Friday, September 27, 2013

RG2011... Fwd: IniKalilah™

 











IniKalilah������ | Blog Isu Hangat, Semasa dan Terkini.

IniKalilah������

Link to IniKalilah������ | Blog Isu Hangat, Semasa                      dan Terkini.

SADIS!!! Warga Tua Maut Dihempap Pokok Kelapa [SAKSIKAN...]

Posted: 27 Sep 2013 09:10 AM PDT

SADIS!!! Warga Tua Maut Dihempap Pokok Kelapa [SAKSIKAN...]

TELUK INTAN: "Saya nampak pokok kelapa itu tumbang dan jatuh atas jalan. Sebaik meninjau, saya terkejut apabila melihat seorang penunggang dalam keadaan tenat akibat dihempap pokok berkenaan," kata saksi.

Saksi berkenaan, Zuhairi Mohd Ibrahim, 46, yang juga pengawal keselamatan, berkata dia nampak kejadian malang menimpa lelaki warga emas yang maut dihempap pokok kelapa di Jalan Sungai Nibong, dekat kilang Bernas, di sini, kira-kira 9.15 pagi ini.

Dalam kejadian itu, mangsa, Abdul Rashid Tahir, 72, dari Parit 15-A, Sungai Lampam, di sini, menunggang motosikal dan dalam perjalanan dari rumahnya ke pasar besar Teluk Intan untuk menghantar ragi kepada peniaga.

Difahamkan, apabila mangsa sampai di hadapan kilang beras itu, pokok kelapa itu tumbang ditiup angin kencang, sebelum menghempapnya menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan, manakala motosikalnya terbabas kira-kira 40 meter dan terjunam ke parit. - Metro.

[GAMBAR] Anak Lihat Ibu Digilis Lori Depan Mata [BACALAH...]

Posted: 27 Sep 2013 04:28 AM PDT

[GAMBAR] Anak Lihat Ibu Digilis Lori Depan Mata [BACALAH...]

Rutin harian seorang ibu mengambil anaknya pulang dari sekolah bertukar tragedi setelah dia maut digilis lori di Jalan Tanah Lapang, Sentul di sini hari ini.

Lebih menyayat hati, kejadian kira-kira 2.15 petang itu berlaku hanya beberapa meter dari pintu pagar sekolah anaknya itu dan mayat mangsa, Siti Rohani Mohamed Saadi, 30, pula terputus dua dari paras pinggang.


Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah lori konkrit hingga menyebabkan motosikal itu hilang kawalan lalu terjatuh.


"Mangsa yang terjatuh di jalan raya digilis tayar bahagian belakang lori terbabit dan menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Menurut Abdullah, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya.


Difahamkan, pemandu lori terbabit merupakan warga Indonesia yang mempunyai taraf penduduk tetap telah ditahan bagi membantu siasatan.


Sementara itu, Siti Rohani yang berasal dari Temerloh, Pahang merupakan isteri kepada seorang anggota polis berpangkat koperal dari Bahagian Risikan Jenayah (D4) Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dan akan dikebumikan di kampungnya.














#Takziah kepada keluarga mangsa. Bersabar dengan dugaan yang diterima. - Biaqpila

Bukti Apa Yang Di Perkatakan Oleh Tun Dr Mahathir [SAKSIKAN...]

Posted: 27 Sep 2013 04:17 AM PDT

Bukti Apa Yang Di Perkatakan Oleh Tun Dr. Mahathir [SAKSIKAN...]

BUKTI APA YANG DI PERKATAKAN OLEH TUN DR MAHATHIR MENGENAI PARA PENYOKONG DALAM UMNO ADALAH BENAR SAMA SEKALI!!!!

Apa yang diperkatakan oleh mantan Presiden UMNO selama 22 tahun mengenai kualiti yang ada dalam UMNO kini yang terdiri dari kalangan rakyat yang bodoh, ternyata benar.

Bukan niat nak menghina maupun mengaibkan individu yang bernazar mau berjalan kaki dari Kuala Besut hingga ke Putrajaya semata mata jika UMNO/BN menang PRK DUN Kuala Besut ... tetapi adakah nazar dan tujuan beliau itu berbaloi dan mendatangkan faedah kepada rakyat yang kini rata-rata terhimpit dan menjerit kerana kenaikan kos hidup akibat kenaikan harga petrol dan diesel.

Jalan beratus kilometer dalam keadaan cuaca panas terik dan hujan lebat.. Akhirnya yang dapat nama adalah menteri dan pemimpin UMNO.

Selepas ini adakah taraf hidup pejalan-pejalan kaki itu akan naik memuncak?.. Adakah para penduduk Kuala Besut yang majoritinya hidup dibawah paras kemiskinan akan menjadi bertambah baik sebaik saja mamat ini sampai di Putrajaya?

GEMPAR!!! Remaja Bunuh Diri Sebab Putus Cinta [SAKSIKAN...]

Posted: 27 Sep 2013 01:27 AM PDT

GEMPAR!!! Remaja Bunuh Diri Sebab Putus Cinta [SAKSIKAN...]

SABAK BERNAM - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai mempunyai masalah cinta dengan teman wanitanya ditemui mati tergantung pada palang bumbung di sebuah rumah kosong di Kampung Pasir Panjang di sini semalam.

Mayat remaja itu ditemui tidak berbaju di luar rumah oleh seorang ahli keluarganya yang kebetulan pergi ke kediaman peninggalan arwah datuknya untuk mengutip daun pandan kira-kira pukul 7 malam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, polis yang dihubungi keluarga mangsa bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mayat seorang remaja tergantung dengan seutas tali nilon.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah di sini untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut setakat ini. - Kosmo.



__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (46)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment