Friday, February 1, 2013

RG2011... Fw: Tangisan Anak Gajah Melihat Ibunya Mati

 



Tangisan Anak Gajah Melihat Ibunya Yang Mati Keracunan Di Sabah


Gajah Borneo Mati Diracun

KOTA KINABALU: Sesuatu yang menyayat hati bagi pakar veterinar, Dr Sen Nathan apabila melihat seekor anak gajah pigmi Borneo cuba menggerakkan ibunya yang sudah mati di Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau di Sabah.

Pakar veterinar Jabatan Hidupan Liar Sabah itu menyaksikan sendiri detik berkenaan ketika melakukan siasatan berhubung misteri kematian sepuluh ekor gajah terdiri daripada tujuh gajah betina dan tiga gajah jantan di Unit Pengurusan Hutan (FMU) 23, kawasan konsesi Yayasan Sabah di hutan simpan berkenaan iaitu kira-kira 130 kilometer dari Tawau.

"Saya berasa sangat sedih, tiada perkataan untuk menggambarkan perasaan saya," katanya, sambil menambah bahawa anak gajah jantan berusia tiga bulan bernama Kejora itu telah dihantar ke Zoo Hidupan Liar Lok Kawi untuk dijaga termasuk bagi memberi susu botol.

Sepuluh ekor gajah berumur antara empat hingga 20 tahun ditemui mati antara 29 Disember dan 24 Januari lalu di kawasan Lembah Danum dan Lembangan Maliau.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Dr Laurentius Ambu berkata keracunan mungkin punca utama kematian gajah berkenaan.

"Post mortem yang dilakukan mendapati tiada kesan kecederaan akibat tembakan sebaliknya bahagian organ dalaman gajah-gajah berkenaan rosak teruk. Selain bahagian usus, mulut dan anus mereka turut didapati berdarah.

"Kami mengesyaki terdapat unsur keracunan daripada bahan makanan yang mereka makan (toksin semulajadi atau racun perosak) tetapi kita masih menunggu laporan makmal analisis kimia," kata Dr Ambu.

Menurut Ambu, laporan pertama diterima pada Selasa ketika pegawai Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) menjalankan kajian hidupan liar dimaklumkan oleh seorang pekerja mengenai kematian gajah kira-kira 5 kilometer dari pintu Syarikat Empayar Kejora Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat Yayasan Sabah.

Katanya gajah berkenaan mungkin termakan racun di tempat lain dan berjalan beberapa kilometer sebelum rebah di kawasan berhampiran Empayar Kejora.

"Kami percaya bahawa kematian semua gajah ini ada kaitan antara satu sama lain," katanya. -mstar

comments:

Hana said...

Saya doakan orang yang aniaya semua haiwan d seluruh dunia ni dapat balasan setimpal..apa yg saya faham dri berita atas mgatakan ada aktiviti hunting for tusk d twu..dah macam kat africa pula..negara korup..pemimpin korup..rakyat pun belajar jadi pencuri macam pemimpin..lagi satu sampai skrang sy x faham kenpa org gilakn ivory khususnya org china ni, im not racist ok but thats the fact MOSTLY chinese people love ivory..nak tunjuk kekayaan ke sebab banyak ivory?

Skrang ni bukan zaman dinasti la, bagus beli yacht ke jet utk tunjuk status kaya..according to NGeo dulu org china ke thai ke vietnm ke ingatkn ivory tu gigi gajah so tu la derang x kisah beli ivory..tapi skrang kan zaman it, digital generation so dah tau ivory tu tusk gajah tapi kaum tu tetap nak beli, tetap ada demand. So pemburu gading pun naik gila tamak..bunuh gajah utk dpt tusk sebab derang malas nak lalikan gajah tu n potong separuh tusk dia.. saya komen panjang2 ni sebab sy benci orang aniaya haiwan yg tak boleh bcakap, tak boleh nak saman bila daniaya.. utk orang yg suka abuse haiwan: pemburu,penjual n pembeli gading khususnya...I'LL SEE YOU IN HELL...JUMPA D NERAKA

Anonymous said...

Air mata saya berjurai-jurai ketika melihat gambar gajah mati dan juga anak gajah itu. Sungguh kejam mereka yang membunuh gajah-gajah itu. Saya berharap roh roh gajah itu menjadi hantu dan menghantui setiap orang yang bertanggung-jawab. PADAN MUKA. Kesian Kejora. Kecik lagi mak dah takde. Alah sayangg. Takkan selamat orang yang menganiaya haiwan. Nabi pun cakap seorang perempuan masuk neraka sebab tak bagi makan minum kucing dia. Inikan pula membunuh 10 ekor gajah suka suka dan merampas ibu daripada seekor anak gajah yang masih menyusu.

robertocarlos said...

Sedih ..memang sedih, walaupun haiwan tu tak berakal tapi dia juga ada perasaan inginkan belaian daripada ibu dia.. mungkin juga belum lepas susu..

Sedih lagi bila mengingatkan bayi2 yang dicampak, dibuang begitu sahaja oleh makhluk berakal akibat perbuatan segelintir manusia yang kurang akal, terlebih nafsu.. Ada yang masih hidup dah dibuang, yang mati dicempak merata2.. dan ada yang ditanam hidup2..

Semoga men jadi iktibar buat semua yang berakal.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment