Sunday, May 12, 2013

RG2011... kami aman. selagi tak dikacau spesis otak saiz kacang hijau ~tokku

 



Inline image 1



Perhimpuan Rakyat 508 ini telah melahirkan "suasana harmoni" yang jarang kita temui pada hari-hari biasa. Ini termasuk:
1. Lebuh raya telah bertukar menjadi tempat parking sementara! Kebanyakan mereka yang berada dalam kereta adalah berpakaian baju hitam. "traffic jam" yang sepanjang 7km tidak mencetuskan kemarahan sebaliknya menyalakan semangat setiap orang untuk menyambut "perhimpunan 508" dengan cara tersendiri: bersama-sama membunyikan hon kereta bagi menandakan ketidakpusan terhadap penipuan dalam PRU-13! (besok pagi 9 Mei pasti pelbagai media kawalan-BN akan melemparkan isu traffic jam telah menyusahkan rakyat!)
2. Adajuga yang sekaligus mematikan enjin kereta dan terus menyambut perhimpunan bersama pengguna lebuhraya yang lain dengan menyorak slogan "Ubah", umpamanya perhimpunan-pemandu rakyat 508 yang teristimewa!
3. Ada juga golongan sanggup meletakkan kenderaan pada lokasi yang berjarak sejauh 4-5 km dari Stadium Kelana Jaya dan berjalan kaki ke stadium. Pernahkah anda bayangkan sekiranya kita sanggup berjalan kaki sejauh ini semata-mata untuk tujuan yang mulia ini?
4. Kelihatan "Troop/Batalion Baju Hitam" yang terdiri daripada pelbagai kaum berjalan menuju ke arah sama, Stadium Kelana Jaya, dan yang terpenting ialah dengan matlamat yang sama. Mereka berborak dan bersembang antara satu sama lain walaupun tidak berkenalan antara satu sama lain.
5. Perhimpunan ini dihadiri pelbagai lapisan masyarakat dan kaum: disertai sekeluarga Melayu hinggalah sekumpulan kawan-kawan Cina dan India. Bayangkan, suasana harmoni sedemikian dapat kita lihat pada hari-hari biasa?
6. Ada pula Melayu yang memegang banner DAP sementara orang Cina pula memegang panji-panji PAS. Pemikiran dan taktik Barisan National yang suka berpaut kepada isu-isu perkauman nampaknya sudah jauh ketinggalan zaman dan tidak disenangi rakyat. Yang menarik sekali, ialah seorang nenek Cina yang memegang panji Parti Keadilan turut dipuji oleh pemuda Melayu: "AH Mah (nenek dalam bahasa Cina), u ho-liao ah (awak best lah)"!
7. Berlaku juga insiden yang memberansangkan semangat keharmonian antara kaum (happen to I was there too). Enjin kereta seorang pemandu Cina didapati telah kehabisan minyak akibat traffic jam yang tak berkehabisan. Dalam keadaan binggung, dia meminta pertolongan seorang penunggang motosikal Melayu untuk menumpangnya ke Stesen minyak (untuk membeli petro kereta). Pada ketika Cina tu menawarkan tambang RM20 sebagai tanda terima kasih, penunggang Melayu tu terus menolak pemberian ini dengan berbalas: "Tak Payah Bayarlah Kan Kita orang Malaysia". Saya benar-terharu apabila saya terdengar perbualan mereka! Super kagum!".

8. Satu lagi insiden kaharmonian: pada ketika enjin kereta seorang wanita Melayu menjadi panas akibat kekurangan air dalam radiator, seorang pemuda Cina telah menghulurkan bantuan mekanik. Dia meminta teman wanitanya mengeluarkan semua air mineral yang mereka ada untuk mengisikan radiator kereta akak Melayu tersebut. Wanita Melayu berbalas: "Terima Kasih ah!" . Terharu kan!

9. Semua orang yang berada di luar stadium memberi tepukan yang gemuruh ketika ketibaan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tanpa mengira bangsa. Inilah sikap pimpinan yang tidak berpaut kepada najis perkauman! Semasa En. Lim Kit Siang berjalan merentasi himpunan penyokong, terdengar pula bisikan seorang pemuda Melayu:"ini uncle lim hebat ah! dapat hantam AbdulGani Kuat kuat! bagus ah!"! Ooi! Syoknya saya nampaknya Uncle Lim juga ada peminat Melayu!
10. Ketika bersurainya Perhimpunan Rakyat 508, semua penyokong PR dan demokrasi meninggalkan Stadium secara berdisiplin dan teratur tanpa menimbulkan pergaduhan. Hanya kedengaran.."Minta lalu!".."Minta maaf".."Sorry" yang diucap secara sopan. Nampaknya penyokong Cybertrooper Pakatan Rakyat dan pencinta demokrasi sebenarnya adalah mereka yang bersopan santun.
Semua ini adalah pengalaman saya semasa menghadiri Perhimpunan Rakyat 508. Saya amat berharap kita dapat mengekalkan dan menghayati suasana harmoni tanpa mengira bangsa dan kaum dalam kehidupan setiap hari dan bukannya hanya dalam Perhimpunan sedemikan.
Diterjemahkan oleh-Shanice S.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment