Korang dah tgk ke video Isteri Mat Yo yg di katakan poyo tu..? Ulang2 dok kata "saya tak bodo".. kata "saya tak bodo".. kata "saya tak bodo"..
Pastu dok kata Pak Guard tu yang bodo dan jantan dayus.. apeke hey..? Lawak tol, bila ngaku 'tak bodo' tapi tak reti nak parkir kete kat tempat sepatutnya.. kih kih kih..
From: Haron, Saipudin [mailto:Saipudin.Haron@Mattel.com]
Sent: Friday, September 27, 2013 3:41 PM
To: TemanHidup@yahoogroups.com
Subject: SiNAR hARIAN 270913
Denggi: Annuar Musa ditahan di CCU
Oleh: MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
Tarikh: September 27, 2013
KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa kini dilaporkan berada di unit rawatan kritikal (CCU) Hospital Besar Kuala Lumpur kerana dipercayai dijangkiti demam denggi.
"Beliau dijangkiti denggi dan sedang berada dalam pengawasan doktor kerana bacaan platlet beliau amat rendah.
"Harap kita semua dapat doakan beliau cepat sembuh Insya-ALLAH," dipetik dari laman sosial Facebook milik ahli Parlimen Ketereh itu hari ini.
Isteri Mat Yo mohon maaf
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: September 27, 2013
KUALA LUMPUR - Ekoran tersebarnya video kontroversi membabitkan dirinya, suami dan seorang pengawal keselamatan yang menimbulkan kemarahan awam, isteri Mat Yo akhirnya tampil memohon maaf.
"Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.
"Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku," kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.
"Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?
Dua individu miliki video
"Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis," katanya dipetik Berita Harian, hari ini.
Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.
"Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.
"Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul," katanya sambil menangis.
Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.
Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.
Tak terlintas saman
Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.
Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.
Polis: Sah mati tersedak susu
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: September 27, 2013
PUTRAJAYA – Kematian bayi lima bulan, Mohd Danish Rayqal di sebuah pusat jagaan di sini, Selasa lalu, adalah kerana tersedak susu.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, ia disahkan selepas bedah siasat oleh pihak hospital, kelmarin.
"Pada masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis masih menyiasat kes ini," katanya.
Selasa lalu, bayi berkenaan ditemui mati oleh pengasuhnya yang hendak memandikannya kira-kira jam 3 petang.
Bapa bayi berkenaan, Ismail Ramli, 28, kemudian membuat laporan polis kerana meragui kematian anaknya yang sihat semasa dihantar ke pusat jagaan itu pada sebelah pagi hari kejadian.
Sembelih tidak ikut syarak
Oleh: ERMA YUSNIDA JUSOH
Tarikh: September 27, 2013
KUANTAN - Sijil halal sebuah pusat penyembelihan ayam di Indera Mahkota, di sini dibatalkan selepas didapati melakukan penyembelihan ayam tidak mengikut hukum syarak oleh Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Kuantan.
Dalam operasi dua minggu lalu, Paid menjalankan siasatan selepas mendapat aduan daripada orang awam yang ragu dengan ayam yang dibelinya di sebuah pasar raya di Jalan Lim Hoe Leck.
Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Daerah, Abdul Zaki Md Zain berkata, pengilang terbabit diberi tempoh bertenang selama tiga bulan sebelum dibenarkan memohon sijil halal yang baru.
Menurutnya, tempoh bertenang bermula 1 September lalu itu adalah bagi memberi ruang kepada mereka untuk memastikan kerja penyembelihan dilakukan mengikut syarat dan sebagai pengajaran kerana melanggar peraturan.
"Pihak pengilang dan penyembelih perlu peka kerana jumlah ayam yang disembelih dalam kuantiti yang banyak.
"Selepas ayam disembelih, perlu ada seorang kakitangan yang memeriksa dan memastikan bahawa ayam tersebut disembelih dengan cara yang betul mengikut syarak," katanya.
Abdul Zaki berkata, dalam pemeriksaan Isnin lalu di sebuah pasar raya di sini, pihaknya mendapati pengilang terbabit masih menggunakan logo hala pada plastik ayam berkenaan sedangkan ia sudah dibatalkan.
"Kita sudah memberi amaran akhir kepada pengilang terbabit dan jika masih berdegil, pihaknya akan berdepan dengan tindakan lebih tegas di bawah Akta Perihal Dagangan," katanya.
Pihak yang disabitkan kesalahan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, jika membabitkan pertubuhan perbadanan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM250,000 manakala bagi kesalahan kedua atau seterusnya RM500,000.
Individu yang sabit kesalahan pula boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Ditipu ibu tunggal
Oleh: NUR FARHANA ABDUL MANAN
Tarikh: September 27, 2013
PUCHONG – Simpati yang ditunjukkan bukan dibalas dengan penghargaan sebaliknya mangsa seorang peniaga, dikhianati wanita berstatus ibu tunggal yang dibantunya.
Peniaga berkenaan mendakwa kerugian ribuan ringgit apabila peralatan dalam restoran yang disewakan kepada wanita itu hilang disyaki dicuri.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad berkata, dia mengenali wanita terbabit Ogos lalu sebelum mengambil keputusan menyewakan perniagaan makanan dijalankan sejak lima tahun lalu kepada ibu tunggal berkenaan.
Katanya, wanita itu melalui perjanjian mulut bersetuju menyerahkan wang deposit sebanyak RM4,000.
Bagaimanapun, wanita yang menyatakan hasrat menjalankan perniagaan bersama seorang rakan kongsinya itu tidak menepati janji dan hanya membayar sebanyak RM3,300.
Bakinya dijanjikan dibayar dalam tempoh beberapa hari namun dakwa Mohamad apabila dia mahu mengutip lebihan deposit, ibu tunggal berkenaan berdolak-dalik dan memberikan pelbagai alasan.
Bukan sahaja enggan membayar baki deposit, ibu tunggal berkenaan juga didakwa tidak membayar sewa kedai setiap hari seperti dijanjikan.
"Apabila hendak kutip duit sewa kedai, mereka kata perniagaan tidak laku dan tidak boleh bayar sewa, disebabkan bimbang ia berterusan, saya membuat keputusan ambil alih semula perniagaan itu 23 September lalu," katanya.
Mohamad berkata, dia kemudiannya bertemu ibu tunggal dan rakan kongsinya, mereka bersetuju memulangkan kembali perniagaan namun meminta kembali wang deposit dibayar sebelum itu.
Bagaimanapun, Mohamad enggan dan dia menjelaskan mengapa deposit tidak dipulangkan namun ibu tunggal terbabit mengugut untuk membuat laporan polis.
"Saya bersimpati dengan nasibnya yang susah dan memberi peluang menjalankan perniagaan tetapi ini balasan yang diterima, memang langsung tidak menyangka benda ini akan berlaku," katanya.
Lebih dikesalkan apabila kembali ke restorannya, Mohamad mendapati beberapa barang termasuk empat tong gas, peralatan katering dan perkakas dapur hilang dipercayai dilarikan kedua-duanya kerana tidak berpuas hati deposit tidak dipulangkan.
Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, Mohamad kemudian membuat laporan di Balai Polis Puchong.
24,318 ibu tunggal, 2,810 duda
Oleh: Mohd Taha Yaacob
Tarikh: September 27, 2013
SETIU - Seramai 27,128 ibu tunggal dan duda berdaftar dengan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) di negeri ini sehingga semalam dengan 24,318 orang daripadanya adalah ibu tunggal dan selebihnya 2,810 adalah duda.
Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, Parlimen Kemaman mencatatkan bilangan ibu tunggal dan duda paling tinggi seramai 4,317 orang diikuti Besut seramai 3,837 orang.
Menurutnya, ia disusuli Parlimen Marang seramai 3,698, Kuala Terengganu (3,375), Dungun (3,330), Setiu (3,006), Kuala Nerus (2,824) dan Hulu Terengganu 2,741 orang.
"Daripada jumlah itu, seramai 287 orang memohon insentif perkahwinan ibu dan bapa tunggal negeri Terengganu sehingga 10 September lalu dan 260 orang daripadanya diluluskan kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Merdeka Raya dan Penyampaian Insentif Perkahwinan Ibu dan Bapa Tunggal Parlimen Setiu YPKT yang dirasmikan Pengerusi Jawatankua Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan negeri merangkap Adun
Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafee di Dewan Pejabat Pelajaran Daerah Setiu, Bandar Permaisuri, di sini, semalam.
Insentif pasangan duda, ibu tunggal
Mohd Shafaruddin berkata, seramai sembilan pasangan di Parlimen Setiu menerima insentif bernilai RM2,000 seorang bagi ibu tunggal dan bapa tunggal.
Menurutnya, hanya pasangan yang berstatus ibu dan bapa tunggal sahaja mendapat insentif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri itu.
"Pada tahun ini kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM600,000 untuk diberi insentif kepada ibu tunggal dan duda di negeri ini.
"Dalam pada itu kesemua ibu tunggal berusia 18 hingga 69 tahun yang berdaftar menerima skim insuran perlindungan diri percuma yang disediakan kerajaan negeri dan layak menerima pelbagai pelan perlindungan," katanya.
Katanya, faedah melalui skim itu adalah sekiranya ahli meninggal dunia akibat kemalangan, penama akan memperoleh RM15,000 dan khairat kematian RM1,500 selain pembiayaan rawatan di hospital sebanyak RM55 sehari.
Menurutnya, kadar perkahwinan pada tahun ini di Terengganu menunjukkan peningkatan iaitu 11,000 pasangan berbanding tahun lalu sekitar 9,000 hingga 10,000 pasangan sahaja.
Bagaimanapun kata beliau, kadar penceraian agak tinggi apabila purata 10-15 peratus daripada pasangan terbabit bercerai dan kebanyakan kes berlaku dalam usia perkahwinan kurang daripada lima tahun.
Pada majlis sama, Mohd Jidin turut menyerahkan Senarai Penerima Pelan Perlindungan Insurans Takaful Berkumpulan kepada JKKK, penyampaian Bantuan Pengurusan Kelab Warga Emas Parlimen Setiu, penyampaian Pinjaman Modal Program Jaya Diri dan sijil tamat
Latihan Kelas Jahitan Komuniti.
Lamar bekas isteri kawan rapat
Sementara itu, pasangan ibu tunggal dan duda yang telah melangsungkan perkahwinan pada Mac lalu, Zakaria Mamat, 72, dan Esyah Abu Bakar, 62, bersyukur apabila masing-masing memperoleh RM2,000 seorang.
Kata Zakaria dari Kampung Baru Tok Dor, dekat Jabi, dia mengenali isterinya hampir 20 tahun lalu kerana suami Esyah yang terdahulu adalah kawan rapatnya.
"Suami dia meninggal pada tahun lalu dan saya pula kematian isteri sejak beberapa tahun lalu kemudian telah berkahwin dengan dua orang ibu tunggal lain, namun tidak bertahan dan kali terakhir berpisah pada April tahun lalu.
"Memandangkan tidak ada orang untuk berbincang dan sunyi bersendirian menyebabkan saya melamar Esyah yang tinggal di Kampung Bahagia, di sini," katanya.
Hasil perkongsian hidup, Zakaria dengan dua isteri sebelum ini memperoleh 15 anak, manakala Esyah mempunyai tiga anak.
Mereka berdua merancang menggunakan wang insentif itu untuk menampung perbelanjaan ketika menunaikan umrah bersama akhir tahun ini.
Hilang tangan kanan dalam mesin
Oleh: Muhayudin Salleh
Tarikh: September 27, 2013
ROMPIN – Seorang remaja lelaki Orang Asli yang menetap di Buluh Nipis, di sini nyaris maut dalam mesin pemecah batu ketika sedang bekerja di sebuah kilang kuari di Paloh Hinai, Pekan, Julai lalu.
Muhammad Faiz Abdullah, 16, berkata, kejadian itu menyebabkan dia kudung tangan kanan akibat tersepit pada mesin tersebut.
"Ketika kejadian, ada batu tersangkut pada mesin itu, jadi saya cuba alihkan batu berkenaan untuk menggerakkan mesin.
"Selepas itu, mesin bergerak secara tiba-tiba menyebabkan tangan saya tersepit. Saya nyaris maut kalau lambat bertindak kerana mungkin seluruh anggota badan tersepit dan termasuk ke dalam mesin itu," kata anak keempat daripada sembilan beradik itu.
Sejurus itu katanya, rakan sekerja menghantarnya ke Hospital Kuantan dan dimasukkan ke wad selama sembilan hari dan seterusnya dimasukkan ke Hospital Muadzam Shah, di sini selama tiga hari.
"Kos rawatan kira-kira RM4,000 ditanggung syarikat kuari terbabit dan saya ada buat tuntutan insurans tapi sehingga kini masih belum dapat kepastian sama ada permohonan diluluskan atau tidak.
"Saya akan mula bekerja pada bulan depan di tempat sama, cuma saya akan diberi tugas bersesuaian dengan keadaan saya sekarang yang tergolong sebagai orang kurang upaya. Insya-Allah saya akan cuba sesuaikan diri," katanya.
Sementara itu, emaknya, Tiling Kubeh, 53, berkata, anaknya itu tidak bersekolah sejak tingkatan satu kerana mahu membantunya mencari nafkah untuk menanggung keluarga.
"Saya ada nasihatkan Muhammad Faiz supaya bersekolah tetapi dia menolak kerana kasihankan saya dan adik-adiknya," katanya.
Menurut Tiling, anaknya itu tetap mahu bekerja untuk menanggung lima adiknya yang masih bersekolah.
"Saya terlalu sedih dengan kejadian yang menimpa Muhammad Faiz. Dia anak yang baik kerana sanggup berkorban demi keluarga namun kami reda dengan dugaan yang menimpanya," katanya.
Selepas kejadian itu katanya, dia tidak membenarkan anaknya itu bekerja lagi namun Muhammad Faiz tetap mahu mencari duit untuk membantu keluarga memandangkan mereka hanya bergantung dengan wang Risda sebanyak RM450 sebulan.
"Dia seorang anak yang bertanggungjawab, mungkin ada hikmah di sebalik dugaan yang menimpa kami sekeluarga," katanya yang masih belum menerima bantuan daripada mana-mana pihak
Gempa Pakistan wujudkan pulau baru
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: September 27, 2013
ISLAMABAD - PAKISTAN. Sebuah pulau baru kira-kira 600 meter dari pantai Gwadar di Laut Arab terbentuk selepas gempa bumi kuat berukuran 7.8 skala Richter melanda daerah Awaran di wilayah Balochistan, Pakistan, kelmarin.
Ketua Pusat Pemantauan Seismologi, Zahid Rafi berkata, pembentukan pulau sepanjang 91 meter dengan kedalaman 21 meter itu tidak mustahil jika dilihat kepada magnitud gempa.
"Gempa bumi yang besar boleh menyebabkan perubahan bentuk ketara pada kerak bumi, terutamanya di sepanjang pantai," katanya pada Press TV.
Seorang ahli biologi marin dari Institut Oseanografi Pakistan, Muhammad Danish berkata, dasar laut berhampiran pantai Makran mempunyai hidrat gas beku dengan jumlah metana yang besar menyebabkan pengeluaran gas metana dari pulau itu.
Kemunculan pulau berhampiran Gwadar itu adalah yang keempat di rantau itu sejak 1945.
Sementara itu, media melaporkan, jumlah kematian akibat gempa bumi telah meningkat melebihi 340 orang. "Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan," kata laporan itu.
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment