Monday, September 30, 2013

RG2011... MATI TIDAK BERSYARAT

 

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

 

Wahai anakku,

Kehebatan seorang lelaki itu selama mana ia mampu menahan perasaan marahnya, bilamana ia gagal menahan kemarahannya, maka hilanglah kehebatan seorang lelaki itu. Manakala kehebatan seorang wanita itu terletak kepada setinggi mana perasaan malunya, bilamana hilang  perasaan malunya, maka hilanglah kehebatan wanita itu.

Wahai anakku,

Bukanlah kekuatan itu kamu tunjukkan kegagahan kamu di hadapan golongan yang lemah, sedang kamu gagal mengawal nafsu amarah kamu. Ketahuilah, keegoan itu akan lenyap darimu, bilamana kamu diusung ke kuburmu. Lenyapkan kesombongan kamu dengan membanyakkan pergaulanmu dengan golongan yang tawadduk, buanglah perasaan sombongmu dengan membanyakkan menghadiri pengkebumian, dan ambil iktibar dengan apa yang ada di atas kubur, lebih baik dari kamu mengharapkan iktibar setelah berada dalam kubur.

Wahai anakku,

Janganlah kamu berjalan dengan angkuh dan kesombongan di atas muka bumi ini,  kerana suatu hari kamu akan masuk ke dalam perut bumi. Janganlah engkau rakus dan perlahap dengan makanan, kelak kamu akan dibaham oleh ulat-ulat dan cacing di dalam kuburmu. Banyakkan mengingati kematian, itu petanda orang yang berakal, kerana sebaik-baik perancangan masa depan, ialah mereka yang merancang sekarang untuk menentukan apa yang akan diperolehi selepas kematiannya.

 

Mati tidak syarat tua dan mati juga tidak syarat sakit. Hayatilah setiap saat, dan jangan bazir masa. Tiada kekayaan di dunia yang mampu mengembalikan masa yang tersisa.

 

Senyum.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment