Monday, September 30, 2013

RG2011... Inginku bawakan satu cerita, utk kau ambil ibrahnya...

 

Pautan FB

 

Inginku bawakan satu cerita, telah tertulis dalam kitab yang Nyata, berlaku ia di Zaman Musa. Semoga dikau dapat mengambil pengajaran darinya. Semasa Firaun mengecap zaman gemilang, bani Israel semua ditentang, bayi lelaki yang lahir, nyawa mereka pasti hilang, angkara Firaun yang takutkan bayang-bayang. Tadkir ALLAH maha berkuasa, tiada siapa mampu menghalangya.

 

Bila dilahirkan sahaja Musa, ilham hadir ke hati bonda, agar Musa dihanyutkan didalam peti, semoga terselamat dari mati. Isteri Firaun sedang mencuci, disungai mengalir terlihat peti, lalu dibuka dilihatnya bayi, hati terpikat bercampur simpati. Lalu Musa diambil perlihara, Firaun sendiri menjadi ayahnda, bila Musa telah dewasa, baginda diburu kononya derhaka.

 

Hinggalah sampai suatu waktu, nabi Musa terima wahyu, menjadi rasul utusan baru, untuk Firaun yang kepala batu. Lalu nabi Musa dipersiapkan oleh tuhannya, dengan Mukjizat yang luar biasa, kembalilah Musa kepada ayahnda, si Firau...n manusia yang derhaka.

 

Musa menyeru pada kaumnya, agar kembali pada yang Esa, sesungguhnya ALLAH tuhan yang sebenarnya, dan Musa sebagai utusannya. Musa juga mahu membela, kaum israel yang telah lama teraniaya, dibumi Mesir angkara firaun dan kaumnya. Setelah mukjizat ditunjukkan Musa, tongkat bertukar menjadi ular berbisa, ramai orang menjadi terkejut, lantas mereka terus bersujud, beriman pada ALLAH , tuhan yang wujud.

 

Namun jumlah mereka masih sebilangan kecil, jadi terasing hidup terpencil, Musa bersama kaum Israel, jadi buruan Firaun yang degil. Bukan sahaja diburu tentera, malah dipulau rakyat jelata, hati resah menjadi hiba, lalu mengadu kepada Musa. Wahyu dikirim ALLAH yang Esa, agar bergerak menuju Muara, bila dikejar Firaun dan tentera, dilaut nanti azab akan si kufur rasa. Golongan terasing yang beriman ini patuh perintah, lari mereka menuju laut merah. Pasukan Firaun semakin mara, semakin dekat menuju Musa, ketika ini, sebilangan kecil golongan terasing dizaman Firaun ini, berasa sedih dan gelisah, takut dan tidak tentu arah, lalu mengadu pada musa, “Habislah kita kali ini..!”

 

Namun Musa imannya tinggi. Sahabatku, daku mahu dikau perhati, ayat yang kutulis dibawah ini, kata-kata Musa yang boleh kau jadikan motivasi, disaat dirimu terasing sepi, atau diburu gelojak duniawi. Apabila kaum Musa yang hanya sebilangan kecil itu, diburu, mereka gelisah tidak menentu, lalu mengadu pada Musa, “Habislah kita kali ini..!”

 

Ini jawapan Musa a.s kepada mereka... (sematkan kuat2 di dalam dada..)

 

“..... Tidak Sekali-kali! Sesungguhnya Tuhanku bersama denganku, kelak DIA akan memberi petunjuk kepadaku."

(As Syu’ara’,62)

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment