Friday, February 1, 2013

RG2011... Fw: Azza Elite Dapat Hidayah Bertudung

 



 

Azza Elite Dapat Hidayah Bertudung Ketika Berlakon Drama

 

Gambar: Imej terbaharu Azza bersama suaminya Azlan. Foto: Twitter milik Azza

Penyanyi dan pelakon Azza (Elite) mendedahkan watak yang dilakonkannya sebagai wanita muslimah bertudung menerusi drama Mujahid pada tahun lalu telah membuka hatinya untuk terus menutup aurat.

Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 35, berkata, dia bersyukur kerana mendapat rahmat berkenaan ketika sedang mencari rezeki dalam dunia lakonan yang menjadi punca rezekinya selama ini.

"Itulah, orang kata, rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita berhijrah terus.

"Sebenarnya, sebelum Mujahid, saya dah mula berselendang sepanjang penggambaran drama Kiah Pekasam bersama Rozita Che Wan di Jepun, tahun lalu.

"Alhamdulillah, menerusi bidang lakonan yang menjadi punca rezeki utama juga menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yang indah dalam hidup ini," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Tambah Azza yang mula bertudung pada 6 Januari lalu, dia juga bersyukur apabila keluarga dan suaminya, Azlan Zulaily memberi sokongan terhadap perubahan penampilan barunya itu.

Kata Azza, suaminya juga pernah menyuarakan hasrat untuk melihat dia bertudung selepas mendirikan rumah tangga pada April tahun lalu, namun lelaki itu tidak memaksanya untuk melakukan perubahan secara drastik.

Suami Azza juga pernah menyuarakan hasrat untuk melihat dia bertudung selepas mendirikan rumah tangga pada April tahun lalu.

"Kalau nak tahu, sebelum ini hanya saya seorang dalam keluarga yang tidak bertudung dan sedikit rasa janggal lebih-lebih lagi ketika seluruh keluarga berkumpul untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Pulau Pinang pada pertengahan Disember lalu.

"Kemudian saya terfikir, kasihan pula pada ibu apabila anaknya seorang ini sahaja yang tidak bertudung dalam keluarga," tuturnya yang turut diberikan hadiah pelbagai jenis tudung daripada rakan-rakannya termasuk daripada pelakon Sheila Rusly.

Sementara itu, Azza berkata, bertudung litup juga tidak menghalangnya untuk berlakon dan menyanyi seperti biasa.

Malah dia bersyukur apabila perubahan imej baru itu tidak mengganggu karier seninya.

"Ini (berlakon) adalah sumber pendapatan saya. Selama ini, lakonan saya tidak pernah melebihi batas-batas atau mengundang rasa tidak senang kepada orang ramai.

"Saya akan terus berlakon dan menyanyi seperti biasa. Cuma yang bezanya hanyalah penampilan diri sahaja.

"Apa-apa pun diharap, setiap tutur kata dan perlakuan saya lebih bersifat sederhana, Insya-Allah," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Azza bakal muncul dengan drama Mujahid, Musim Cinta Atuk dan Sepai di TV1 serta Kiah Spy di Astro Warna. -mstar

comments:
kg senduk BG said...

alhamdulillah harap2 jgnlah sekadar lakunan lagi.... berkawanlah dgn mereka mereka yg selalu mengingati allah..... tanpa memingirkan kawan2 lama... ajaklah mereka sama2 berubah....

Anonymous said...

Alhamdullillah !

Moga moga Nasha pun dapat hidayah jangan menongkat langit ikut gaya MahaFiraoun.

 

Azza bertudung selepas berlakon drama

Dipetik dari mStar, Azza bersyukur diberi rahmat ketika sedang mencari rezeki dalam dunia lakonan.

"Itulah, orang kata rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita berhijrah terus.

"Alhamdulillah, menerusi bidang lakonan yang menjadi punca rezeki utama juga menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yg indah dalam hidup ini," ujarnya yang akui mula berselendang sepanjang penggambaran drama "Kiah Perkasam" bersama Rozita Che Wan di Jepun, tahun lalu.

Azza yang mula bertudung sejak 6 Januari lalu bersyukur kerana keluarga dan suaminya, Azlan Zulaily memberi sokongan terhadap perubahan barunya itu.

Malah dia turut diberikan hadiah pelbagai jenis tudung daripada rakan-rakannya termasuk aktres Sheila Rusly.

Walaupun sudah bertudung, Azza tidak menganggap ia sebagai satu halangan dalam kariernya untuk berlakon dan menyanyi seperti biasa.

"Ini adalah sumber pendapatan saya. Selama ini lakonan saya tidak pernah melebihi batas-batas atau mengundang rasa tidak senang kepada orang ramai.

"Saya akan terus berlakon dan menyanyi seperti biasa. Bezanya hanyalah penampilan diri sahaja," jelasnya lagi.

Azza bakal muncul dengan drama "Mujahid", "Sepai" dan "Musim Cinta Atuk" di TV1 serta "Kiah Spy" di Astro Warna.

comments

  • alhamdullilah..hope jgn angat2 tahi ayam....semoga kekal berlitup hingga ke akhir hayat....n hope jg jd cm setengah2 artis..dah pakai tp nampak rambut...good luck Azza....i like u at Kiah Pekasam...now Kiah Spy...
  • Hani  •  
    Alhamdulillah.......Semoga berkekalan lah tudung tu kat atas kepala
    A Yahoo! User  • 
  • Bila dia terlihat kecantikan dan keayuan dia dimuka cermin semasa berlakun itu, barulah dia nak bertudung.kalau tak nampak cantik...entahlahhh ! Walau bagaimana pun , alhamdulillah.

    tapi buat pemimpin dan isteri pemimpin negara islam seperti malaysia ini bila lagi nak berubah macam azza ini. Ramai dah tua. Walaupun mereka mengayakan tudung didepan cermin mereka memang dah tua. Tapi amal tak kira tua atau muda. Sedar2 lah bahawa maut diambang pintu istana kalian.
  • Nazrin  •  
    ape lagi...masuk Pas la
  • Mohammad Alif  •  
    alhamdulillah, semoga dibukakan hati utk melakukan yang lebih baik lg..inshaAllah
  • Din  •  
    alaa,,, tak hairan.. kebanyakan artis semua macam tu...Dah puas sesatkan penonton di sluruh malysia .. sehinggakan ramai peminat yg dah lalai dan berdosa...Baru lah nk pakai tudung...tapi bukan tutup aurat... pegi rahhhh....
  • jar  •  
    look good n cute
  • Bukit Bunga  •  
    Berita ni langsung tak membawa manafaat.....Pakcik yg bersemutar sekian lama pun...Tok ketua kampung buat tak reti aje,bila pakcik melintas depan dia.....
  • Bystander  •  
    Kecantikkan Azza lebih terselah bila pakai tudung. Saya suka... :)
  • Kak Pap  •  
    Artis dah bertudung xlah 'news' tapi berpakaian sopan n tiba2 dah brfesyen bogel barula breaking news.
  •  
    ROJAKCENDOL  •  
    Subhanallah , Azza , semoga hidayah ini berkakalan hingga akhir hayat.
  • Mr.Bean  •  
    Hati jujur yang penting,tak mestinya pakai tudung ?
  • shan  •  
    Rozita Che Wan must have scared her shytless in Japan and decided to cover up?
  • A Yahoo! User  •  
    kalau dah dpt suami kaya atau dah tua baru nak pakai tudung, ape nak heran? masa muda atau cerai tudung bukak hahahahhaha
  • Guru  •  
    Ini semua "wayang kulit" lah...
  • Love, Truth  •  
    We would be happy if our local artis could get any international award. rather than annouched such brainwashed pratice n feel happy....haha...crazy r we living in 19 century??
  •  
    Shah  •  
    ini lah artis malaysia..nak berhijab pun..nak heboh satu malaysia..mcm takde hal yg lebih penting kat malaysia ni..
  • Grey Wolf  •  
    tak cantek. nampak gmok. populariti mesti turun secara mendadak lepas nih.
  • Zaid  •  
    Alhamdulilah: dia sudah mendapat petunjuk dari allah untuk berhijrah bersama kawan2 artis lain, Abby Abadi dan lain2. Harap satu hari nanti dapat bersama2 Ustaz Azhar di forum perdana untuk bercerita kisah silam dan baru didepan puluhan ribu hadirin / hadirat. Atau jika perlu, cepat2 jumpa Tok Guru Nik Aziz untuk bantu rakan2 dalam PAS dan PKR berkempeng untuk PR13.
  • dr zulkanain  •  
    سُوۡرَةُ الزُّمَر

    ۞ قُلۡ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ (٥٣)
    Surah Az-Zumar

    Say: "O my Servants who have transgressed against their souls! Despair not of the Mercy of Allah: for Allah forgives all sins: for He is Oft-Forgiving, Most Merciful. (53)
    Surah Az-Zumar

    Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (53)
  • Haryati  •  
    alhamdulillah, ramainya artis dh bertudung thn lps diikuti 2013
  • Politus  •  
    TUDUNG pun mau jadi ISU! punyala ketandusan idea..
  • World  •  1
    tudung.........is this a newss...???? <<<<>>>
  • tib loudness  •  
    "kejap pakai tudung kejap xpakai tudung..mu egt masuk neraka kejap-kejap ke??"
  • Irawati Binti Abd Manan  •  
    Baguslah....sekurang-kurangnya dah kurang 1 dosa, semoga niat baik ni kekal sampai akhir hayat..
  • siti munirah said  •  
    syukur dh brtudung.amin
  • aerohells7  •  
    budak ni hypocrite je la.
  •  
    Nina  •  
    Alhamdullilah. :)
  • Jacqueline  •  
    Saya lihat cahaya bersinar kejujuran di wajahnya, tudungnya bukan tudung fesyen...syabas
  • jibrael  •  
    BERTUDUNG lah kamu sebelum kamu ditudungkan dengan kain KAPAN.
  •  
    nasric  •  
    Pakai tudong nak glamor ke itu kan tuntutan ugama....... tapi kalau pakai tudong ,pakai seluar ketat baju ketat nampak semuanya, besar kecil, tinggi leper, VW, ape ceritanya pula
    syok juga tengok.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment