Friday, September 6, 2013

RG2011... Fw: Kisah Pak Ali dan anak-anaknya

 



 

Kisah Pak Ali pemilik dusun durian dan anak-anaknya

telokbakong.blogspot.
milosuam.blogspot.

DALAM sebuah kampung tinggal seorang tua kedekut, bernama Pak Ali.

Pak Ali ada dusun durian, dia menjual durian kepada rakan-rakannya Pak Abu, Pak Hamid, Pak Jamal dan Pak Kassim dengan harga RM2.70 sekilogram.

Rakan-rakan Pak Ali pula akan menjual semula durian yang dibeli daripadanya kepada anak-anak dan saudara mereka dengan harga yang lebih mahal, ada yang jual RM3.00, RM3.20 dan RM3.80 sekilogram. 

Pak Ali juga menjual durian yang dipungut dari dusun kepada anak-anaknya dengan harga RM2.70 sekilogram. 

Anak-anak Pak Ali sering merungut dengan harga durian yang dijual oleh bapanya itu disifatkan sangat mahal.

"Apalah bapak ni? Dengan anak sendiri pun jual durian harga mahal! Padahal bapa kutip je dari dusun bapak sendiri" kata anak Pak Ali merungut.

"Aku jual durian RM2.70 sekilogram pada kamu, harga durian aku ni murah!" kata Pak Ali.

Pak Ali menyambung hujahnya "Kalau kau tak percaya harga durian aku ni murah, cubalah beli durian dari kawan-kawan aku si Abu, Hamid, Kassim atau Jamal"

"Harga durian aku paling murah berbanding kawan-kawan aku yang lain" kata Pak Ali sambil menyuruh anaknya bersyukur.

Comments

Sya's avatar

Sya · 

itulah perumpamaan senarion hari ini....
nasib badan..~
wasaja's avatar

wasaja ·

DALAM CERITA PAK ALI SEBENARNYA DISELIT CERITA PAK ALI TAK INGAT YANG MAHA BERKUASA DAN TAK INGAT MASA DEPAN, SENANG AJE KALAU KAT ANAK PUN JUAL DURIAN DARI DUSUN SENDIRI, DURIAN TU TIDAK AKAN BERBUAH LAGI HINGGA POKOK TUMBANG,JANGANLAH TERMELAMPAU SANGAT PERBUATAN TU,SANGAT SEMASA HIDUP, POKOK PUN TAK AKAN BERBUAH PADA ORANG MACAM PAK ALI, BILA PAK ALI DAH TAK BERDAYA NANTI ANAK ANAK INILAH YANG AKAN BANTU BUKAN PEMBELI DURIAN PAK ALI ..
 
kuucipan's avatar

kuucipan · 

pak ibrhahim ali ke tu
 
zai's avatar

zai · 

analogi yg tepat...syabas...
 
Lagit dan Bumi 's avatar

Lagit dan Bumi · 

ne le yg selalu di war2kan pemimpin kita...minyak kita punya..minyak sawit kita punya..proton pun kita punya..tapi rakyat tak dapat nak menikmatinya...alasan negara jiran harga lbh mahal...patut bersyukur...bengong btl le...

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment