Sunday, May 12, 2013

RG2011... [ipjps] Reformasi pilihanraya

 

[ipjps] Reformasi pilihanraya

Sunday, May 12, 2013 5:18 PM
From:
View contact details
To:
ipjps@yahoogroups.com


Sunday, 12 May 2013 07:23

MCA, Gerakan lebih kepada tutup kedai – Guan Eng

Written by  Lim Guan Eng
 

Reformasi pilihanraya yang menghormati prinsip "satu orang, satu undi, satu nilai" boleh menyelamatkan demokrasi malaysia, integriti, kebebasan memilih, peluang saksama, kebajikan masyarakat dan keadilan untuk semua. Pilihan raya umum ke-13 adalah bersejarah kerana ini adalah kali pertama BN kehilangan undi popular dan Pakatan Rakyat memenangi majoriti yang jelas dengan undi popular sebanyak 50.9% berbanding BN 47.4% (tidak termasuk undi rosak dan calon bebas).

BN telah menerima 51.4% undi popular dalam pilihan raya umum 2008, jatuh 4% kepada hanya 47.4% pada pilihan raya umum tahun 2013. Sebaliknya, PR yang mencatatkan 47.6% dalam pilihan raya umum 2008 dan mendapat peningkatan sebanyak 3.2% dalam undi popular kepada 50.9% pada tahun 2013. Walau bagaimanapun, amalan persempadanan semula kawasan pilihanraya adalah satu penghinaan terhadap petunjuk penting prinsip demokrasi "satu orang, satu undi, satu nilai" oleh BN dalam 56 tahun yang lalu, lantas membenarkan BN untuk memenangi kuasa walaupun kehilangan undi popular.

Bagaimana mungkin PR yang memenangi 50.9% undi popular hanya mendapat 40% daripada kerusi? PR malah memenangi 7 kerusi tambahan daripada 82 menjadi 89, tidak menghampiri bilangan 110 pun daripada 222 kerusi Parlimen.

Pelanggaran terhadap keadilan ini paling jelas kelihatan di negeri Perak, di mana PR mengalamai peningkatan undi popular sebanyak 1.4% kepada 54.7% namun masih tewas kepada BN. Dalam pilihan raya umum 2008, PR menang kuasa di Perak walaupun hanya memenangi 53.3% undi popular.

Dalam keterdesakan untuk mengelak daripada menjawab mengapa BN mempunyai Perdana Menteri minoriti dan menjawab bagaimana BN memenangi kuasa walaupun kehilangan undi popular, BN, terutamanya UMNO dan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek, sebaliknya telah memilih untuk mengaitkan keputusan dengan sentimen perkauman, kononnya ia sebuah tsunami Cina dan malah bertanya "Apa lagi Cina mahu?".

Ini adalah sangat tidak bertanggungjawab kerana ini bukan sebuah tsunami Cina tetapi tsunami rakyat Malaysia. Kalau pun terdapat apa-apa jurang, ia bukanlah jurang perkauman tetapi jurang antara bandar dan luar bandar kerana PR memenangi kebanyakan kerusi bandar di Malaysia. PR tidak mungkin boleh menang 51% undi popular dengan bergantung hanya pada undi Cina, yang membentuk hanya 25% daripada jumlah pengundi.

Dengan bertanya soalan provokatif, "Apa lagi Cina mahu?", UMNO dan MCA tidak menghiraukan kehendak orang Cina iaitu apa dikehendaki semua rakyat Malaysia. Tiada rasuah, tiada kronisme, nepotisme dan menamatkan penyalahgunaan kuasa. Sebuah kerajaan mesra rakyat yang mendengar keluhan rakyat, melakukan kerja kerakyatan dan memberi harapan kepada rakyat. Sebuah kerajaan yang menyediakan masa depan untuk golongan muda dan tidak mencuri masa depan dari golongan muda. Golongan muda tidak akan membenarkan BN untuk mencuri masa depan mereka dengan cara yang sama BN telah mencuri masa depan ibu bapa mereka.

BN tidak boleh mengabaikan suara dan undi 51% daripada rakyat Malaysia. DAP ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang pulang mengundi dari luar negara, menghabiskan masa yang lama beratur mengundi dan telah nekad untuk membelanjakan apa sahja demi merealisasikan cita-cita mereka untuk perubahan. Tiga kumpulan wajar mendapat pengiktirafan khusus daripada DAP.

Satu, ialah pengundi kali pertama, ada dari kalangan yang berumur 60-an yang tidak pernah peduli untuk mengundi dalam kehidupan mereka. Dua, anak muda yang mencatatkan kadar keluar mengundi tertinggi dalam sejarah Malaysia disaksikan oleh barisan-barisan panjang dalam saluran mengundi terakhir. Ketiga wanita, yang ternyata mencatat rekod bukan sahaja di tempat mengundi tetapi juga dalam ceramah menderma dengan murah hati, melaungkan sokongan mereka dan menitiskan air mata mereka untuk menyokong laungan "Ubah".

DAP mencatatkan prestasi terbaik dalam sejarah bukan sahaja dengan memenangi 38 kerusi Parlimen dan 107 kerusi DUN, tetapi juga mempunyai wakil rakyat dari semua kaum - Melayu, Cina, India dan wakil rakyat Kadazan pertama. Kami juga berbangga mempunyai ahli parlimen dan ADUN wanita India pertama kami. Sambil kita meraikan kemenangan ini, marilah kita terus memberi fokus kepada kerja yang perlu kita lakukan untuk rakyat.

Rakyat memerlukan reformasi pilihanraya yang mencerminkan sentimen dan kehendak pengundi. Ini adalah tugas terdekat kita, tetapi bukan satu-satunya. Isu-isu lain yang mempunyai kepentingan negara juga memerlukan perhatian.

Published in Politik
 
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Related Link:
http://groups.yahoo.com/group/ipjps
Post message:
ipjps@yahoogroups.com
Subscribe:
ipjps-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe:
ipjps-unsubscribe@yahoogroups.com

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment