Sunday, February 3, 2013

RG2011... Fw: AZAB DUNIA - 7 Tahun Koma

 



[AZAB DUNIA] 7 Tahun Koma Ariel Sharon Masih Disambung Mesin Pernafasan

BaitulMaqdis– Bekas Perdana Menteri Israel yang tidak sedarkan diri selama tujuh tahun selepas diserang angin ahmar disahkan tidak mampu pulih semula.

Pun begitu, dia masih dilihat mampu memproses maklumat dan otaknya menunjukkan banyak aktiviti.

Pendedahan mengejutkan itu dibuat doktor yang melakukan ujian baru-baru ini ke atas pemimpin itu yang berusia 84 tahun.

Pasukan perubatan yang membuat ujian ke atas Ariel Sharon minggu lalu berkata, imbasan menunjukkan bekas pemimpin itu memberi tindak balas kepada gambar keluarganya dan rakaman suara anak lelakinya.

Mereka, bagaimanapun menekankan, tidak jelas sejauh mana Sharon memahami apa yang ditunjukkan kepadanya sambil menekankan dia tiada peluang pulih seperti biasa.

"Kami terkejut melihat aktiviti otaknya. Dia dapat maklumat dan memprosesnya. Dia dengar apa yang dikatakan.

"Sejauh mana tahap dia memahami, kami tidak dapat kata dengan pasti tetapi petunjuk menggalakkan," kata ketua Pusat Sains Saraf Zlotowski di Universiti Ben-Gurion,i Beersheba, Dr Alon Friedman.

Sharon berada di kemuncak kuasa politiknya pada awal 2006 apabila serangan angin ahmar melumpuhkannya. Sharon koma sejak itu dan disambungkan kepada mesin pernafasan.

Keluarganya berkata, kadang-kadang dia membuka mata dan menggerakkan jari, tetapi tiada banyak maklumat didedahkan mengenai keadaan Sharon. Tiada siapa juga berkata kognitifnya kembali berfungsi.

Minggu lalu, sepasukan saintis Israel dan Amerika Syarikat mengadakan beberapa pemeriksaan ke atasnya di Hospital Soroka di Beersheba, menggunakan mesin imbasan MRI yang baru dibangunkan untuk menilai fungsi otaknya.

Friedman berkata, prosedur dua jam itu antara yang pertama dilakukan ke atas pesakit yang mengalami pendarahan otak. Ia juga jarang dilakukan ke atas pesakit pada usia Sharon.

Untuk rekod, pada tahun 1956, Ariel Sharon pernah bersumpah;

"Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…" -Mynewshub

comments:

Anonymous said...

Tu la degil sangat..kat dunia dah ditunjukkan azabnya. Mana nyawa made in Israel?

Anonymous said...

masa sihat menyusahkan orang dah nak mampus pun sama juga.ini keturunan yang lawan nabi musa tak sedar diri

Ammy Hassan said...

Allah memelihara mumia firaun buat tatapan dan iktibar kepada umat manusia. Di zaman moden kini, mahafiraun Ariel Sharon koma anggota badan tapi sedar dan bertindakbalas pada 5 deria... Dia sudah nampak kebesaran Allah dan sudah merasai azab dunia sebelum azab neraka Jahanam yang menanti... pintu taubat mungkin sudah tertutup buat dia! Dalam peristiwa Sabra & Syatila yang diterajui Ariel Sharon menyaksikan lebih 5,000 umat Islam Palestine disembelih...

Anonymous said...

Manusia takbur akan bedepan dengan azab Allah s.w.t

BaDiN said...

Inilah yang dipanggil bangkai bernyawa.
Semuga Allah berikan Hidayah kpdnya .

muzium padi gunung kheyang said...

janji ALLAH MAHABENAR!
rasalah JAHANNAM kelak!

Cara Mengobati Maag Kronis said...

ya di dunia saja sudah diberi balasan oleh allah,,
apalagi nanti diakhirat..

non baling said...

Macam tu pun do0k simpan lagi... bodo punya bangsa !

Anonymous said...

biar panjang komanya biar habis duit israel buat ngobat,ya allah komakan dia seribu tahun lagi ,aminkan semua

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment