Friday, September 27, 2013

RG2011... Fwd: IniKalilah™

 



BONGKAR!!! Petua Rawat Sembelit [SAKSIKAN...]

Posted: 26 Sep 2013 07:09 AM PDT

BONGKAR!!! Petua Rawat Sembelit [SAKSIKAN...]

Buang air besar tidak lawas boleh menyebabkan pening kepala. Bagi yang menghadapi masalah ini bolehlah mencuba beberapa petua-petua tradisional di bawah ini.

ULAM DAUN GELENGGANG.
Rebuskan beberapa helai daun gelenggang dan buat sebagai ulam setiap kali makan nasi. Amalkan selalu.

KHASIAT BUAH-BUAHAN SEGAR
Makan seberapa banyak buah-buahan segar seperti nenas, betik ataupun pisang. Insyaallah anda tidak akan mengalami masalah sembelit lagi.

KHASIAT AKAR TEMULAWAK DAN BIJI SAWI.
Rebuskan akar temulawak dan segenggam biji sawi dengan air secukupnya. Tapis dan sejukkan dan buatlah sebagai air minuman pagi dan petang dan lihatlah hasilnya. Insyaallah.

BONGKAR!!! Nazri Jr 'Beli Banglo RM7j', Nazri Sr: Bukan Masalah Saya [SAKSIKAN...]

Posted: 26 Sep 2013 05:00 AM PDT

BONGKAR!!! Nazri Jr 'Beli Banglo RM7j', Nazri Sr: Bukan Masalah Saya [SAKSIKAN...]
Sekali lagi anak menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz mencuri perhatian atas dakwaan negatif.

Dan sekali lagi, bapanya menolak dakwaan itu dengan dengan gayanya tersendiri.

Kali ini, anaknya Mohamed Nedim didakwa membeli rumah banglo dengan harga RM7.2 juta."Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya," kata Nazri kepada pemberita ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, beliau nampaknya seperti tidak tahu menahu berhubung laporan itu dan bertanya kembali: "Rumah apa?"

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mendakwa memperoleh dokumen mengenai pembelian banglo RM 7,242,555.07 yang didakwanya dikaitkan dengan Nedim.

Penyelaras NGO itu Badrul Hisham Shaharin (kanan) berkata, bagi seorang anak muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, kemampuannya membeli harta tanah itu "amat meragukan", - Malaysiakini.

GEMPAR!!! RON95 Dijangka Naik Lagi? [SAKSIKAN...]

Posted: 26 Sep 2013 03:15 AM PDT

GEMPAR!!! RON95 Dijangka Naik Lagi? [SAKSIKAN...]

Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.

Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.

"Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah di Malaysia," kata beliau kepada Bernama.

Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand.

Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.

Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu.

Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.

Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.

PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.- Bernama, 26 September, 2013.

TERKINI!!! Ustaz Azizan Razak Meninggal Dunia Jam 11.10 Pagi, Al Fatihah

Posted: 25 Sep 2013 09:25 PM PDT

Al Fatihah. Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.10 pagi di wad ICU Hospital Sultanah Bahiyah.����

Maklumat daripada Ustaz Mohd Yahya Ketua Pemuda Pas Kedah. Semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang beriman... Amiin.

TERGEMPAR!!! Gambar Lelaki Tumbuh Hidung Baru Atas Dahi [SAKSIKAN...]

Posted: 25 Sep 2013 08:23 PM PDT

TERGEMPAR!!! Gambar Lelaki Tumbuh Hidung Baru Atas Dahi [SAKSIKAN...]

Beijing: Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Xiaolian mempunyai hidung baru yang tumbuh di dahinya.

Xiaolian, 22, menjalani rawatan bagi menggantikan hidung asalnya yang cacat selepas dijangkiti virus di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah Fujian.
����

Xiaolian, mengalami kecacatan di bahagian hidungnya akibat kemalangan jalan raya pada Ogos tahun lalu dan doktor yang merawatnya gagal memulihkan hidungnya.

Ekoran nahas yang dialaminya, hidung Xiaolian mengalami jangkitan dan tulang hidungnya terjejas.
����

Doktor tidak mempunyai pilihan lain tetapi terpaksa menjalankan prosedur yang membolehkan hidung barunya tumbuh di dahi bagi menggantikan hidung asalnya.
����

Hidung itu direka dengan menanam tisu kulit ke dahi Xiaolian.
����
HIDUNG baru Xiaolian.

Ia dipotong mengikut bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil daripada rusuk Xiaolian.
����

Pakar bedah berkata, hidung baru itu tumbuh dengan baik dan pembedahan transplan akan dijalankan dengan secepat mungkin. - Agensi

[GAMBAR] Kemalangan NGERI Anggota Polis Maut, Motosikal Berkuasa Tinggi Bertembung [SAKSIKAN...]

Posted: 25 Sep 2013 05:03 PM PDT

[GAMBAR] Kemalangan NGERI���� Anggota Polis Maut, Motosikal Berkuasa Tinggi Bertembung [SAKSIKAN...]

TANJUNG MALIM ������ Seorang anggota polis berpangkat koperal, maut digilis setelah motosikal berkuasa tinggi ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Slim Lama, berhampiran Taman Malim, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, mangsa, Koperal Ramlan Ludin, 37, yang bertugas di Balai Polis Ulu Bernam, Selangor maut di tempat kejadian selepas tercampak sebelum digilis sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

Allahyarham yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kota Malim Prima, di sini difahamkan baru sahaja membeli motosikal berkuasa tinggi jenis Yamaha Z800 itu, sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nanyan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Proton Waja dipandu seorang wanita���� keluar dari Taman Perumahan Malim menuju ke lokasi pusingan U.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi berkenaan, Ramlan, yang datang dari arah Tanjung Malim menuju Proton City tidak sempat mengelak menyebabkan rempuhan berlaku.

������Pertembungan itu menyebabkan mangsa tercampak ke laluan bertentangan. Mangsa cuba bangun, namun gagal dan dirempuh sebuah kereta Proton Saga BML.

������Mangsa yang berasal dari Sarawak maut di tempat kejadian akibat parah di kepala, tangan, perut dan kaki,������ katanya.

Mayatnya dibawa ke Hospital Slim River dan jenazahnya dituntut ahli keluarga kira-kira jam 2 pagi semalam untuk dikebumikan.

Othman berkata, kedua-dua pemandu kereta dibawa ke klinik berhampiran untuk rawatan sebelum keterangan diambil.

������Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,������ katanya.

Allahyarham yang mempunyai empat orang anak, menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1997 dan meminati aktiviti menunggang motosikal berkuasa tinggi.
- SH.


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (44)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment