HHarian Metro
BERITA UTAMA
Saiful Apek bebas kali kedua
44 1 Google +0 1 0
Oleh Nor Azura Abdul Jalil
PETALING JAYA: Nasib menyebelahi pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek buat kali kedua apabila dia bersama tiga lagi pekerjanya dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini daripada tuduhan memasukkan ganja ke dalam badan, tiga tahun lalu.
Keputusan itu dibuat Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan terhadap Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 44, Shaiful Baharom, 26; Shah Zainatull Eshan Al Muazam Shah Yahya, 30, serta Noremy Mohamad, 30.
Pada 25 Jun tahun lalu, Mahkamah Majistret membebaskan semua tertuduh selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
Bagaimanapun pada 22 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan pendakwaan dan memerintahkan mereka membela diri.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.
Sementara itu ditemui media di luar mahkamah, Saiful Apek bersyukur kerana dibebaskan daripada pertuduhan itu selepas tiga tahun naik turun mahkamah.
"Saya berterima kasih kepada peguam Mohd Fadly Hashim dan Zamri Idrus yang banyak membantu," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad ketika ditemui memaklumkan pihaknya akan mengemukakan rayuan kes itu ke Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/30
Suami isteri dituduh bunuh anak
1 0 Google +0 0 0
PETALING JAYA: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh anak perempuan mereka berusia lima tahun, tiga minggu lalu.
Kontraktor, Hiew Yook Cheang, 49, dan surirumah, Wong Yin Tinn, 37, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.
Mereka didakwa bersama-sama membunuh Mabel Hiew Mun, 5, di Sri Manja Square, Taman Sri Manja, dekat sini, jam 7 petang, 13 September 2013 hingga 8 pagi, 17 September 2013.
Bagi pertuduhan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati,jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 7 November untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan dokumen dan laporan kimia.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/30
Nahas kepala putus
7456 110 Google +2 2 1
Oleh Rosli Ilham
Dungun: "Ayah mengelak ke kiri jalan dalam usaha menyelamatkan diri, namun kereta itu berpusing dan merempuhnya," kata Muhammad Keeri Mohd Nor, 19, menceritakan kemalangan yang mengorbankan ayahnya di Kilometer 23, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), dekat Bukit Sejuk, di sini, kelmarin.
Kemalangan ngeri jam 6.40 petang itu menyebabkan ayahnya, Mohd Nor Samat, 61, peneroka FELDA Kerteh 4, yang menunggang motosikal putus kepala dan tercampak 30 meter dari tempat kejadian.
Turut terbunuh dalam kemalangan itu penumpang kereta, Wan Ayuzita Wan Yusof, 23, yang mengandung lapan bulan serta anak sulungnya Mohamad Amizi Azmi berusia setahun manakala suaminya yang memandu kereta Proton Iswara Aeroback, Azmi Mohamad, 41, serta dua anak saudaranya Mohd Arif Basri Adnan, 11, dan Ahmad Amizan Akmal Ibrahim, 14, hanya cedera ringan.
Muhammad Keeri berkata, sebelum kejadian, dia bersama ayah, ibunya, Khatijah Wang, 56, isterinya Siti Nor Azizah Mohamad, 17 dan empat adik-beradik ke kebun di Kampung Apu tidak jauh dari tempat kejadian.
AZMI memangku jenazah Wan Ayuzita
"Kami sekeluarga bersama ayah membersihkan kebun sejak jam 8 pagi dan sempat makan nasi bersamanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/30
Dakwah kelab dangdut
542 35 Google +0 1 0
Oleh Mohd Hanafis Abdul Haris
Ipoh: "Pada awalnya saya agak terkejut apabila tiba-tiba dihampiri beberapa anggota dan pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), namun selepas dimaklumkan berkenaan program dakwah yang dijalankan, saya mula tenang," kata salah seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Ayu, 30-an.
Dia antara beberapa pengunjung kelab dangdut yang menerima 'serbuan' mengejut JAIPk dalam program dakwah yang menumpukan beberapa kawasan antaranya pusat hiburan, kawasan riadah dan tumpuan ramai di sekitar negeri ini.
Kehadiran lebih 30 anggota dan pegawai JAIPk yang turut disertai 20 pelajar dari lima institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/ IPTS) sekitar negeri ini pada jam 12 tengah malam kelmarin mengejutkan hampir semua pengunjung sebuah kelab yang terletak di tengah-tengah bandaraya berkenaan.
Menurut Ayu, pada awalnya dia berasa tidak selesa ketika serbuan dijalankan kerana kehadirannya ketika itu untuk melihat suaminya yang bekerja sebagai pemain muzik di kelab dangdut berkenaan.
PEGAWAI JAIPk (dua dari kiri) menyampaikan dakwah di pusat dangdut.
"Saya akui pendekatan JAIPk bersama pelajar muda ini amat bagus kerana selain mampu menyampaikan dakwah, ia juga mengingatkan mereka supaya tidak terlalu terpesong dari ajaran Islam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/30
Penumpang buka pintu kecemasan pesawat kerana penyaman udara tidak dingin
0 0 Google +0 0 0
JAKARTA: Seorang penumpang pesawat milik syarikat penerbangan Lion Air bertindak membuka pintu kecemasan pesawat itu ketika ia sedang bersedia untuk berlepas di landasan sebuah lapangan terbang di Manado, Sulawesi Utara pada Isnin, dengan alasan penyaman udara tidak dingin.
Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi ketika pesawat berkenaan sedang bersiap sedia untuk berlepas bagi perjalanan Manado-Jakarta pagi ini.
Perbuatan penumpang itu menyebabkan juruterbang mengembalikan pesawat ke tempat letaknya, serta menurunkan semua penumpang, lapor portal berita kompas.com pada Isnin.
Penumpang berkenaan dilapor bertindak membuka pintu kecemasan kerana bantahan para penumpang mengenai keadaan panas dalam kabin pesawat yang telah mereka dilaporkan kepada pramugari dan juruterbang, tidak ditangani.
Waktu berlepas penerbangan itu yang tertunda selama hampir sejam menyebabkan para penumpang tidak tahan berada dalam kabin pesawat itu, dan mereka memohon supaya diturunkan daripada pesawat itu.
"Kira-kira 30 minit kami histeria dengan suasana itu. Bukannya melayani bantahan kami, juruterbang malah menggerakkan pesawat ke kedudukan take-off (kedudukan bersedia untuk berlepas)," seorang penumpang dilaporkan berkata.
Ketika itulah seorang daripada penumpang bertindak membuka pintu kecemasan pesawat.
Sehingga jam 1 petang ini, semua penumpang masih berada di lapangan terbang itu dan mereka tidak dimaklumkan sama ada akan mendapat pesawat ganti atau tidak, lapor portal berita itu. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/30
Kematian pelatih PLKN: Tiga disambung reman
0 0 Google +0 0 0
PEKAN: Polis hari ini mendapat perintah sambung reman terhadap tiga pelatih lelaki Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah, bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelatih kem itu baru-baru ini.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Rompin Mohamed Ruhizat Abdullah selepas tempoh tahanan reman tujuh hari terhadap kesemua mereka tamat hari ini dan disambung sehingga 6 Okt depan.
Menurut Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya, tiga pelatih berusia 18 tahun itu sebelum ini ditahan reman minggu lepas bagi membantu siasatan berhubung kematian Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, pada 23 Sept lepas.
"Tiga lagi pelatih lelaki, dua berusia 18 tahun dan seorang 22 tahun turut ditahan semalam dan polis hari ini juga mendapat perintah tahanan reman sehingga 7 Okt depan bagi membantu siasatan," katanya di sini.
Menurut laporan awal, keputusan bedah siasat Hospital Muadzam Shah mendapati punca kematian Muhammad Suhaimi disebabkan pendarahan dalam kepala akibat hentakan objek tumpul.
Mangsa dipercayai terbabit dalam satu pergaduhan di kem itu.
Muhammad Suhaimi ditemui rakannya dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri di bilik air asrama kem berkenaan pada kira-kira 12.04 tengah malam hari kejadian.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Muadzam Shah namun disahkan meninggal dunia sejurus sampai di hospital berkenaan. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/30
Dua wanita Iran dihukum gantung
0 0 Google +0 1 0
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap dua wanita warga Iran selepas didapati bersalah mengedar 5,423.3 gram dadah jenis Methamphetamine, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Sharzad Matinnia Mansoor, 32, yang bekerja sebagai akauntan dan setiausaha syarikat kamera litar tertutup, Neda Mostafaei Ghodraollah, 26.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/30
Tanah runtuh akibat pembuangan sampah haram
0 0 Google +0 0 0
GOMBAK: Pejabat Tanah Daerah Gombak akan mengambil tindakan tegas terhadap lima pemilik tanah di Kampung Sungai Chinchin dan Townville Seri Gombak, Gombak kerana dipercayai bertanggungjawab menyebabkan tanah runtuh setinggi 200 meter dalam satu kejadian, dua minggu lalu.
Pegawai Daerah Gombak, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata kejadian itu berpunca daripada pembuangan sampah secara haram di situ untuk menimbus kawasan tebing bagi membolehkan pembinaan struktur seperti rumah dilakukan.
Bagaimanapun tindakan itu menyebabkan tebing menjadi tidak stabil dan runtuh sehingga boleh mengancam keselamatan lebih 300 penduduk Sungai Chinchin yang tinggal di bahagian bawah tebing.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/30
Wanita Singapura maut, tiga cedera nahas di Rompin
0 0 Google +0 0 0
KUANTAN: Seorang wanita rakyat Singapura maut manakala tiga lagi anggota keluarganya cedera apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta lain di Km65 Jalan Pekan-Nenasi menghala Rompin semalam.
Norlia Mohamad, 49, mati ketika dirawat di Hospital Kuala Rompin pada jam 10 malam tadi, manakala suaminya Latin Kanchil, 54, juga rakyat Singapura, kini dirawat di hospital yang sama.
Dua lagi yang cedera dalam kemalangan pada jam 7 petang itu ialah anak pasangan itu Junaidah Latin, 26, dan suaminya Mohd Salleh Masehan, 41, berasal dari Johor Bahru. Kedua-dua mereka dirawat di hospital sama.
Pemangku Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata kereta Proton Wira yang dinaiki keluarga itu dalam perjalanan dari Terengganu menuju ke Johor Bahru.
"Nahas berlaku apabila kereta Proton Gen 2 dari arah bertentangan yang dipercayai dipandu laju hilang kawalan lalu berpusing sebelum bertembung dengan kereta mangsa.
"Ekoran pertembungan itu menyebabkan Proton Gen 2 berkenaan terbabas ke dalam paya di sebelah kiri jalan," katanya di sini hari ini.
Zainalabidin berkata maklumat mengenai pemandu Proton Gen 2 itu belum diperoleh kerana pemandu kereta terbabit tidak ditemui di tempat kejadian.
"Polis kini dalam usaha mencari dan mengesan pemandu terbabit. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil memberi kerjasama untuk bantu siasatan," katanya. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/30
11 ditahan halang kerja roboh rumah
0 0 Google +0 0 0
MANTIN: Sembilan lelaki dan dua wanita ditahan polis ketika menghalang kerja meroboh rumah di Kampung Hakka, Mantin dekat Seremban, pagi tadi.
Mereka yang ditahan terdiri daripada penduduk kampung dan aktivis sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Kampung ini yang dibina di tanah kerajaan yang kemudian dijual kepada sebuah syarikat swasta untuk dimajukan.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/3
Amaran angin kencang, laut bergelora
4 0 Google +0 0 0
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora berikutan Taufan Wutip dikesan kira-kira 515 kilometer ke Tenggara Hanoi, Vietnam pagi ini.
Berikutan taufan itu yang dikesan pada 8 pagi, keadaan angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50 hingga 60 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter, dijangka berlaku di perairan Sarawak (Miri), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pantai Barat, Pedalaman dan Kudat) dan keadaan itu dijangka berterusan sehingga esok (1 Okt).
Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, kata laman web jabatan itu.
Taufan Wutip kini berada kira-kira 1,444 kilometer ke Barat Laut Kudat, Sabah. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/30
Penembusan jalur lebar kebangsaan pada tahap 67.1%
0 0 Google +0 0 0
KUALA LUMPUR: Kadar penembusan jalur lebar kebangsaan telah mencapai 67.1 peratus sehingga Ogos tahun ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata kadar itu dicapai hasil pelaksanaan pelbagai program di bawah Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
Ia termasuk program Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia, Pusat Internet 1Malaysia, Pusat Jalur Lebar Komuniti Kecil, Perpustakaan Jalur Lebar, peluasan liputan selular dan program Komputer 1Malaysia.
"Program kampung tanpa wayar bertujuan memberi capaian WiFi secara hotspot di kampung-kampung yang tiada liputan jalur lebar dengan jarak liputan sehingga 300 meter dari tapak pemasangan. Capaian telekomunikasi khususnya perkhidmatan tanpa wayar telah ditingkatkan kelajuannya daripada 2Mbps kepada 4Mbps di setiap kampung," katanya menjawab soalan Dr Moh Hatta Md Ramli (PAS-Kuala Krai) di sini hari ini.
Kadar penembusan jalur lebar kebangsaan direkodkan pada kadar 66.6 peratus pada suku pertama tahun ini.
Jailani menjelaskan kementerian belum bercadang menghentikan projek kampung tanpa wayar meskipun ia telah melepasi sasaran yang ditetapkan.
"Bila kerajaan memperkenalkan program ini pada 2010, sasaran awal ialah 3,287 kampung. Tetapi sehingga kini, kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah membina sebanyak 4,374 kampung tanpa wayar dan 308 lagi masih dalam pembinaan," katanya.
Selain itu, Jailani berkata sebanyak 664 menara telekomunikasi telah dibina di seluruh negara sehingga kini dengan 137 daripadanya terletak di Sabah dan 170 di Sarawak.
Menjawab soalan Mohd Hatta tentang capaian telekomunikasi di Kuala Krai, Kelantan, Jailani berkata sebanyak 171 kampung tanpa wayar telah dilaksana di negeri itu.
Sebanyak 24 daripadanya telah siap dibina dan beroperasi di Parlimen Kuala Krai, katanya. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/30
Global
Bom ledak di pasar
0 0 Google +0 0 0
Peshawar: Sebuah kereta yang diisi bom meletup di sebatang jalan raya sesak di Peshawar semalam mengorbankan 37 orang, kejadian ketiga seumpamanya dalam seminggu.
Pihak berkuasa percaya bom itu diletakkan dalam kenderaan yang ditinggalkan di kawasan parkir sebelum diletupkan dari jauh.
Polis berkata, letupan berlaku di kawasan pasar yang sesak dengan orang ramai, serta berhampiran sebuah masjid serta balai polis.
Jurucakap polis berkata, letupan itu merosakkan masjid serta banyak kedai berhampiran.
POLIS dan anggota penyelamat di tempat letupan bom di sebuah pasar sesak di Peshawar.
Pegawai kanan kerajaan, Sahibzada Anees berkata, 37 orang disahkan maut dan 75 lagi dirawat di hospital tempatan.
Serangan bom kenderaan di Peshawar - bandar yang menjadi ibu negeri wilayah Khyber Pakhtunkhwa - setakat ini membunuh 130 orang dalam tempoh seminggu.
Ahad minggu lalu, dua pengebom berani mati meletupkan diri mereka di sebuah gereja yang sesak dengan penganut Kristian, membunuh 85 orang.
Jumaat lalu, 19 orang maut apabila sebuah bas membawa kakitangan kerajaan diletupkan di pinggir Peshawar.
Kejadian berlaku kira-kira 300 meter dari gereja yang dibom pada Ahad lalu itu.
Polis berkata, kebanyakan bangunan di sekitar pasar itu dibina daripada kayu dan mudah terbakar.
Sehingga malam tadi, tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab.
Militan Jundullah mendakwa serangan di gereja itu dilakukan anggota kumpulan mereka "bagi membalas dendam terhadap kematian orang Islam dalam serangan dron AS." - AP
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/30
Penggal kepala suami
8 0 Google +0 0 0
Chennai: Kerana tak tahan diganggu suaminya, seorang wanita muda memenggal kepala lelaki itu sebelum menyerah diri kepada polis.
Menurut laporan Times of India, wanita berusia 21 tahun itu adalah isteri kedua si mati.
Mangsa, penarik beca berusia 28 tahun dan tinggal di Tamil Nadu, sebelum ini berkahwin dengan wanita lain dan sudah mempunyai dua anak apabila berkahwin dengan suspek.
Hubungan antara kedua-dua wanita itu baik tetapi masing-masing tidak tahan dengan sikap si suami yang panas baran dan sering memukul kedua-dua isterinya sehingga mendorong mereka pulang ke rumah ibu bapa masing-masing.
Si suami mengunjungi isteri keduanya Sabtu lalu dan merampas wangnya. Suspek bertindak menyerang lelaki itu, dengan mencampakkan serbuk cili pada muka mangsa.
Sebaik lelaki itu terjatuh, isterinya mengambil sabit dan memenggal kepala mangsa. Dia kemudian menyerah diri di balai polis berhampiran bersama-sama dengan senjata yang berlumuran darah.
Menurut polis, mangsa mempunyai rekod aktiviti antisosial. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/30
Bunuh bapa untuk warisi harta
10 0 Google +0 0 0
Nanjing: Seorang wanita di sini ditangkap kerana di wakwa menggunakan khidmat pembunuh upahan untuk membunuh bapanya bagi membolehkan dia mewarisi harta lelaki itu.
Polis menangkap wanita berkenaan yang dikenali dengan nama keluarganya Hu dan seorang suspek pembunuh upahan berusia 19 tahun bernama Zheng, lima jam selepas mayat bapa Hu ditemui mati di kediamannya, kelmarin.
Hu didakwa menghubungi Zheng menerusi Internet dan menawarkannya sejumlah wang untuk membunuh bapanya selepas mereka bertengkar.
Menurut ibu Hu yang sudah bercerai dengan mangsa sejak lebih 20 tahun lalu, anaknya merancang pembunuhan itu untuk mendapatkan harta si mati.
Menurut akhbar Modern Express, mendapatkan khidmat pembunuhan di China begitu mudah. Seorang wartawan yang menyamar pelanggan hanya diminta membayar 100,000 yuan (RM50,000), harga biasa bagi membunuh seseorang. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/30
Seludup rokok guna ayam panggang
0 1 Google +0 0 0
Riyadh: Pengawal sebuah penjara di Arab Saudi bingung memikirkan bagaimana banduan memperoleh bekalan rokok secukupnya walaupun kawalan ketat dilaksanakan.
Kebingungan mereka bertukar menjadi kejutan apabila mendapati pihak yang bertanggungjawab ialah ayam panggang.
Perkara itu terbongkar dengan tidak sengaja apabila seorang pengawal yang melakukan pemeriksaan rutin terhadap sajian ayam yang dibawa masuk ke penjara di bandar Hail, barat laut Saudi hairan dengan keadaan ayam itu.
"Pengawal itu mendapati bungkusan rokok yang disumbatkan di dalam ayam panggang dan roti," kata polis.
Seorang pekerja sebuah restoran yang membekalkan makanan itu ditahan atas tuduhan menyeludup rokok ke penjara, menurut laporan sebuah akhbar tempatan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/30
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment