Sunday, September 1, 2013

RG2011... Fwd: IniKalilah™ - TERKINI!!! Gempa Bumi Kuat Landa Laut Banda Di Indonesia

 


IniKalilah?????? | Blog Isu Hangat, Semasa dan Terkini.

IniKalilah??????

Link to IniKalilah?????? | Blog Isu Hangat, Semasa                      dan Terkini.

TERKINI!!! Gempa Bumi Kuat Landa Laut Banda Di Indonesia

Posted: 01 Sep 2013 07:33 AM PDT

GEMPAR!!! Gempa Bumi Kuat Landa Laut Banda Di Indonesia | Gempa Bumi Kuat Landa Laut Banda Di Indonesia.

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda laut Banda di Indonesia pada pukul 7.52 malam ini.????

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata pusat gempa terletak di 456 kilometer di tenggara Ambon, Indonesia dan 1,738 kilometer di tenggara Semporna, Sabah.????

????Gambar hiasan

Tiada ancaman tsunami dilaporkan. - Bernama

GEMPAR!!! Bekas Anggota TUDM Mati Ditembak [SAKSIKAN..]

Posted: 01 Sep 2013 03:36 AM PDT

GEMPAR!!! Bekas Anggota TUDM Mati Ditembak | Bekas Anggota TUDM Mati Ditembak [SAKSIKAN..]

IPOH - Seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mati ditembak berhampiran restoran milik bapanya di deretan premis perniagaan di Jalan Permasuri Mazwin, Taman Rishah, Silibin di sini pagi tadi.

Mangsa, S. Jambukeshan, 39, yang mempunyai tiga orang anak meninggal dunia ketika dibawa anggota keluarganya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Mangsa yang bersara selepas 19 tahun berkhidmat dengan TUDM kini membantu perniagaan restoran bapanya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.15 pagi ketika mangsa mahu mengeluarkan barangan dari kereta Perodua Kancil di hadapan sebuah kedai runcit yang terletak kira-kira 30 meter dari restoran bapanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata, semasa mangsa keluar dari keretanya, sebuah kereta Toyota Vios berwarna putih perak tiba-tiba menghampiri mangsa dan seorang suspek yang memakai topi keledar dengan cermin muka penuh keluar dari kereta itu lalu melepaskan beberapa das tembakan. - Bernama


GEMPAR!!! Tanda Putera - Sial Punya Filem? [BACALAH...]

Posted: 31 Aug 2013 11:40 PM PDT

GEMPAR!!! Tanda Putera - Sial Punya Filem? | Tanda Putera - Sial Punya Filem?[BACALAH...]
FILEM TANDA PUTERA - secebis pandangan rambang!
(Aku bercakap dalam BAHASA NAFSUKU, anak-anak bawah umur perlu bimbingan)

Malam ini tadi, aku sekeluarga pergi menonton filem yang banyak pablisiti, aku sekeluarga duduk macam raja, kerana hanya dua keluarga saja yang berada dalam panggung menonton filem ini. Aku hairan kenapa terjadi demikian!

Sial punya filem, filem ini membuatkan aku takut...apa tidaknya, hanya dua keluarga sahaja yang menonton dipanggung yang kosong. Diskrin, kelihatan imbasan 13 Mei, orang-orang China sedang melanyak orang Melayu apatah lagi, bila dipaparkan trajedi di sebuah panggung wayang diChow Kit (semua orang Melayu tahu cerita ini) bagaimana orang Melayu dibunuh-leher disembelih dalam panggung wayang tersebut. Cuba bayangkan, panggung ini terletak dikawasan majoriti orang China. Filem ini amat membahayakan penontonnya!

Aku adalah penyokong kuat kerajaan, tetapi malam ini ...aku meng-Pokaimak-kan kerajaan termasuk producer dan pengarahnya dan mereka yang meluluskan filem ini. Aku rasa, bukan ini caranya untuk MENYATUKAN BANGSA! Meng-UNGKIT kisah yang lalu, tidak akan membawa kita kemana-mana kecuali SIA-SIA.

Filem ini dari awal hingga akhir, menggambarkan betapa lemahnya Tun Razak (The Sickman) yang sentiasa sakit dan MENGERANG dan selalu merujuk kepada Tun Dr. Ismail , orang kanannya tentang pentadbiran negara. Karakter Tun Razak yang dipegang oleh pelakunnya mempaparkan LAKUNAN yang terlalu 'BETINA' -Filem ini secara tidak langsung, aku lihat sebagai menjatuhkan kredibiliti Tun Razak dan juga kewibawan saudaraku Najib yang menjadi Perdana Menteriku ketika ini. Bertambah lagi runsingnya hatiku, ketika Count Down Merdeka tempoh hari, Najib tidak kelihatan kecuali Timbalannya (beliau datang lewat) ! Maka terjadilah berbagai-bagai ANDAIAN dimindaku yang sentiasa kuning. Filem ini lemah, dan tidak sepatutnya ditayang kepada umum.

Filem ini juga aku lihat mengambarkan suasana yang agak tegang pada masa lalu...TEMBAK SANA...TEMBAK SINI, apatah lagi sekarang ini juga, LETUP SANA -LETUP SINI. Aku menjadi gusar tentang keselamatan apabila menonton filem ini.

Kalau ada diantara kita yang ingin menonton filem ini, janganlah bawa keluarga...nanti banyak yang akan dipersoalkan oleh anak-anak.."Eh, kenapa orang China tu sembilh orang Melayu tu dalam panggung, ayah?"...."Eh itu Tun Razak? ...kesian dia mengerang sakit!"

Filem ini amat memalukan BANGSA MALAYSIA itu sendirinya. Yang sudah tu....sudahlah...Ayuh, mari kita bina SATU BANGSA yang bolih hidup harmoni didalam kancah BERBAGAI-BANGSA.
Noramin : Tanda Putera - Sial punya filem !

GEMPAR!!! Anwar Cadangkan Pertemuan PR-BN Ke Parlimen? [SAKSIKAN...]

Posted: 31 Aug 2013 07:12 PM PDT

GEMPAR!!! Anwar Cadangkan Pertemuan PR-BN Ke Parlimen? | Anwar Cadangkan Pertemuan PR-BN Ke Parlimen? [SAKSIKAN...]

Datuk Seri Nazri Aziz mencadangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa cadangan pertemuan antara Pakatan Rakyat (PR) dengan Barisan Nasional (BN) ke dalam Dewan Rakyat.

"Kita tiada masalah dengan dialog tersebut, kerajaan Barisan Nasional terbuka, malah saya sendiri pun tidak akan menghalang sekiranya beliau membawa hal ini di parlimen.

"Biar rakyat tahu apa tindakan beliau, biar rakyat menilai kerana saya cukup kenal dengan Anwar ini, beliau memang suka menipu dari dulu sampai sekarang ada saja isu yang diputar belitkan beliau,"kata Nazri ketika mengulas cadangan Anwar itu.

Anwar semasa memberikan ucapan sempena Kemerdekaan mencadangkan agar diadakan pertemuan antara pemimpin Pakatan dan BN untuk membincangkan segera masalah yang dihadapi negara.

Namun ketika ditanya, Anwar menolak ia ada kaitan dengan isu Kerajaan Perpaduan sebagaimana yang sedang hangat diperkatakan sebelum ini.

Namun bagi Nazri, Anwar sememangnya dikenali sebagai seorang???? yang suka menipu???? dan "menjual taik minyak" kerana itu Anwar harus membentangkannya di Parlimen bukan pertemuan langsung dengan pemimpin BN.

Bagi beliau, Anwar seperti sudah kehilangan modal apabila cuba mengadakan rundingan ini.

Ini kerana dialog perpaduan ini telah lama ditawarkan oleh BN, termasuk perdana menteri tetapi tidak disambut.

"Hanya setelah beliau kalah petisyen pilihan raya sudah tidak ada cara lain barulah beliau membangkitkan semula dialog ini jadi ia sangat mencurigakan," katanya lagi.

Beliau berkata lagi, banyak perkara yang telah ditipu oleh Anwar ini termasuk dakwaan kononnya BN membawa masuk 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi haram menjelang pilihan raya ke-13 lalu.

"Jika ia satu dakwaan yang benar mengapa perkara itu tidak terkandung dalam petisyen, malah perkara Yusof Kalla berapa banyak yang beliau tipu, tidakkah ia menghairan,"kata beliau lagi.

Yusoff Kalla, bekas Naib Presiden Indonesia dikatakan menjadi broker pertemuan antara Anwar dengan Najib.

Anwar mengesahkan melalui Asia Sentinel, wakil Najib ada berhubung dengan beliau bagi mengadakan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan. - 1 September,2013.
- TMI

[GAMBAR] Lelaki Maut Ditembak Dalam Kuil [SAKSIKAN...]

Posted: 31 Aug 2013 03:44 PM PDT

[GAMBAR] Lelaki Maut Ditembak Dalam Kuil |???? Lelaki Maut Ditembak Dalam Kuil [SAKSIKAN...]

NUSAJAYA - Seorang bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) yang dipercayai menjadi kepala gengster Geng 21 maut akibat ditembak tanpa belas kasihan ketika dia sedang melakukan upacara sembahyang di sebuah kuil di Taman Nusantara dekat Gelang Patah kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, K. Jaganathan, 37, seorang penternak lembu mati selepas terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan dari jarak dekat oleh seorang lelaki bermotosikal.

Difahamkan, si mati pernah ditahan di Penjara Simpang Renggam, Kluang, Johor selama dua tahun selain turut terlibat dengan kumpulan kongsi gelap.

Geng 21 aktif melakukan pelbagai jenayah di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketika kejadian, mangsa berada di dalam kuil itu bersama ibu, isteri dan tiga anaknya namun ahli keluarganya tidak cedera.

Ibu Jaganathan, M. Letchumi, 63, berkata, kejadian itu berlaku terlalu pantas apabila seorang lelaki yang memakai topi keledar bertutup penuh, iaitu pembonceng motosikal masuk ke dalam kuil berkenaan dan melepaskan tembakanbertubi-tubi ke arah anak lelakinya.

Tembakan itu mengenai dada, bahu dan belakang mangsa.

Ketika kejadian, terdapat lebih 10 orang yang sedang bersembahyang di dalam kuil berkenaan bertempiaran lari.

Suspek kemudian beredar bersama seorang lagi rakannya dengan menunggang motosikal jenis Yamaha LC putih.

"Apa salah anak saya? Mengapa mereka menembak dia tanpa belas kasihan," kata Letchumi ketika ditemui semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, mangsa yang cedera parah disahkam mati selepas dibawa ke sebuah klinik berhampiran dan mayatnya dihantar ke HSA untuk dibedah siasat.

Siasatan awal mendapati si mati yang tinggal di Taman Universiti, Skudai memiliki lapan rekod jenayah termasuk kes bunuh.

"Susulan kejadian tembak itu, polis menahan lelaki berusia 30-an di kawasan Gelang Patah pada pukul 10 malam kelmarin.

"Dengan penahanan itu, kita percaya kes ini dapat diselesaikan," kata beliau.

Polis setakat ini, masih menyiasat motif sebenar kejadian termasuk pembabitan si mati dalam kumpulan kongsi gelap Geng 21 serta aktiviti-aktiviti jenayah lain.
- Kosmo




__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment