Tuesday, September 3, 2013

RG2011... Harga makanan hanya naik 0.1%, BN diminta berhenti tipu rakyat

 

# Gambar bawah tu copy lain, tapi cam bersesuaian laks dgn kenyataan media ni.. Hehehee..

 

 

KENYATAAN MEDIA 4.9.13

 

Harga makanan hanya naik 0.1%, BN diminta berhenti tipu rakyat

 

Merujuk kepada kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek berkata kenaikan harga minyak hanya akan menyebabkan harga makanan meningkat 0.1 peratus – PAS menyeru agar BN berhenti menipu rakyat.

 

Di samping itu, Hasan turut berkata kementerian "tidak melihat apa-apa sebab untuk mereka (para pedagang) untuk menaikan harga makanan sebagai kesan dari kenaikan petrol."

 

Kenyataan sebegini amat mengelirukan dan ada unsur penipuan.

 

Apakah kerajaan BN lupa apa yang terjadi di 2010, di mana mereka membuat keputusan untuk membuat kenaikan 5-dalam-1, yakni RON95, RON97, diesel, gula dan juga gas cecair memasak.

 

Harga petrol RON95 akan meningkat sebanyak 5 sen ke RM1.90 manakala harga LPG dan gula akan naik sebanyak 5 sen dan 20 sen sekilo ke paras RM1.90 dan RM2.10 sekilogram. Diesel pula dijual pada RM1.80.

 

Ketika itu, PEMANDU juga telah mengeluarkan kertas "Subsidy Rationalisation Factsheet1" untuk menunjukkan bahawa impak kenaikan itu akan mempunyai kesan minima pada harga makanan.

 

Diiklankan di media, PEMANDU menunjukkan bahawa harga teh tarik dan kopi susu yang berharga RM1.20 secawan hanya akan meningkat kurang daripada 0.8 sen, iaitu hampir ke RM1.21 secawan dengan program pengurangan subsidi kerajaan.

 

Tapi, manalah ada penjaja yang akan meningkatkan harga secawan teh tarik mahupun kopi tarik pada kadar 0.8 sen atau 0.83%?

 

Kini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan pula berkata harga makanan hanya akan meningkat 0.1% berdasarkan kajian mereka.

 

Jika teh tarik berharga RM1.20, apakah kini harga barunya ialah RM1.2012? Bagaimana penjaja nak kenakan harga itu?

Jika penjaja naikkan harga sebanyak 10sen, peratusan itu pun sudah mencapai 8.3%.

 

Kata ada penjaja yang sanggup naikkan pada kadar minima 5 sen (kerana syiling 1 sen tidak wujud lagi), peratusan itu adalah 4.15%.

 

Oleh itu, PAS menyarankan kerajaan BN untuk berhenti menipu rakyat.

 

Peningkatan kos bahan api seperti RON95 dan diesel akan meningkatkan kos pengangkutan.

 

Kos pengangkutan ini akan ditanggung pengguna akhirnya. Bagi secawan teh tarik, daun tehnya, gulanya dan susunya semua terlibat kos pengangkutan. Maka secara langsung, harga secawan teh tarik akan naik harga, dan harga lebihan itu akan ditanggung pengguna.

 

Dan sudah tentu kadar itu akan melebihi 0.1% seperti yang "dibuktikan" oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.

 

PAS melihat seruan kerajaan untuk para peniaga tidak menaikkan harga sebagai satu yang membinggungkan.

 

Kalau kerajaan tidak mahu peniaga menaikkan harga barangan, elok kerajaan jangan menaikkan harga minyak kerana peningkatan kos akhirnya terpaksa ditanggung oleh rakyat.

 

Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat

4 September 2013

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment