Monday, September 30, 2013

RG2011... Web Application Development / Pembangunan Aplikasi Web

 

Salam alaik

Saya bagi pihak sebuah Badan Bukan Kerajaan, sedang mencari Vendor berpengalaman yang mampu membangun Sistem Aplikasi berasaskan Teknologi Web. Tujuan Aplikasi ini ialah untuk Kemasukan Data dan Lapuran. 

Teknologi yang diperlukan ialah yang menggunakan pengaturcaraan PHP versi 5.5.3 ke atas, web server Apache versi 2.4.6 ke atas dan pangkalan data MySQL Community Server versi 5.6.14. Ketiga-tiga server dan skrip pengaturcaraan serta modul sokongan perlu terletak di dalam platform OS Microsoft versi Windows Server 2012 ke atas. 

Aplikasi tidak boleh di-COMPILE dan semua Skrip Aturcara menjadi hakmilik Badan Bukan Kerajaan yang memberi kontrak ini. 

Sistem Aplikasi Web yang dibangunkan perlu mempunyai ciri polisi keselamatan login mengikut tahap kebenaran dan aktiviti. Lantas perlu mempunyai Super Administrator Interface bagi mengurus dan memantau kepenggunaan Aplikasi. Ini bagi menghindar sebarang penyalahgunaan. 

Aplikasi ini boleh ditambahbaik dengan penggunaan AJAX untuk ciri interaktif. Framework PHP perlu membolehkan pihak Administrator untuk membuat interface/modul baru, membuat perubahan kepada interface/modul lama, memadam interface/modul yang tidak diperlukan lagi serta menjana rupabentuk laporan-laporan baru. 

Aplikasi ini akan berada di dalam Rangkaian Dalamannya tersendiri, yakni CAT 5 berasingan dan TANPA AKSES kepada Internet. Kebenaran Akses melalui WIFI dalaman hanya untuk melihat Lapuran sahaja. Ia akan ditetapkan melalui rujukan jadual IP/MAC Address pada server DHCP Sistem Rangkaian. 

Pangkalan data perlu direka-atur dengan baik untuk tujuan kelajuan setiap transaksi kemasukan data baru, kemaskini data dan pemadaman data serta penjanaan Lapuran. Antara fungsi pengurusan penting yang perlu ada juga ialah kebolehan untuk Administrator membuat Back-Up Pangkalan Data pada bila-bila masa serta membuat Back-Up mingguan secara automatis kepada media simpanan luaran.

Setelah Sistem Aplikasi siap-sedia untuk digunakan, pihak Vendor perlu memberi Latihan kepada para pengguna dan menyediakan Manual penggunaan Sistem Aplikasi. 

Badan Bukan Kerajaan ini mempunyai Polisi Ketat untuk tidak menggunakan sebarang bahan, sofwer dan aplikasi yang dicetak-rompak. Lantas pihak Vendor perlu menyediakan Perjanjian Jaminan Bertulis bahawa Sistem Aplikasi ini bebas dari semua bahan cetak rompak - termasuklah skrip pengaturcaraan, grafik, bunyian, modul-modul sokongan, interface dan fail-fail library yang berkaitan. 

Vendor yang disenarai-pendek boleh membuat kunjungan kepada premis pihak pemberi kontrak bagi memahami keadaan lalu dapat menjana cadangan teknikal dan komersial yang sesuai. 

Jika berminat, sila mesej kepada saya untuk mendapatkan alamat emel rasmi. Saya harap dapat berjumpa dan berbincang dengan segera.
 
---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment