Tuesday, September 3, 2013

RG2011... Harga Minyak Naik Lagi: Siapa Untung?

 

Harga Minyak Naik Lagi: Siapa Untung?
Tarikh : Tuesday, September 03 @ 08:09:19 MYT
Topik : Artikel


MULAI tengah malam tadi, harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter berikutan pelaksanaan seterusnya dasar rasionalisasi subsidi.

Kalau masih ada yang belum lupa, harga semua bahan petroliam naik dengan banyak pada bulan Februari 2006 apabila bekas pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan dasar itu.

Kalau ada pembaca yang berminat, bolehlah baca disini. Saya tidak mahu mengulang ulas sebab kesannya lebih kurang sama sahaja.

Inilah demokrasi berpilihan raya. Sebelum dan ketika pilihan raya, semua pihak yang berebut kuasa akan menjanjikan yang terbaik – janji ditepati.

Kita pun janganlah terperanjat sangat kalau beban kewangan yang terpaksa kita tanggung tidak berhenti di sini. Tunggulah Belanjawan 2014 tidak berapa lama lagi.

Pengurangan subsidi menyebabkan harga minyak naik dan beban pengguna meningkat. Menteri Kewangan kata kenaikan terbaru ini akan menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion.

Di mana penjimatan itu akan dibelanjakan kita kena tahu. Harap-harap janganlah tumpu kepada bandar saja. Ingatlah siapa yang menyelamatkan BN pada 5 Mei lalu! 

Dilihat dari luar, nampak kerajaan boros. Belanja lawatan ke luar negara Perdana Menteri saja RM44.07 juta sejak Mohd Najib jadi PM lima tahun lalu. Belanja baik pulih dan ubah suai kediaman rasmi pula berapa?

Janganlah jadi cerita: Raja dalam dapur makan roti gula. Suri dalam rumah  buat kira-kira. Rakyat luar pagar hidup menderita.

Wallahualam.


A Kadir Jasin
http://kadirjasin.blogspot.com/

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment