Monday, September 2, 2013

RG2011... BreakingNews-Harga RON95, diesel naik 20 sen bermula esok

 

Harga RON95, diesel naik 20 sen bermula esok

2 September 2013

Sinar Harian

  • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

1 / 1

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.

Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.

Najib terdahulu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dasar fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali. - Bernama

 

p/s: Terima kasih BN..tapi kenapa naik sikit sangat, krjn masih lagi menanggung beban subsidi berbillion billion kerna rakyat malaysia yg bermentaliti subsidi nih..patutnya krjn menghapuskan terus subsidi minyak dan mula membuat untung berbillion billion pula. Aku harap rakyat tak kira pakatan atau Bn jgn merungut, sudah lama krjn berkorban utk rakyat, sekaranglah masanya yg sesuai utk rakyat pula dikorbankan,jika ada rakyat yg merungut,ajak mereka nonton Tanda Putera, dan ingatkan mereka, bangsa lim kit siang nih nak merampas tanah melayu, lantas rungutan mereka akan padam dgn sindrinya.

 

Hidupppp BN!!!!

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment