Monday, September 30, 2013

RG2011... Fwd: IniKalilah™

 



IniKalilah������ | Blog Isu Hangat, Semasa dan Terkini.

IniKalilah������

Link to IniKalilah������ | Blog Isu Hangat, Semasa                      dan Terkini.

BONGKAR!!! 15 Tahun Kejayaan Google [BACALAH...]

Posted: 29 Sep 2013 06:25 AM PDT

BONGKAR!!! 15 Tahun Kejayaan Google [BACALAH...]

Banyak syarikat melabur jutaan ringgit bagi promosi, pemasaran dan penyelidikan tetapi banyak juga yang terlupa, aset paling penting dalam sesuatu perniagaan adalah kakitangan syarikat itu sendiri.

Menyedari hakikat itu, Google, syarikat gergasi internet berpusat di Amerika Syarikat meletakkan kegembiraan pekerja mereka sebagai fokus utama.


Pengarah Google Malaysia Sajith Sivanandan berkata, kejayaan Google hari ini adalah kerana budaya syarikat itu yang memberi penekanan kepada pekerjanya.


"Google ada beberapa prinsip untuk pastikan kami sentiasa keluarkan produk baru yang inovatif.


"Antaranya, jurutera Google diberi lesen untuk mengejar impian mereka dengan mengambil 20 peratus daripada masa kerja untuk tumpu kepada projek sampingan sendiri yang boleh beri manfaat kepada syarikat dan pengguna," katanya dalam taklimat semasa lawatan media ke pejabat baru Google Malaysia di Quill 7, KL Sentral, baru-baru ini.


Sajith berkata, antara produk yang lahir daripada projek sampingan itu adalah Google Mail dan Google Now.


Kebebasan penting dalam bekerja

Google yang kini mencecah usia 15 tahun bukan seperti syarikat lain���� dan cara pemilihan pekerjanya juga membuktikan hakikat itu.


������Bila mencari bakat baru, kami nak tahu sama ada mereka ada keinginan untuk buat perubahan tapi dalam masa sama tahu bagaimana untuk bergembira," katanya.


Menurut Sajith, pelaburan yang dibuat Google di pejabatnya menunjukkan betapa pekerja adalah aset penting kepada syarikat itu.


Antara kemudahan utama di pejabat Google Malaysia adalah Gerai Gugel yang menyediakan makanan percuma untuk pekerja dan bilik permainan untuk pekerja bergembira dan menghilangkan tekanan.


������Kami tak anggap, contohnya, penyediaan makanan percuma kepada pekerja sebagai kos tetapi ianya adalah pelaburan kerana semua orang tahu makanan yang baik boleh menaikkan moral pekerja,������ katanya.


Keistimewaan diberikan Google kepada pekerjanya ternyata memberi pulangan baik apabila syarikat itu berjaya melakukan pelbagai perkara yang sebelum ini dianggap mustahil, seperti projek kereta tanpa pemandu Google dan siaran langsung penerjunan payung terjun dari angkasa di YouTube pada 2012.


������Jika anda beri kebebasan kepada orang lain, mereka akan tunjukkan kuasa luar biasa,������ katanya.


Pejabat direka khas untuk naikkan produktiviti

Meletakkan keseronokan dan keselesaan pekerja sebagai perkara utama, pejabat Google Malaysia mengambil masa beberapa bulan untuk rekaan serta maklum balas sebelum ianya mula diubahsuai bagi menepati prinsip kerja Google.


Sajith berkata, reka bentuk semua pejabat Google telah dibuktikan melalui kajian boleh meningkatkan produktiviti pekerja.


Google membuka pejabat di Malaysia secara rasmi pada Januari 2011 sebelum berpindah ke lokasi baru tersebut, bulan lalu.


Beberapa bilik di pejabat Google Malaysia turut dinamakan dengan nama tempatan seperti Nasi Lemak, Ikan Bilis dan Rilek Ah.


Walaupun dibina dengan unsur tempatan, pejabat Google Malaysia tetap mengikut prinsip Google di seluruh dunia seperti ruang terbuka tanpa banyak dinding dan aliran tenaga yang bebas.


Menurut Sajith, pekerja juga diberi kebebasan dari segi masa bekerja kerana apa yang penting bagi syarikat itu adalah hasil kerja dan bukan tempoh waktu bekerja.


Namun, di sebalik cara kerja fleksibel, Sajith menekankan, syarikat itu mempunyai budaya pencapaian tinggi dalam bekerja.


������Selepas 15 tahun beroperasi, Google mencatat perolehan US$14.11 bilion (RM45.52 bilion) bagi suku kedua tahun ini, peningkatan 19 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Pencapaian mengagumkan ini hanya berlaku kerana budaya kerja kami yang unik,������ katanya. - SH.

GEMPAR LAGI!!! Bumbung Masjid Kampung Tebauk Di Terengganu Runtuh [SAKSIKAN...]

Posted: 29 Sep 2013 05:09 AM PDT

GEMPAR LAGI!!! Bumbung Masjid Kampung Tebauk Di Terengganu Runtuh [SAKSIKAN...]

KUALA TERENGGANU - Sebahagian bumbung dan siling Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal di sini runtuh awal hari ini.
��������
Insiden itu dipercayai berlaku pukul 4 pagi ini melibatkan kira-kira 40 peratus bahagian masjid itu yang siap dibina dua tahun lepas melibatkan kos RM6 juta dan boleh memuatkan 1,000 jemaah.
��������
Bilal masjid Man Mat, 61, berkata ketika tiba di pintu pagar utama, dia terkejut melihat sebahagian bumbung dan siling masjid runtuh dan segera memaklumkan kepada anggota jawatankuasa masjid.
��������
"Saya tanya penduduk yang tinggal paling hampir dengan masjid ini dan mereka beritahu ada bunyi dentuman kuat kira-kira pukul 4 pagi tadi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
��������
"Masjid ini baru dua tahun digunakan dan sepanjang tempoh ini tidak ada tanda atau bunyi pelik melainkan sedikit kebocoran tetapi ia tidak serius," katanya.
��������������������
Ini bukan laporan pertama mengenai masjid bumbung runtuh di negeri ini. Pada 20 Mei lepas, 12 jemaah masjid yang baru sahaja solat Isyak nyaris maut setelah bumbung hadapan Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu runtuh.
��������
Pada 3 Okt 2009, bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman juga runtuh menyebabkan tiga mangsa cedera.
��������
Selain itu, pada 2 Jun 2009, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menelan belanja RM292.9 juta telah siap dibina pada Mei 2008 dan digunakan dalam penganjuran Sukan Malaysia turut roboh.
��������
Sebahagian struktur bumbung stadium berkenaan sekali lagi roboh pada 20 Feb lepas menyebabkan tiga pekerja parah manakala dua lagi cedera ringan. - Bernama

BONGKAR!!! Percaya Atau Tidak?? [SAKSIKANLAH...]

Posted: 29 Sep 2013 03:19 AM PDT

BONGKAR!!! Percaya Atau Tidak?? | Believe It Or Not?? [SAKSIKANLAH...]����
����
Yesss!!!! Malaysia mengukir nama lagi.. kini sebagai negara NOMBOR SATU PALING RASUAH DIDUNIA.
Yup..betul tu..hutang negara bagaimana boleh cecah angka tak masuk akal RM622 bilion tau tak?

Kalau tak RASUAH bukan melayu ISLAM umno namanyaaaa..kih kih kih..

Negara nombor SATU kadar HUTANG ISI RUMAH didunia..juga negara kita..

Bila salah urus negara..pincang sana sini..ekonomi drop..terpaksa naikkan harga minyak..walhal harga minyak dunia jatuh.Pastu macai tahap dewa dok kata..PR perintah nanti pon 2X5 gak...oiii..mana ko tau sama jer? Dah cuba ya?

Malas la nak ulas panjang panjang.. tunggu sambungan lain lak ok. - King Jason.

[GAMBAR] Ngeri Suami Isteri Parah Ditetak [SAKSIKAN...]

Posted: 29 Sep 2013 12:03 AM PDT

[GAMBAR] Ngeri Suami Isteri Parah Ditetak [SAKSIKAN...]

MANJUNG ������ Sepasang suami isteri terpaksa merangkak dalam keadaan berlumuran darah meminta bantuan selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dalam satu kejadian di Kampung Koh, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa masing-masing berusia 50-an diserang empat lelaki yang dipercayai bersembunyi berhampiran kediaman pasangan itu sebelum menyerang.

Ketika kejadian, kedua-dua mangsa baru pulang ke kediaman mereka dengan menunggang motosikal.

Tindakan mengejut itu menyebabkan mereka tidak sempat mengelak serangan kumpulan berkenaan���� dan kedua-dua mangsa cedera di tangan dan kaki.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang sempat meloloskan diri menjerit meminta bantuan penduduk berhampiran.

Melihat mangsa meminta tolong, suspek segera melarikan diri menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa diserang sekumpulan lelaki hingga menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan.

������Mereka berdua dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Seri Manjung.

"Kita masih belum kenal pasti motif serangan berkenaan dan setakat ini tiada sebarang laporan kerugian berhubung kejadian itu,������ katanya.

Beliau berkata, tiada sebarang tangkapan dilakukan buat masa ini, bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
- SH.

GEMPAR!!! Pemilik Kedai Perabot Mati Ditikam [SAKSIKAN...]

Posted: 28 Sep 2013 06:42 PM PDT

GEMPAR!!! Pemilik Kedai Perabot Mati Ditikam [SAKSIKAN...]

Kuala Terengganu: Seorang lelaki warga Pakistan ditemui mati berlumuran darah dipercayai dibunuh dengan beberapa kesan tikaman di belakang badan dan kepala di belakang kedai perabot miliknya di Kampung Wakaf Tengah di sini, semalam.

Mayat Hadi Khan Yusof, 55, yang juga pemilik kedai berkenaan ditemui terbaring kira-kira jam 12 tengah hari oleh dua pemandu lori yang datang ke kedainya untuk menghantar barang sebelum menghubungi polis.
����

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, polis menemui mayat mangsa dengan beberapa kesan tikaman di badan dan kepala di belakang kedainya.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa yang sudah mendapat taraf penduduk tetap dan menetap di negara ini sejak 20 tahun lalu tinggal berseorangan sementara isteri dan anaknya baru pulang ke Pakistan beberapa hari lalu.
����

������Siasatan awal mendapati mangsa baru membuka kedai perabot berkenaan dan percaya jenayah ini dilakukan seorang suspek. ������Bagaimanapun, kita akan menyiasat lebih lanjut bagi mengesan individu yang bertanggungjawab di sebalik kejadian ini. Setakat ini, tiada sebarang senjata ditemui di lokasi kejadian.
����

������Siasatan akan dijalankan merangkumi pelbagai aspek termasuk motif pembunuhan sama ada disebabkan rompakan atau sebagainya,������ katanya ketika ditemui di tempat kejadian di Kampung Wakaf Tengah, di sini, semalam.

Manoharan berkata, pihaknya kini sedang berusaha menghubungi keluarga mangsa di Pakistan bagi memaklumkan kejadian menimpa mangsa.
����

Katanya, mayat mangsa akan dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini untuk bedah siasat dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, saksi kejadian yang juga pemilik kedai tudung, Ahmad Shafendi Mohd Yusof, 34, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan dua pemandu lori yang datang menemuinya dalam keadaan panik.
����

Katanya, sebaik dimaklumkan kejadian itu, dia bergegas ke kedai mangsa dan terkejut menemui mayat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah.
����

������Kejadian itu memang mengejutkan saya kerana beberapa jam sebelum kejadian itu, saya ada melihat mangsa membaca surat khabar di depan kedainya kira-kira jam 8.30 pagi.
����

������Bagaimanapun, ada beberapa pelanggan yang mencari mangsa kira-kira jam 11 pagi pulang dengan hampa kerana tidak dapat berjumpa mangsa sebelum dikejutkan dengan penemuan mayat mangsa,������ katanya. - Metro.

[GAMBAR] Budak 2 Tahun Maut Digilis Treler Bapa [SAKSIKAN...]

Posted: 28 Sep 2013 03:51 PM PDT

[GAMBAR] Budak 2 Tahun Maut Digilis Treler Bapa [SAKSIKAN...]

PONTIAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun menemui ajal dalam keadaan menyayat hati selepas digilis sebuah treler 10 tayar yang sedang dipandu bapanya dalam kejadian di rumah pangsa Taman Megah di sini kelmarin.

Muhamad Rifaie Aiman yang cedera parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia pada pukul 11.15 malam kira-kira tiga jam selepas kejadian ketika menerima rawatan di Hospital Pontian.

Kejadian malang pada pukul 9.10 malam itu berlaku ketika anak bongsu daripada tujuh beradik tersebut mengekori bapanya, Aznizam Mohd. Jahis, 33, yang mahu keluar bekerja sebagai pemandu treler di Johor Bahru.

Cerita Aznizam, Rifaie menunjukkan sikap pelik pada malam kejadian apabila berkeras mahu mengikutnya pergi bekerja berbanding hanya melambai tangan sebelum ini.

Jarak tempat kejadian dengan rumah mangsa ialah 10 meter.
- Kosmo.


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (48)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment