbantut.

Ini antara realiti masyarakat kita. Walaupun tidak semua, segelintir masih mempunyai pemikiran seperti itu yang secara langsung memberi persepsi negatif terhadap Islam.

Sewajarnya kita meraikannya sebagai tetamu di rumah Allah, mudah-mudahan dia mendapat hidayah dan seterusnya memeluk Islam tanpa banyak soal.

Menyingkap keutamaan memuliakan tetamu, Abu Hurairah meriwayat sebuah hadis: "Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam." (Hadis Riwayat Muslim) Pernah diriwayatkan bahawa Allah pernah menegur Nabi Sulaiman AS kerana pada saat baginda didatangi seorang tetamu daripada orang kafir, baginda tidak sepenuh hati memulianya.

Baginda merasa tidak perlu memuliakan tetamu itu seperti memuliakan tetamunya daripada sesama pengikut. "Disebabkan ia bukan umatku yang beriman," begitulah fikir Nabi Sulaiman. Lantas baginda hanya memberinya minum dan bercakap seadanya.

Setelah tetamu itu pulang, datang malaikat Jibril AS menyampaikan teguran Allah yang bermaksud: "Wahai Nabi Allah, Allah menegurmu, mengapa engkau perlakukan tetamu seperti itu? Jawab Nabi Sulaiman: "Bukankah dia (tetamu itu) daripada golongan kafir?" Jibril bertanya lagi: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ini?" Lantas Nabi Sulaiman menjawab dengan yakin: "Allah." Lantas ditanya lagi oleh Jibril: "Siapakah yang menciptakan malaikat, jin dan manusia?" Dan Nabi Sulaiman tetap dengan jawapannya: "Allah." Seterusnya Jibril bertanya: "Siapakah yang menciptakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan?" Tetap dijawab dengan jawapan sama oleh Nabi Sulaiman iaitu: "Allah." Jibril bertanya lagi: "Siapakah yang menciptakan orang kafir itu?" Dan Nabi Sulaiman tetap dengan jawapannya: "Allah." Jibril terus berkata: "Lalu, berhakkah engkau berlaku tidak adil terhadap ciptaan Allah? Sementara Allah adalah zat Yang Maha Adil?" Mendengar soalan Jibril, Nabi Sulaiman terdiam dan terus bersujud. Baginda kemudian mengejar orang kafir itu tadi seraya meminta maaf kepadanya selepas menyedari kesilapannya.


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment