Wednesday, September 4, 2013

RG2011... Finas Malu Tanda Putera Gagal - Jutaan Ringgit Lebur !

 

Finas Malu Tanda Putera Gagal - Jutaan Ringgit Lebur !


Tak payah nak kecewa sangat kenapa filem tersebut gagal. Kegagalan tersebut telah dijangka disebabkan kontroversi demi kontroversi yang dihadapi oleh filem tersebut. Disamping filem tersebut juga dijadikan modal kempen2 politik di beberapa universiti. Benda dapat tengok free. Pasal apa pulak nak bayar?

KAH KAH KAH

Filem kontroversi Tanda Putera gagal mencapai sasaran pecah panggung pada minggu pertama tayangannya menyebabkan ia terpaksa dipindahkan ke pawagam lebih kecil.
Filem memaparkan babak yang boleh dipersoalkan berhubung rusuhan kaum 13 Mei itu mula ditayangkan Khamis lalu, tetapi hanya berjaya mengutip RM500,000 daripada penjualan tiket di 70 pawagam seluruh negara dari hari bermula tayangan hingga Isnin.
"Ini sangat memalukan dan menyedihkan," kata Pengerusi Skim Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Mustapha Maarof dan memberitahu kos produksi filem itu berjumlah RM4.8 juta.

Kos filem : 4.8 juta.

Sumber dana untuk terbitkan filem = duit pembayar cukai

Jumlah jualan tiket : RM 500,000.00

Rujukan :  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tanda-putera-gagal-capai-sasaran-kini-ditayang-di-panggung-kecil

Yang lebih menarik, FINAS menyatakan perkara ini ;
Beliau berkata, Datin Paduka Shuhaimi Baba mengarahkan filem berkenaan dengan amat baik sekali tetapi mungkin Shuhaimi sendiri tidak mengalami peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, maka elemen fiksyen lebih ditekankan dalam filem itu.

Ada juga beranggapan karya Suhaimi Baba tue filem karya sejarah tulen. Padahal FINAS dan pengarah dia sendiri dah labelkan filem tersebut filem cereka / fiksyen / rekaan. Yang bermaksud kebanyakkan babak adalah berdasarkan persepsi dan andaian sendiri berbanding fakta.
 
Dalam pada isu Suhaimi Baba turut menempelak pihak2 yang beranggapan filem Tanda Putera ialah filem UMNO.

Berikut statement dia ;
"Kepada pembenci filem ini yang melabelkannya filem Umno, mana mungkin pawagam tidak dipenuhi ahli Umno seramai 3 juta orang itu pada 4 hari pertama filem ini ditayangkan.
"Sudah tentu pecah panggung dan mencatat pungutan box office berjuta-juta ringgit!" katanya.

Ada kebenaran kata2 di atas. Kenapa 3 juta ahli UMNO tidak menonton filem tersebut? Adakah kerana ahli UMNO sebenarnya bukan 3 juta orang? Ataupun UMNO hanya gah dari jumlah ahli disebabkan mereka masuk UMNO untuk memudahkan urusan dan permohonan tetapi bukan kerana perjuangan? Ataupun sebenarnya ahli UMNO sendiri tak layan filem neh sebab mereka anggap tak best amek tahu pasal peristiwa 13 mei ? 

Hehe.. takmo aku pening2 kepala dok fikir.

Lue fikirlah sendiri dan cari la jawapan nya sendiri oke. Bai

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/09/finas-malu-tanda-putera-gagal-jutaan.html#ixzz2dzfYar8A

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment