Friday, September 6, 2013

RG2011... Hishammuddin setuju cadangan Rafizi, bersedia dipotong gaji

 

Hishammuddin setuju cadangan Rafizi, bersedia dipotong gaji

OLEH DIYANA IBRAHIM
September 06, 2013

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) bersetuju dengan cadangan supaya elaun menteri dan timbalan menteri dipotong sebagai langkah penjimatan kerajaan dan tidak kisah sekiranya elaun sebagai menteri dan wakil rakyat dipotong.

Hishammuddin berkata, cadangan itu boleh dibincang dan dipertimbangkan sekiranya ia dapat menurunkan defisit negara.

“Sebagai wakil rakyat  dan menteri saya sanggup elaun saya dipotong dalam usaha untuk berjimat. Jika pemotongan elaun saya boleh boleh membantu mengukuhkan ekonomi, saya tidak teragak-agak dan bersedia melakukannya.

“Pada saya secara peribadi saya tidak akan berkira sekiranya elaun saya dipotong kerana kita sebagai wakil rakyat perlu menjadi contoh sekiranya kita bersama dalam konteks penjimatan, rakyat dapat melihat,” katanya dipetik dari Sinar Harian.

Hishamuddin turut berbesar hati langkah pemotongan elaun ini disifatkan dapat bersama-sama merasai kesusahan rakyat selain membantu ekonomi negara.

Malah, katanya, langkah itu bukan sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan jika wakil rakyat bersatu hati  dalam berdepan waktu sukar mempertahankan ekonomi negara.

“Wakil rakyat kena hadapi kesusahan sedikit, perkara ini bukan lama. Jika kita teragak-agak melaksanakan perkara ini semua pihak akan terjejas jika ekonomi merundum,” katanya.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sebelum ini mendesak menteri dan timbalan menteri membayar wang petrol sendiri ekoran menyifatkan langkah Putrajaya menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen sebagai menghukum rakyat yang sudah sedia bergelut dengan kesempitan kewangan.

Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan turut mengecam pengumuman kenaikan harga petrol oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak munasabah ketika harga minyak mentah dunia masih murah. – 6 September, 2013.

 

 

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment