Monday, September 30, 2013

RG2011... Fw: Hempas Anak Kerana 'Game'?

 



 

Hempas Anak Kerana 'Game'?.. Gila apa dia ni?

darisungaiderhaka.blogspot.
 

Seorang bapa tergamak menghempas anak lelakinya berusia enam tahun ke lantai selain membelasahnya hanya kerana kanak-kanak itu tertutup permainan dalam talian yang dimuat turun dalam tablet milik lelaki itu di rumah mereka di Selayang, kelmarin.

Malah, isterinya yang cuba menghalang perbuatan kejam suaminya turut menerima tempias apabila dihambur dengan kata-kata kesat selain turut dibelasah menyebabkan anak beranak itu cedera di kepala dan lebam seluruh badan.

Sumber berkata, lelaki berusia 40-an itu meninggalkan rumah kira-kira jam 5 petang dengan tablet yang terpasang.

Sebaik pulang semula ke rumah jam 6.30 petang, lelaki itu melihat anaknya sedang bermain dengan tablet berkenaan.

Dia bertambah marah apabila anak tunggalnya itu menutup permainan dalam talian yang sedang dimuat turun menyebabkan lelaki itu mengamuk.

Sumber berkata, suspek yang bagaikan dirasuk bertindak ganas dengan menampar dan mengangkat anaknya itu sebelum menghempasnya menyebabkan kanak-kanak itu meraung kesakitan.

"Isterinya yang cuba menghalang perbuatan suaminya dan meminta lelaki itu bertenang, namun gagal apabila suspek turut memukul isterinya beberapa minit.

"Tidak cukup dengan itu, dia yang gagal mengawal kemarahan turut menendang kipas angin sehingga rosak sebelum cuba memijak anaknya, namun berjaya diselamatkan isterinya," katanya.

Menurut sumber, selepas puas membelasah anak beranak itu, suspek terus keluar dari rumah dan akibat kejadian itu mangsa cedera di kepala dan lebam seluruh badan.

Isteri mangsa berusia 38 tahun membuat laporan di Balai Polis Selayang kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan ~ myMetro
 

Ujang · 

kesan teknologi terhadap institusi keluarga...
 
mail's avatar

mail · 

kompom minum ketum banyak nie...ha hah haha,,,tu yang biul tu
 
syaitan dah menguasai diri...
 
mael's avatar

mael · 

umur dh lebih 40 pun masih minat main game lg, pe ke jadahnya jantan mcm ni
 
Jamrud's avatar

Jamrud · 

Minat main game tiada masalah, biarlah berpada2. ajak main game sekali dengan anak2 bila masa lapang. sebab teknologi game sekarang sangat bagus, gambar cantik dengan TV LED full HD.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment