Hairan juga.. mengapa sejak awal kes ini hanya Sosilawati jer yang disebut-sebut..sedangkan ada empat orang yang mati dibunuh selain daripada Sosilawati?
--- On Sun, 26/5/13, -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg> wrote: From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg> Subject: RG2011... Fw: Kes Sosilawati - Dijatuhi Hukuman Gantung Sampai Mati To: "zzxmelayucyber" <melayucyber@yahoogroups.com> Date: Sunday, 26 May, 2013, 4:23 PM
Posted by greenboc R.Matan, T.Thilaiyalagan dan N Pathmanabhan dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi di Shah Alam, Khamis. -foto AZHAR MAHFOF/The Star Mahkamah Tinggi pada Khamis menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap keempat-empat tertuduh dalam kes pembunuhan ahli perniagaan kosmetik Sosilawati Lawiya di Tanjung Sepat, Banting pada tahun 2010. "Pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan yang munasabah," kata Hakim Akhtar Tahir.
Hakim Akhtar Tahir telah membuat keputusan setelah berpuas hati dengan bukti dan bahan bukti yang dikemukakan sepanjang perbicaraan bermula 4 Julai 2011.
Bilik mahkamah beliau dipenuhi dengan keluarga tertuduh dan mangsa, media dan peguam.
Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang selepas pergi ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Kehilangan mereka menjadi tajuk utama di seluruh negara.
Bekas peguam N. Pathmanabhan, 43, dan tiga pekerja ladangnya T. Thilaiyalagan, 21, R. Matan, 22 dan R. Kathavarayan, 33, dituduh membunuh Sosilawati dan pembantu beliau di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, di antara pukul 8.30-9.45 malam pada 30 Ogos 2010
comments:
|
No comments:
Post a Comment