Tuesday, September 3, 2013

RG2011... Fw: Surcaj bahan api kargo naik

 



Lepas RON95 dan Diesel, kini Tarif Elektrik bakal menyusul

telokbakong.blogspot
azmieyusoff.blogspot.
 
Tarif elektrik ambil kira keselesaan rakyat
 
SERI MANJUNG - Aspek keselesaan rakyat menjadi perkara utama sebelum kerajaan memutuskan cadangan penyemakan semula tarif elektrik, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid.


Beliau berkata cadangan itu masih dikaji dengan meneliti pelbagai sudut pengguna kerana kerajaan tidak mahu rakyat terbeban.

"Kita perlu lihat semua sudut, kalau kita laksanakan, kita perlu lihat macam mana industri, pengguna di rumah pula macam mana, berapa hadnya, berapa (harga) yang murah. Sekarang pun ada beberapa harga, ada yang murah... kerajaan perlu cari 'kusyen' untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas melawat Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah Tenaga Nasional Berhad (TNB) Janamanjung hari ini.

Mahdzir berkata kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya setuju menaikkan tarif elektrik, sebaliknya perlu memikirkan kaedah terbaik agar rakyat tidak terbeban, jika semua kos hidup meningkat.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie bahawa syarikat itu berhasrat menyemak semula tarif elektrik berikutan peningkatan kos operasi.

Pada 19 Ogos lepas, TNB memberi jaminan jika cadangan pelarasan tarif elektrik dipersetujui kerajaan, kadarnya tidak akan membebankan pengguna.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata langkah itu tidak akan menjejaskan pengguna domestik dengan penggunaan bulanan di bawah 200 kilowat sejam.

Mengulas lawatan ke Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Mahdzir berkata stesen itu kini melaksanakan pembinaan janakuasanya yang keempat.

"78 peratus pembinaan janakuasa keempat itu telah siap dan dijangka beroperasi pada Mac 2015 dan membekalkan elektrif ke seluruh Semenanjung, grid elektrik itu akan dimasuk ke dalam Grid Nasional," katanya.

Beliau berkata stesen itu kini menghasilkan 2,100 megawatt (MW) dan berupaya menambah kapasiti keseluruhan kepada 3,100 MW apabila janakuasa keempat, yang bernilai RM5 bilion, beroperasi. - Bernama

 

Surcaj bahan api kargo naik ekoran harga minyak

 
Syarikat pengangkutan kontena akan menaikkan surcaj bahan api kargo daripada kadar tarif 16.19 peratus kepada 18.2 peratus, sebagai kesan daripada kenaikkan terbaru diesel sebanyak 20sen yang bermula tengah malam tadi.

"Kadar pengangkutan berbeza mengikut kawasan. Tetapi secara umum, jika kadarnya RM100, ini bermakna pelanggan harus membayar tambahan RM18.20 untuk Faktor Penyelarasan Bahan Api (FAF)," kata Naib Presiden Association of Malaysian Hauliers.

"Ketika harga diesel sebanyak RM1.80 seliter, mereka membayar RM16.19. Kami akan maklumkan anggota kami tentang FAF baru hari ini."

Ketika dihubungi, Nazari berkata, jadual FAF ditetapkan oleh industri itu semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang membawa kepada turun naik harga minyak kerana pengurangan subsidi.

Harga diesel sekarang RM2 seliter manakala petrol RON95 2.10 untuk seliter.
 

Pengusaha Bas Mahu Naikkan Tambang.

telokbakong.blogspot.
amenoworld.blogspot

Susah.

Adakah mereka pun golongan yang menjadi mangsa macam kita? Yang tersepit dengan pembayaran balik hutang di samping berdepan dengan kos operasi yang semakin meningkat ataupun sekadar tak puas ahti sebab keuntungan yang diraih semakin bersusutan?

Lue fikirlah sendiri. Inilah kesan rantaian yang dimaksudkan. Kenaikan minyak tak effect pada pemilik kenderaan je. Yang naik bas pun turut terheret dengan tempiasnya.

Padan muka kita semua.

 
 
 
telokbakong.blogspot.
gigitankerengga.blogspot.
TKO
 
Jangan complain harga minyak..nanti anda akan dituduh tidak mengikut ASWJ dan jalan salafussoleh..lihat mereka dalam gambar ini yang memilih jalan yang lurus dalam situasi ini.. - Dr Maza

Ikulah cara menteri kita, jangan guna kereta.
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
 
 

KENAIKAN BERANTAI SUDAH BERMULA:HARGA TIKET DAN BARANGAN KEPERLUAN DIJANGKA NAIK CEPAT

telokbakong.blogspot.
suwaritimur.blogspot
 
Persatuan pengendali bas kini mahu harga tambang disemak semula ekoran tindakan kerajaan menaikkan harga minyak petrol RON65 dan diesel mulai tengah malam tadi.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, tambang itu mesti diselaraskan semula atau ia akan menjejaskan industri itu.

Bagaimanapun, pengendali masih memerlukan kelulusan kerajaan sebelum ia dapat dinaikkan.

'Di Malaysia, harga bas dikawal oleh kerajaan. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan tambang bas....

"Kami sudah mohon peningkatan 30 peratus tambang bas pada Mei tetapi kerajaan belum meluluskannya," katanya.

Kerajaan hanya meluluskan 10 peratus surcaj untuk bas ekspres semasa musim perayaan antara 8 Julai hingga 8 September.

Mohamad Ashfar juga menggesa kerajaan menaikkan subsidi diesel antara 1,400 hingga 3,000 liter sebulan untuk bas henti-henti dan antara 2,800 hingg 5,000 liter untuk bas ekspres

ulasan:

  1. Tanpa Nama

    As expected.

  2. Tanpa Nama

    dah dijangka.....tulah dulu suruh pakat tukar...ada jugak yang bengong dok percaya jugak...harap ambillah ini sebagai pengajaran....kalau takmau berubah jugak...hiduplah dalam keadaan diperbodohkan sepanjang hayat.....

 

Awas!! Selepas Minyak, Banyak Lagi Kenaikan Sedang Menunggu

telokbakong.blogspot.

 blog-hangit.blogspot.
 

Oleh: shahbudin husin

Kerajaan mulai malam tadi menaikkan harga minyak petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen. Dengan kenaikan itu, harga semasanya menjadi RM2.10 sen dan RM2.00 seliter bagi diesel. Langkah kenaikan yang disifatkan Najib untuk pengukuhan ekonomi itu juga menyebabkan subsidi kerajaan keatas petrol kini menurun kepada 63 sen manakala untuk diesel menjadi 80 sen sahaja.

Kenaikan ini jelas tidak menggembirakan rakyat. Di alam maya, Najib menerima kritikan, cemuhan dan serangan yang berterusan sepanjang malam tadi. Bukan saja rakyat biasa yang rasa terbeban dengan kenaikan itu meluahkan perasaan dan kemarahan mereka, malahan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin dan ahli akademik, Dr Mazleee Malik juga turut aktif di twitter masing-masing dengan pelbagai maklumat yang berupa kritikan dan sindiran mengenai kenaikan itu.

Ahli-ahli politik pembangkang pula tentulah menggunakan peluang ini untuk menghentam dan mengkritik kerajaan semahu-mahunya, apalagi kenaikan petrol dan diesel ini umpama hadiah daripada Najib kepada rakyat sempena 100 hari kemenangan BN.

Buat pertama kali juga, pemimpin UMNO menjadi kurang aktif sama ada si facebook ataupun twitter. Selalunya jika timbul isu-isu sebegini, para pemimpin UMNO yang aktif di dunia sosial turut memainkan peranan mempertahankan apa yang dilakukan kerajaan, tetapi malam tadi ramai yang berdiam diri dan tidur awal agaknya. Mungkin mereka juga sudah tiada idea lagi untuk mempertahankan tindakan Najib itu.

Pengendali laman sosial yang pro UMNO dan kerajaan juga kelihatan pasif dan tidak tidak berdaya lagi mempertahankan langkah tidak bijak Najib itu.

Hanya Bung Mokhtar Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan dan Pengerusi Felcra yang cuba mempertahankan dan menyokong kenaikan minyak ini tetapi beliau juga kemudiannya dikritik dan diserang hebat, termasuk mengaitkan dengan perkahwinan keduanya bersama aktres Zizie Ezzette.

Di alam nyata pula, kenaikan ini disambut dengan rungutan dan cebikan mulut daripada rakyat terhadap Najib dan BN. Mulai petang semalam, jalan mulai sesak kerana orangramai berebut-rebut keluar awal bagi mengisi minyak di stesen-stesen minyak sebelum harga baru bermula pukul 12.01 malam.

Ditambah dengan hujan yang turun sejak awal petang, kesesakan bukan saja berlaku di jalan-jalan raya, malahan juga di hampir semua stesen minyak. Ini jelas menggambarkan kenaikan 20 sen tetap memberi kesan kepada kebayakan rakyat dan mereka berusaha untuk menjimatkan perbelanjaan masing-masing sedaya yang mungkin.

Dilaporkan juga terdapat kejadian merosakkan stesen minyak berikutan rakyat menjadi marah selepas beratur lama untuk mengisi minyak, tiba-tiba diberitahu bekalannya sudah habis. Ini menggambarkan bukan saja kenaikan itu dibantah, malahan masa pengumuman mengenai kenaikan itu juga memperlihatkan sikap tidak bijak Najib sehingga mencetuskan suasana kelam-kabut dan panik di kalangan sesetengah rakyat.

Kenaikan minyak kali ini tidak disebut Najib sebagai kesan kenaikan minyak dunia tetapi lebih ke arah pengukuhan ekonomi dan mengurangkan defisit. Najib lantas memberitahu kenaikan harga minyak ini akan diseimbangkan dengan kenaikan BR1M yang akan diumumkan dalam Belanjawan pada Oktober nanti.

Terlihat di sini bahawa Najib mengambil pendekatan ekonomi "tutup lubang, gali lubang" untuk menyelesaikan masalah. Dengan subsidi petrol dan diesel yang dapat dijimatkan, ia kemudian akan disalurkan pula melalui BR1M. Walaupun pemberian tunai BR1M ini mendapat kritikan daripada Mahathir tetapi nampaknya Najib akan terus menggunakan pendekatan itu untuk mengambil hati orang-orang kampung dan rakyat berpendapatan rendah, malah sudah membayangkan akan menaikkan lagi jumlahnya. Kali ini mungkin menjadi RM700, RM 1000 ataupun mungkin juga menjadi RM1200.

Kesan kenaikan petrol dan diesel ini tentu saja akan menyebabkan kenaikan harga-harga barang di pasaran. Walaupun Najib mengingatkan peniaga tidak menaikkan harga barang, tiada jaminan kawalan ataupun penguatkuasaan akan diambil terhadap peniaga yang ingkar. Ia hanyalah sekadar peringatan semata-mata.

Ini bermakna belum pun BR1M dilaksnakan, beban kenaikan harga barang sudah menyusah dan mengeringkan lagi poket rakyat. Bagi yang tinggal di Lembah Kelang dan bandar-bandar lain dan tidak layak pula menerima BR1M, kenaikan harga minyak dan disertai dengan kenaikan harga barang keperluan harian umpama "pontianak" yang menghisap poket mereka sehingga kering setiap hari.

Kenaikan harga minyak ini juga berlaku dicelah-celah ura-ura kerajaan mahu menaikkan tarif elektrik dan melaksanakan cukai GST yang mungkin akan diumumkan dalam Belanjawan nanti. Walaupun propa kerajaan melalui Mahahdir Khalid mengatakan kenaikan elektrik dijamin tidak membebankan rakyat, sebenarnya asal saja namanya kenaikan, ia tetap memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

Kerajaan juga bertegas mahu melaksanakan GST. Idris Jala yang merangka mengenainya sudah pun membayangkan hakikat itu. Masalahnya hanyalah berapa peratus saja, mungkin 5 peratus, mungkin 4 peratus dan sebagainya. Namun ia pasti akan dilaksanakan oleh Najib. Tunggu saja berita "gembira" ini dalam Belanjawan nanti.

Jika kenaikan petrol dan diesel dianggap hadiah 100 hari kemenangan BN kepada rakyat, sebenarnya banyak lagi hadiah-hadiah dalam bentuk penambahan cukai, kenaikan harga barang dan peningkatan kos hidup akan dilaksanakan oleh Najib dari semasa ke semasa. Kenaikan minyak adalah permulaannya dan lepas ini akan disusuli dengan tarif elektrik dan cukai GST pula.

Lepas itu cukai dan kenaikan yang entah apa-apa pula akan diumumkan. Mungkin juga harga minyak akan naik lagi.

Bagaimanapun di sebalik semua kenaikan ini, masih lagi ada sesetengah rakyat yang berkata, syukurlah Malaysia masih aman!
(SH 03/09/2013)

-
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2013/09/awas-selepas-minyak-banyak-lagi.html

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment