Friday, May 10, 2013

Dibalas: RG2011... ~~~Ismail Omar Bersara Wajib 17 Mei~~~

 

 Dah 2 tahun sambung kontrak, eloklah bagi peluang pada org lain pulak. lagipun cabaran jadi ketua polis negara berbeza dari dulu. kalau taktahan cabaran awal2 lagi dh angkat kaki. jangan lah buat fitnah yg bukan2 pada dia. disarankan juga kepada menteri2 yg dh lama berkhidmat dngn kementrian2 bagilah peluang pada org lain pulak. harap menteri kabinet kali ni banyak bertukar tangan.


Daripada: ♥*¨*☆Fairlady Shania♥*¨*☆ <fairladyshania@gmail.com>
Kepada:
Dihantar: Jumaat, 10 Mei, 2013 pada 21:52:39
Perkara: RG2011... ~~~Ismail Omar Bersara Wajib 17 Mei~~~

 

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar akan bersara 
wajib pada 17 Mei ini dan bukan meletak jawatan kerana desakan parti 
politik seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) 
ACP Ramli Mohamed Yusoof berkata penyebaran berita mengenai 
perletakan jawatan Ketua Polis Negara di media sosial dan blog 
adalah fitnah dan berniat jahat.

Majlis persaraan Ismail akan diadakan sehari sebelum tarikh persaraannya, 
kata Ramli dalam kenyataan pada Jumaat.

Ramli turut menegaskan bahawa keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman 
adalah aman tanpa sebarang kekecohan atau huru-hara seperti yang 
didakwa di laman sosial.

Justeru orang ramai diingat agar tidak mempercayai fitnah yang disebarkan 
atau menjadi sebahagian daripada penyebar fitnah dengan memanjangkan 
dan berkongsi dakwaan yang tidak berasas itu di laman sosial.

"Adalah diingatkan individu yang terlibat dalam menyebarkan maklumat 
palsu dan berbaur hasutan ini boleh dikenakan hukuman mengikut 
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 500 
Kanun Keseksaan dan Sekyen 4(1) Akta Hasutan," katanya.

Ismail memegang jawatan tertinggi dalam tampuk kepimpinan PDRM 
sejak 13 September 2010 apabila beliau menggantikan 
Tan Sri Musa Hassan.

Perkhidmatan Ismail disambung dua tahun secara kontrak setelah 
mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - 
BERNAMA



--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.



__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment