Friday, September 13, 2013

Re: RG2011... Fw: RON95 lebih mahal dari RON 97!

 

Oh cmtu...

Contoh dia cmni.. Aku bnje ko air hundred plus 50sen,
Harga kat kedai 2.50..

So ko byr 2.50 - 0.50 sama dengan 2.00.
Ko byrla 2.50(semua dlm poket ko sindri)... Sbb aku dah banje 50sen tadi..(Bila tah)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: mohd_zawawi@yahoo.com
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thu, 12 Sep 2013 07:40:47 +0000
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Fw: RON95 lebih mahal dari RON 97!

 

It refers to the base price cost..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

-----Original Message-----
From: Batapihanand <hamiza_ahl@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tue, 10 Sep 2013 06:17:32
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
Reply-To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Fw: RON95 lebih mahal dari RON 97!



uiii...pandainya maths
leh wat tuisyen nih... 


________________________________
From: Shahidan Shari <shahidan8@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, September 6, 2013 9:07 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: RON95 lebih mahal dari RON 97!



salam,.

  ni pandai matematik ke x ni..gilo..ni kire2 yg betul..

1) subsidi RON95 = 0.63 
    harga dibayar pembeli = 2.10(harga semase) - 0.63 (subsidi) = 1.47 sen
    harga semase = RM 2.10


2) RON 97 tiada subsidi = RM 2.70
   harga dibayar pembeli = RM 2.70
   harga semase = RM 2.70 



note:: Kenape perlu tambah RM2.10 ngan subsidi (0.63) sedangkan RM2.10 dah termasuk 0.63 (subsidi)..

Sekian.

tq


2013/9/4 -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg>



>

>
>
>Fuiyo! RON95
lebih mahal dari RON 97!
>telokbakong.blogspot.
>thecybersniper.blogspot.
>Dicatat oleh TheSniper

>Harga
terkini minyak RON95 RM2.10 seliter kerajaan menanggung RM0.63 subsidi setiap
liter.
>
>Harga minyak yang bermutu tinggi pula RM2.70 seliter,
tiada subsidi kerajaan.
>
>Dengan
kata lain Harga RON97, RM2.70
>Harga
RON95 RM2.10 + (Subsidi RM0.63) = RM2.73
>
>Kenapa harga minyak RON95 lebih mahal berbanding
minyak bermutu tinggi RON97?
>
>Kenapa tak diberi sahaja subsidi RM0.60 kepada minyak
bermutu tinggi RON97 supaya harganya RM2.10 seliter? 
>
>Bukankah kerajaan boleh jimat RM0.03 setiap
liter?
>
>RON95 lebih mahal
berbanding RON97, kegilaan apakah
ini?


>
>HANYA BN YANG MAMPU BUAT SILAP MATA MACAM INI 
>malaysiaberih.blogspot.
>naimnikmat.blogspot.
>Dicatat oleh Na'im Nikmat 
>Hamid Yeop buktikan subsidi minyak tidak wujud
>telokbakong.blogspot
>wasukalu.com
>Posted by GeloraHatiMuda

>
>6) Jadi berapakah sebenarnya subsidi minyak kepada
rakyat?
>
>HAMID YEOP:
>
>Berdasarkan RM33 billion yang dikatakan tadi,
kita boleh mengetahui penggunaan petrol negara ini dalam setahun adalah
kira-kira 110 billion liter. Lebih kurang 301 juta liter sehari.
>
>Mengikut
laporan pada tahun 2007, terdapat 3,098 stesen minyak di seluruh negara dengan
40% daripadanya, terutama yang di bandar besar dan lebuhraya beroperasi 24
jam.
>
>Ini memberi gambaran purata jualan harian bagi setiap stesen minyak
adalah sebanyak 97 ribu liter sehari, atau hampir 3 juta liter sebulan. Suatu
angka yang sukar diterima untuk sebuah stesen minyak kerana, secara purata
jualan harian mereka tidak melebihi 20,000 liter.
>
>Jika benar ada subsidi
maka angka-angkanya mesti selari dengan pengiraan matematik tadi, tetapi kerana
angka-angkanya tidak sekena, maka keputusan ini'menidakkan dan menolak
kewujudan subsidi petrol berjumlah RM0.30 sen seliter atau RM33 billion
setahun.' - sinar

>adios


>Subsidi Minyak,
Wujud atau sekadar dongeng?.. Baca apa yang Pakar Matematik ini dedahkan!
>telokbakong.blogspot
>darisungaiderhaka.blogspot
>Posted by Anak Sungai Derhaka

>
>Sebelum korang baca apa
yang didedahkan oleh Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid Yeop Yeop
Zainuddin dalam satu wawancara suatu masa yang lalu tentang subsidi minyak ini,
tolong cari jawapan bagi persoalan yang dah lama aku fikirkan
ini..
>
>Satu persoalan yang dah
lama aku fikirkan.. adakah benar Kerajaan yang ada sekarang ini benar-benar
memberikan subsidi terhadap harga Minyak yang digunakan oleh setiap kenderaan
yang bergerak dibumi Malaysia ini?
>
>Cukai eksais dan cukai jualan yang
dikenakan setiap kereta yang dijual ialah bermula dari kadar minima 85% hingga
ke 115% ke atas harga asal kereta..
>
>Katakanlah harga asal sebuah kereta
itu ialah RM50,000 dengan menganggarkan cukai yang dikenakan Kerajaan dari harga
asal ialah 100% iaitu RM50,000..
>
>Bahagikan jumlah cukai yang dikenakan
itu dengan kadar penggunaan petrol dalam satu bulan, dalam hal ini aku sendiri
menggunakan kira-kira lebih kurang RM400 untuk petrol bagi satu bulan (pergi
balik kerja saja ni..).
>
> RM50,000 bahagi RM400 jawabnya ialah 125..
125 Bulan..
>
>125 Bulan bahagikan dengan 12 bulan.. hasilnya ialah 10.42
tahun...
>
>Kadar cukai yang dikenakan itu membolehkan kita mengisi minyak
untuk kenderaan kita selama 10.42 tahun..
>
>Jadi sebenarnya dalam hal ini
siapa subsidi siapa?.. Kita subsidi Kerajaan atau Kerajaan yang berikan kita
subsidi?
>
>Fikir-fikirkan...
>
>
>Bacalah apa kata Pakar Matematik Gunaan tentang kisah dongeng
subsidi petrol ini..
>
>
>Penyelarasan subsidi ke atas bebearapa bahan keperluan seperti petrol dan gula bukan sahaja memberikan kesan kenaikan harga keperluan asas lain, malah, pelbagai pihak dari sektor perkhidmatan juga menaikkan cas atas alasan tersebut.
>>
>>Dalam keadaan
yang semakin tertekan ini, kakitangan kerajaan yang bergaji RM3,000 sebulan
pun sudah boleh dikategorikan miskin, apatah lagi yang tidak
bekerja.
>>
>>Ironinya, setiap kali kenaikan harga barang, golongan ini
disaran berjimat cermat. Bagaimanakah lagi caranya hendak berjimat? Adakah
sehingga makan sekali seminggu itu yang dikatakan berjimat? Semua saranan ini
tentu sekali tidak akan meredakan kemelut sara hidup yang
menyeksakan.
>>
>>Bagi merungkai permasalahan kenaikan harga ini, ikuti
wawancara khas wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN (Sinar Harian: 5 Januari
2011) dengan Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin.
Beliau menggunakan pendekatan Matematik untuk meneliti fakta apakah kenaikan
harga minyak mentah di pasaran dunia benar-benar merugikan negara sehingga
terpaksa mengurangkan subsidi rakyat.
>>
>>1) Bolehkah harga bahan api ini diturunkan?
>>
>>HAMID YEOP:
>>
>>Ya
boleh! Malah boleh diturunkan kepada 30 sen sahaja seliter jika menggunakan
formula menurunkan harga minyak dan barang-barang yang sekaligus menghapuskan
kemiskinan. Formula ini ditemui semasa kajian pada 2008 yang lalu.
>>
>>Di
pasaran dunia harga bahan api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh
dikatakan tidak pernah turun asyik naik sahaja.
>>
>>Sesiapa pun faham ini
membuktikan harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia.
Ketika kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya 16 sen seliter
(Venezuela).
>>
>>2) Bagaimanakah boleh dijual begitu murah sekali?
>>
>>HAMID YEOP:
>>
>>Untuk memudahkan orang
awam faham, ambil contoh kelapa sawit. Kita adalah negara pengeluar. Kalau
dulu harga sawit RM1,000 satu tan, sekarang dah naik RM3,000. Kita untung atau
rugi? Sudah tentu untung 3 kali ganda.
>>
>>Begitu juga minyak mentah.
Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan menganggotai Pertubuhan
Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Jika Malaysia jual kira-kira
700,000 tong minyak mentah sehari pada kadar USD130 Setong (dengan kadar
tukaran mata wang RM3.80 untuk USD1 satu ketika dahulu), ini bermakna
perolehan setahun adalah USD33 billion iaitu melebihi RM126 billion. Dengan
anggaran perolehan melebihi satu trillion ringgit untuk 10 tahun pada kadar
disebutkan tadi, bolehkah Malaysia menurunkan harga bahan apinya? Jika benar
rakyat didahulukan maka sudah tentulah jual murah didalam negara tetapi jual
ikut harga pasaran di luar negara. Ini adalah hasil negara yang sepatutnya
dinikmati rakyat.
>>
>>3) Maknanya, kenaikan harga minyak mentah dunia tidak merugikan negara?
>>
>>HAMID YEOP:
>>
>>Ya benar. Bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, tetapi
sebaliknya mendapat keuntungan berganda. Seperti kelapa sawit, ramai yang tahu
tetapi tidak ramai yang tahu pasal telaga minyak. Kita rujuk data 2008 dengan
anggaran jualan minyak mentah Malaysia sebanyak 700,000 tong sehari. Oleh
kerana minyak dijual dalam dollar Amerika, bagi memudahkan perbandingan,
anggapkan kadar tukaran RM kepada USD ialah RM3.50 untuk USD1.
>>
>>Harga
minyak pada Januari 2007 adalah USD50 iaitu RM175 setong. Justeru perolehan
setahun bagi 2007 adalah melebihi RM44 billion. Jun 2008, harga minyak telah
naik kepada USD138 iaitu RM483 setong. Justeru perolahan setahun sehingga Jun
2009 adalah kira-kira RM123 billion. Ini memberikan tambahan lebihan untung
sebanyak RM78 billion. Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain
seperti petrol dan diesel. Oleh itu, keuntungan sebenar hasil kenaikan harga
minyak dunia adalah jauh lebih tinggi.
>>
>>4) Dengan RM78 billion lebihan untung, lebih banyakkah subsidi?
>>
>>HAMID YEOP:
>>
>>Kalau tiada subsidi pun harga minyak boleh diturunkan, apatah
lagi jika ada subsidi. Tetapi rakyat kini menanggung beban kenaikan harga
minyak yang kononnya disebabkan kenaikan harga minyak dunia. Ramai yang ingin
tahu kemanakah perginya lebihan untuk RM78 billion ini? Lagilah tidak logik
kita terpaksa pula mengurangkan subsidi. Kita bukan Singapura dan kita tidak
boleh ikut Singapura kerana ia negara pembeli bukan pengeluar. Harga di kilang
tidak sama dengan harga di kedai.
>>
>>5) Benarkah ada subsidi dan siapakah yang menerimanya?
>>
>>HAMID YEOP:
>>
>>Ketika minyak mentah berharga USD130 setong (RM455 pada kadar
tukaran RM3.50 kepada USD1), kerajaan mengumumkan harga sebenar petrol di
Malaysia adalah RM3.00 seliter dan diberikan subsidi RM0.30 sen menjadikannya
RM2.70 seliter.
>>
>>Jika benar ada subsidi, adakah subsidi diberikan kepada
semua syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, Esso, Caltex, BHP dan
lain-lain? Tanpa subsidi atau suatu bentuk persetujuan bayaran tertentu kepada
syarikat asing tersebut mustahil mereka mahu jual dengan harga sama seperti
dijual Petronas, iaitu RM2.70 seliter.
>>
>>Sekiranya syarikat asing itu
tidak mendapat sejumlah subsidi (sama ada daripada kerajaan atau Petronas atau
kedua-duanya), tentu mereka menjual mengikut harga yang memberikan keuntungan
masing-masing sebagaimana yang dijual di negara lain. Sebab itu harga Shell di
Singapura jauh lebih mahal.
>>
>>Tinjauan saya mendapati stesen minyak
membayar tunai dengan harga RM2.70 daripada pembekal syarikat asing. Daripada
jumlah itu, mereka hanya memperolehi komisen RM0.095. Ini bermakna, pengusaha
stesen minyak bukan penerima subsidi. Justeru kemungkinan besar subsidi
tersebut dibayar terus kepada syarikat asing. Lebih 80 peratus daripada RM33
billion subsidi dibayar kepada syarikat asing.
>>
>>6) Jadi berapakah sebenarnya subsidi minyak kepada rakyat?
>>
>>HAMID YEOP:
>>
>>Berdasarkan RM33 billion yang dikatakan tadi, kita boleh
mengetahui penggunaan petrol negara ini dalam setahun adalah kira-kira 110
billion liter. Lebih kurang 301 juta liter sehari.
>>
>>Mengikut laporan
pada tahun 2007, terdapat 3,098 stesen minyak di seluruh negara dengan 40%
daripadanya, terutama yang di bandar besar dan lebuhraya beroperasi 24
jam.
>>
>>Ini memberi gambaran purata jualan harian bagi setiap stesen
minyak adalah sebanyak 97 ribu liter sehari, atau hampir 3 juta liter sebulan.
Suatu angka yang sukar diterima untuk sebuah stesen minyak kerana, secara
purata jualan harian mereka tidak melebihi 20,000 liter.
>>
>>Jika benar ada
subsidi maka angka-angkanya mesti selari dengan pengiraan matematik tadi,
tetapi kerana angka-angkanya tidak sekena, maka keputusan ini'menidakkan dan
menolak kewujudan subsidi petrol berjumlah RM0.30 sen seliter atau RM33
billion setahun.'
>>
>>Ada atau tidak subsidi minyak untuk rakyat? Andalah
yang menentukan jawapannya.
>>
>>7) Jika tiada subsidi, rakyat terpaksa membeli dengan harga yang mahal?
>>
>>HAMID YEOP:
>>
>>Sepatutnya tidak. Salah satu cara terbaik untuk menurunkan
harga minyak adalah dengan menyerapkan terus keuntungan Petronas ke dalam
hasil minyak (petrol dan diesel) yang dijual di dalam
negara.
>>
>>Penyerapan keuntungan ini akan membolehkan Petronas menjual
Petrol dengan harga lebih rendah. Secara langsung akan menaikkan lagi
keuntungan Petronas dengan peningkatan penjualan minyak.
>>
>>Tindakan
inilah yang sebenarnya menangkis persoalan ke manakah perginya keuntungan
Petronas.
>>
>>Lagipun bukan semua pengusaha syarikat asing seperti BHP,
Esso, Caltex, Shell dan Mobil membeli minyak mentah dari Petronas. Itupun
Petronas tetap mengaut untung berbillion ringgit. Sedangkan dengan harga USD50
setong kerajaan mampu menanggung subsidi berbillion ringgit, inikan pula
USD138 setong (RM483).
>>
>>Bila untung 2 kali ganda sepatutnya turun
separuh harga.
>>
>>Benarkah stok minyak kita akan habis?
>>
>>HAMID YEOP:
>>
>>Tuhan jadikan Malaysia unik.
Laluan gempa bumi pun tidak menempuh Malaysia. Telaga minyak kita macam telaga
air di kampung, dicedok banyak mana pun tidak akan habis. Minyak kita, kalau
ambil satu tong dia boleh keluar lagi sehingga tiga tong. Saya banyak
mmendapat maklumbalas daripada ramai bekas pelajar saya yang menjadi jurutera
di Petronas dan di kawsan carigali.
>>
>>Untuk satu jangka yang amat lama
lagi dakwaan ini tidak benar. Kalau habis pun, saya percaya ketika itu minyak
bukan lagi merupakan sumber utama tenaga.
>>
>>9) Formula ini telah Prof cipta semenjak 2008 tetapi tidak diterima kerajaan. Apa komen Prof?
>>
>>HAMID YEOP:
>>
>>Sebagai rakyat biasa yang
prihatin saya hanya membantu dan mencadangkan setakat yang termampu. Asalnya
pun daripada permintaan salah seorang menteri kabinet. Pada pendapat saya,
model ekonomi yang digunapakai sekarang adalah betul pada mereka tetapi salah
pada rakyat.
>>
>>10) Akhirnya apakah harapan Prof?
>>
>>HAMID YEOP:
>>
>>Menurunkan harga barang menjadi
harapan sebahagian besar rakyat. Saya sedia berkongsi formula ini dengan
mana-mana pihak terutamanya perti politik yang berhasrat memerintah negara
ini, supaya penjelasan dapat diberikan kepada rakyat jelata. InsyaAllah jika
pemerintah melaksanakan formula ini, semua rakyat akan jadi kaya dan dalam
tiga tahun Malaysia akan jadi 'World Reserved Bank'.
>>
>>Sisipan: SINAR HARIAN (5 Januari 2011)
>>
>>oleh
wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN
>Sumber : Kedah Lanie

>Comments
>
>Khamsi · 3
>mazidul bila cerdik nya?

>
>KUR · 
>ini membuktikan kebenaran apa yang saya faham selama hampir 10
tahun lalu tentang dongengan subsidi harga minyak oleh kera-jaan BN.....MEMANG
DASAR MUNAFIQ....KERA-JAAN PENIPU RAKYAT.

>
>Md Tanjong 96p · 
>bro asd !
>aku share link hang nie kat fb aku !
>model
ekonomi yang digunapakai sekarang adalah betul pada
>mereka tetapi salah pada
rakyat... Prof !
>ini lah pandangan orang cerdik n genius !
>bukan mcm
macai tak tepakai ! nak lingkup pun sokong jugak !??
>macai bengong tak mau
baca yg nie ! takut bodo bertingkat tingkat lagi !
>kan madey yg kata depa
mcm tu !?
>
>kah kah kah

>
>Do Re Me · 
>Istiharkan lah keuntungan Petronas.

>
>mohd yusri · 
>makcik pakcik kat kampung.. TAK FAHAM fakta ne...yg depa tau umno
bagi rm1000 hujung tahun ne...kroni2 umno FAHAM fakta ne....tapi p mampos la
minyak naik harga..depa untung pun juta2..peyokong umno BUAT-BUAT TAK FAHAM
fakta ne..sebab depa bodoh...-bukan aku kata..che det kata..hahaha

>
>mimie · 
>Nak kan BRIM sgt ... rasakan

>
>pts · 
>geli tengok kepala mazidul.eeeee

>
>sunan · 
>kesimpulan dari tulisan Prof ini..
>umno itu penipu
>fikirkan macamana nak tipu
>siapa kena tipu
>
>kerana apa begitu..
>Mahataik menjawab
>ahli umno spt lembu shahrizat.
>
>hebat macamana
sekali pun Prof kat Msia ni..
>tak akan mengalahkan lembu lembu Umno.

>
>sunan · 
>Yang tak naik
>
>Minyak Lintah dgn minyak dhab
>
>Rice
xPas ..sorang sebotol..
>aku · 
>Maybe formula dari prof ni yang diguna pakai oleh PR untuk
turunkan harga minyak kot, sebab nampak sgt2 confident bila PR kata harga minyak
boleh diturunkan

>
>ko-jol · 
>Bila Malaysia jadi ahli opec?

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (17)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment