Sunday, February 3, 2013

RG2011... Fw: Lelaki dakwa polis tembak isterinya,

 



Kes Ibu Beranak Dua Mati Ditembak: Polis Jadi 'Hakim' Sebelum Mangsa Dibuktikan Bersalah

Polis tidak sepatutnya menjadi 'hakim' sebelum disabitkan sesuatu kesalahan itu di mahkamah terhadap seseorang dan yang menyedihkan, tiga mangsa mati dalam keadaan tidak sepatutnya dalam tempoh sebulan membabitkan pasukan keselamatan itu.

Akibat tindakan tidak bertanggungjawab pihak polis yang melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan sebuah kereta yang dipercayai dicuri menyebabkan seorang ibu beranak dua, Pua Bee Chun, 22, menjadi mangsa.

Mangsa dipercaya mati terkena tembakan itu berdasarkan kesan 24 butir peluru pada kereta yang dinaiki dalam kejadian di Jalan Bendahara, Taman Sentosa, di sini, kira-kira jam 8.30 malam 18 Januari lalu.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, beliau kecewa dan sedih dengan kejadian itu dan menganggap polis tidak sepatutnya melakukan tindakan melulu di kawasan perumahan.

"Apabila berlaku begitu, tidak ada siapa yang akan selamat. Ini membuktikan polis tidak menjalankan tugasnya secara profesional iaitu sepatutnya mendakwa penjenayah di mahkamah, bukannya terus betindak sebagai 'hakim'.

"Kami pernah desak termasuk di Parlimen agar Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) ditubuhkan tetapi hingga sekarang tidak dilaksanakan," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Ketua Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo pula menyifatkan kejadian itu sebagai kes yang hampir sama dengan kematian seorang remaja berusia 15 tahun Aminulrasyid Amzah pada 2010 lalu.

"Polis kita bukan tidak terlatih. Banyak cara boleh hentikan kereta dan tidak perlu menggunakan senjata. Mereka sendiri tahu melepaskan tembakan boleh menyebabkan banyak kemungkinan berlaku.

"Kita akan bawa kes ini untuk tindakan sivil terhadap pegawai polis bertanggungjawab," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Puchong dan akan menjadi peguam kepada keluarga mangsa.

Dalam laporan polis suami mangsa, Foo Voon Kong, 26, mendapat tahu insiden malang yang menimpa isterinya setelah menerima panggilan telefon daripada seorang kawan.

"Saya sampai di tempat kejadian dan ketika itu ramai orang awam dan pihak polis. Mayat isteri saya sudah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan doktor memberitahu bahawa isteri saya ditembak melalui belakang badannya dan peluru terkena pada paru-paru dan jantung," jelas beliau.

Voon Kong yang bekerja sebagai pemandu lori itu berharap satu siasatan penuh dijalankan dan mengheret segera pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Kejadian polis melepaskan tembakan itu hanya untuk menghentikan sebuah kereta yang didakwa sebagai kereta curi. –
Roketkini.

Lelaki dakwa polis tembak isterinya, tuntut penjelasan

KUALA LUMPUR, 31 Jan - Seorang pemandu lori menuntut siasatan bebas mengapa isterinya ditembak mati oleh polis selepas berlaku kejar mengejar kereta dua minggu lalu di kawasan perumahan dan berakhir dengan kejadian tembak.

Insiden berlaku pada 18 Januari pada jam 8.30 malam, apabila Pua Bee Chun, seorang suri rumah berusia 22 tahun bersama rakannya, dikejar polis semasa memandu di Taman Sentosa di sini.

Foo Voon Kong, 26 tahun memberitahu wartawan bahawa isterinya, menurut bedah siasat, mati akibat peluru menusuk ke bahagian jantung.

"Ada 24 lubang peluru di tepi pintu keretanya," kata Foo.

"Saya diberitahu oleh seseorang, saya ingat dia bergurau dan meminta agar tidak bergurau. Kemudian dia bawa saya ke tempat kejadian dan apabila saya tiba, isteri saya sudah dalam beg mayat," kata ayah kepada dua orang anak itu.

"Polis tembak isteri saya," katanya lagi.

Beliau berkata pihak berkuasa tidak memberi sebarang keterangan mengapa Pua, yang dikatakan seorang yang baik ditembak mati.

comments

  • What is going on ? Some thing is seriously wrong here ! PDRM is it another criminal or just trigger happy police ?
  • A Yahoo! User  •  
    go and shoot mat rempit or peragut bag la
  • shan  •  
    Those bas*ards are at it again!!
  • Jarrod  • 
    what the hell is happening to our country?? why are the cops gunning down young women on the streets like terrorists? why no reasons given?? do policemen have right to open fire to KILL people when they run away? our cops must be thinking they are living in a movie like dirty harry or judge dredd.
  • Steve S S  •  
    Lagi kes Polis .....salah guna kuasa dan membuli rakyat jelata. Hishamoodinnnnnnnn...sudah ..jgn temberang lagi . Buat perubahan atau anda akan di buang kerja ...pilihanraya dah dekat ini ? Jngan ambil undang2 ditangan.
  • Brian Baker  •  
    Again?????!!!!!! what in the hell is happening to PDRM so many killings in such a short period???? PDRM = Padam Dan Rahsia Maklumat
  • ijol amrani keybored  • 
    Malaysia police nowadays act like PDRM belongs to their father company....
  • Jacky Chiam  • 
    Polis ada pistol...mereka menembak apa2 aje yang pandai bergerak, termasuk isteri orang yang tak bersalah. Kenapa polis tidak menembak isteri diri sendiri....?
  • C H  •  
    Next press conference; Hisapmudin will claim that Malaysia is the safest country in the world. All these are just PERCEPTION.................
  • Mohammad Alif  •  
    "kami tembak hanya untuk menghentikan kenderaan yang dibawa laju, tak ada niat mencederakan sesiapa." kalau polis buat alasan mcm ni, memang bangsat la lu polis...
  • Alia  • 
    Apa dah jadi dgn negara ni?
  • Default  •  
    I'll comment when I get the rest of this news.
  • Politus  •  
    POLIS MALAYSIA TDK BOLEH PAKAI...cuma BAJU sahaja kuasa mereka! kalau tiada baju yang digelar DIRAJA itu..sudah pasti mereka macam AYAM PIARA yang ketakutan waktu BERSABUNG!..STUPID DIRAJA!!
  • A Yahoo! User  • 
    Do you really want to know the truth !!!!!
    truth meeeh !
  • MAIL  •  
    POLIS PANDAILH CARI JALAN MAU TUTUP KES
  • brat pott  •  
    sabar tn2.....kt dgr sebelah pihak ja....tp sy harap pihak polis jgn terburu2 apabila pistol terselit d pinggang anda.Elak kalau bole dr mencederakan org awam.
  • Azahan  •  
    dlm sentimen tembak menembak, kita jgn kaitkan dgn politik.. Ini bukan urusan politik tapi urusan jenayah.. Kita tunggu keputusan siasatan.. Pls, opened your mind
  • kejor yob kejor  • 
    sapa suruh bini lu lari, polis tahan berhenti saja la.. bahlol
    polis bukan sniper, tembak memang niat nak hentikan kereta dgn cara bocorkan tayar..
    tapi si bangang Pua Bee Chun ni lari ape pasal, masakan tidak ada adegan kejar mengejar
  • voxx  •  
    Ini kes dadah, bini dia tu pengedar dadah mungkin laki dia ni pun terlibat sekali tapi tak ada bukti.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment