Wednesday, September 18, 2013

RG2011... OPS CANTAS - Berita jenayah minggu ke38

 

PIC OF THE DAY: Aksi anggota trafik yang sempat dirakam oleh orang awam ketika sedang membantu menolak kenderaan yang mengalami kerosakan di hadapan Masjid Negara, pagi tadi.
Gambar: PIC OF THE DAY: Aksi anggota trafik yang sempat dirakam oleh orang awam ketika sedang membantu menolak kenderaan yang mengalami kerosakan di hadapan Masjid Negara, pagi tadi.
PENAFIAN DARI PDRM MELAKA:
Sejak kebelakangan ini, pihak PDRM Melaka mendapati terdapat individu yang tidak bertanggungjawab yang telah bertindak menyebarkan maklumat palsu menerusi sms, facebook, whatapp dan sebagainya dengan mendakwa bahawa makkumat tersebut dikeluarkan oleh PDRM Melaka. Keadaan ini telah menimbulkan kerisauan dan kebimbangan masyarkat tehadap keselamatan mereka.

Pihak PDRM Melaka ingin menegaskan bahawa tiada sebarang kenyataan telah dikeluarkan mengenai sebarang ancaman dan lokasi-lokasi yang didakwa akan berlakunya kekacauan sebagaimana yang disebarkan. Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan untuk tidak merasa khuatir atau bimbang mengenai keselamatan mereka. Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak mempercayai sebarang maklumat yang tidak diketahui dari sumber yang tepat.

Sebarang kenyataan dari PDRM Melaka akan hanya dikeluarkan kepada orang ramai menerusi surat khabar, Laman Rasmi PDRM dan Facebook Polis Melaka. Untuk mendapatkan kepastian mengenai sesuatu maklumat atau kenyataan yang dikaitkan dengan PDRM Melaka, orang ramai boleh menghubungi talian 'hotline' PDRM Melaka 06-2851999.
OPS CANTAS KHAS BERKESAN

Shah Alam, Polis Kontinjen Selangor telah melancarkan 'Ops Cantas Khas' di mana ia telah bermula pada 17 Ogos 2013 yang lalu di mana dalam operasi ini beberapa lokasi sasaran seperti rumah-rumah, pusat-pusat hiburan serta kawasan-kawasan 'Hot Spot' telah diserbu oleh pasukan 'Task Force' yang telah dibentuk khas untuk operasi tersebut. 

Dalam perkembangan berikut sehingga 16 September 2013 seramai 16,112 orang telah diperiksa. Manakala dalam 'Ops Cantas Khas' melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) seramai 38,962 orang telah diperiksa.
Ketua Polis Selangor SDCP Dato' Pahlawan Mohd Shukri B. Dahlan menunjukkan gambar tatoo pada tubuh badan suspek yang ditahan.
Gambar: Ketua Polis Selangor SDCP Dato' Pahlawan Mohd Shukri B. Dahlan menunjukkan gambar tatoo pada tubuh badan suspek yang ditahan.
Gambar: Semasa sidang media.
Gambar: Semasa sidang media.
Gambar: Antara wartawan yang hadir.





















MASUK KE MALAYSIA UNTUK LAKUKAN JENAYAH

Pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang hari ini berjaya memberkas sekumpulan lelaki dan wanita yang berasal dari Benua Amerika Selatan dalam serbuan di sebuah rumah di Ampang, Selangor kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah.

Pihak polis turut merampas beberapa buah laptop pelbagai jenama, kamera pelbagai jenama, telefon bimbit, modem, dua keping passport warga Republik De Guatemala dan Malaysia dan beberapa dompet wanita pelbagai jenama. 

Hasil soal siasat, pihak polis mendapati salah seorang suspek warga Columbia yang ditahan turut dikehendaki polis dalam kes melarikan diri dalam tahanan polis pada 04 September tahun lalu semasa menaiki van polis dalam perjalanan menuju ke Mahkamah Petaling Jaya.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah.
Ketua Polis Selangor SDCP Dato' Pahlawan Mohd Shukri B. Dahlan menunjukkan antara barang kes yang dirampas.
Gambar: Ketua Polis Selangor SDCP Dato' Pahlawan Mohd Shukri B. Dahlan menunjukkan antara barang kes yang dirampas.
Gambar: Semasa sidang media Ketua Polis Selangor, SDCP Dato' Pahlawan Mohd Shukri bin Dahlan.
Gambar: Ketua Polis Selangor, SDCP Dato' Pahlawan Mohd Shukri bin Dahlan.
Gambar: Antara media yang hadir.























GENG 36 MAUT BERBALAS TEMBAKAN DENGAN POLIS

Buku dengan ruas. Itulah yang dapat digambarkan kepada situasi berbalas tembakan antara pihak polis dengan dua anggota kumpulan kongsi gelap yang telah maut dalam insiden terbabit. Anggota kumpulan Geng 36 yang diburu sejak dua tahun lalu terlibat dalam tujuh kes bunuh telah maut di tempat kejadian berhampiran pasar raya Tesco, Cheng, Melaka. Salah seorang penjenayah tegar itu merupakan bekas tahan Ordinan Darurat.

Pemeriksaan lanjut terhadap suspek menemui dua pucuk pistol automatik, sejumlah ganja dan lencana integriti Polis Diraja Malaysia yang disyaki untuk menyamar ketika melakukan jenayah. Semakan terhadap salah seorang suspek mempunyai 10 rekod jenayah di mana salah satunya cubaan membunuh di Johor manakala seorang lagi suspek mempunyai satu rekod berkaitan dadah.


Gambar: GENG 36 MAUT BERBALAS TEMBAKAN DENGAN POLIS      Buku dengan ruas. Itulah yang dapat digambarkan kepada situasi berbalas tembakan antara pihak polis dengan dua anggota kumpulan kongsi gelap yang telah maut dalam insiden terbabit. Anggota kumpulan Geng 36 yang diburu sejak dua tahun lalu terlibat dalam tujuh kes bunuh telah maut di tempat kejadian berhampiran pasar raya Tesco, Cheng, Melaka. Salah seorang penjenayah tegar itu merupakan bekas tahan Ordinan Darurat.      Pemeriksaan lanjut terhadap suspek menemui dua pucuk pistol automatik, sejumlah ganja dan lencana integriti Polis Diraja Malaysia yang disyaki untuk menyamar ketika melakukan jenayah. Semakan terhadap salah seorang suspek mempunyai 10 rekod jenayah di mana salah satunya cubaan membunuh di Johor manakala seorang lagi suspek mempunyai satu rekod berkaitan dadah.      SUMBER : AKHBAR KOSMO























OP CANTAS KHAS BESAR-BESARAN DI SABAH

Pihak polis akan mengadakan Op Cantas Khas secara besar-besaran di Sabah dalam waktu terdekat. Ini antara bertujuan untuk membanteras kongsi gelap dan individu yang terbabit dengan jenayah berat. Sejak dilancarkan, Op Cantas Khas telah menahan 4,806 orang daripada 122,255 orang yang diperiksa sehingga 6 September lalu.


Gambar: OP CANTAS KHAS BESAR-BESARAN DI SABAH      Pihak polis akan mengadakan Op Cantas Khas secara besar-besaran di Sabah dalam waktu terdekat. Ini antara bertujuan untuk membanteras kongsi gelap dan individu yang terbabit dengan jenayah berat. Sejak dilancarkan, Op Cantas Khas telah menahan 4,806 orang daripada 122,255 orang yang diperiksa sehingga 6 September lalu.      SUMBER : SINAR HARIAN
















POLIS KUALA LUMPUR TAHAN 18 SUSPEK DALAM OPS CANTAS KHAS 

Kuala Lumpur, Polis Kuala Lumpur menahan 18 individu menerusi Ops Cantas Khas sepanjang tempoh 24 jam lepas. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata mereka ditahan kerana disyaki terbabit dalam pelbagai kesalahan dan jenayah. 

"Kami tahan mereka yang dipercayai melakukan kesalahan jenayah seperti merusuh, mendatangkan cedera, curi dalam bangunan, samun berkawan dan bersenjata," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Tangkapan turut membabitkan kesalahan tipu, memiliki barang curi, khianat, ugutan jenayah, memasukkan dadah dalam badan, lari dari pusat tahanan dadah serta menyertai pertubuhan yang menyalahi undang-undang, katanya. 

Menurut Mohmad, mereka merupakan antara 252 individu yang diperiksa oleh polis di sekitar ibu negara, sepanjang tempoh itu. Selain itu polis juga memeriksa 163 kenderaan, katanya. 
Foto



















8,449 DITAHAN DALAM TEMPOH SEBULAN OPS CANTAS DILAKSANAKAN

Kuala Lumpur,  Seramai 8,449 orang yang terlibat dalam
pelbagai kesalahan jenayah telah ditahan dalam tempoh sebulan Ops Cantas Khas dilancarkan di seluruh negara.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata mereka merupakan daripada 202,839 orang yang diperiksa sejak 17 Ogos lepas melalui sekatan jalan raya, serbuan dan pemeriksaan dari rumah ke rumah.

"Daripada jumlah itu seramai 3,620 adalah kaum Melayu, India seramai 2,425 orang, 1,052 orang Cina manakala lain-lain bangsa seramai 1,352 orang," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata polis juga turut merampas 23 pucuk senjata api, 1,232 butir peluru serta 283 senjata yang dijadualkan.

"Antara lainnya kita merampas sebanyak 12 laras senapang angin buatan sendiri, sluck peluru (11), sebiji bom tangan," katanya.

Abdul Jalil berkata senjata yang dijadualkan yang dirampas terdiri daripada 25 bilah pedang, pisau (89), parang (83), kapak (7), batang besi tajam (16), tukul besi (12), buku lima (26), kayu panjang (4), kerambit (8), pistol tiruan (3), spanar hidup (3), dua kelopak peluru dan dua cota serta masing-masing satu stun gun, golok bersarung dan gari.

Beliau juga berkata daripada 124,095 kenderaan yang diperiksa, sebanyak 354 kenderaan curi dikesan. 

"Daripada 50,965 buah kereta yang diperiksa, 174 telah dirampas. Sementara daripada 61,979 buah motosikal yang diperiksa, 150 dirampas dan daripada 11,151 buah kenderaan lain-lain yang diperiksa 30 dirampas. Kesemunya kenderaan yang dirampas dipercayai dicuri," katanya.

Ops Cantas Khas dijalankan bagi membanteras kongsi gelap dan individu terbabit dengan jenayah berat di seluruh negara setelah jenayah keganasan melibatkan pembunuhan, rompakan, rogol dan pergaduhan dilaporkan meningkat termasuk pembunuhan dan cubaan bunuh golongan berprofil tinggi.

DUA SUSPEK SAMUN DAN ROGOL BERJAYA DITAHAN

Mangsa adalah seorang pelajar perempuan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berusia 18 tahun bersama teman lelakinya yang baru mendaftar masuk ke sebuah hotel bajet di Rawang telah didatangi dua lelaki menyamar sebagai polis untuk menyamun dan merompak. 

Mangsa telah dirogol secara bergilir-gilir oleh kedua-dua suspek terbabit dan mangsa juga turut menyerahkan wang tunai RM500 dan telefon bimbit sebagai alasan tidak dibawa ke balai polis atas kesalahan mereka. Mangsa dan teman lelakinya membuat laporan polis pada keesokan hari kejadian

Suspek yang berusia 25 dan 37 tahun itu telah berjaya ditahan pihak polis di pondok pengawal tapak projek lebuh raya, iaitu tempat salah seorang daripada suspek bekerja. 


Gambar: DUA SUSPEK SAMUN DAN ROGOL BERJAYA DITAHAN      Mangsa adalah seorang pelajar perempuan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berusia 18 tahun bersama teman lelakinya yang baru mendaftar masuk ke sebuah hotel bajet di Rawang telah didatangi dua lelaki menyamar sebagai polis untuk menyamun dan merompak.       Mangsa telah dirogol secara bergilir-gilir oleh kedua-dua suspek terbabit dan mangsa juga turut menyerahkan wang tunai RM500 dan telefon bimbit sebagai alasan tidak dibawa ke balai polis atas kesalahan mereka. Mangsa dan teman lelakinya membuat laporan polis pada keesokan hari kejadian      Suspek yang berusia 25 dan 37 tahun itu telah berjaya ditahan pihak polis di pondok pengawal tapak projek lebuh raya, iaitu tempat salah seorang daripada suspek bekerja.       SUMBER : BERITA HARIAN















POLIS KUALA LUMPUR TAHAN 18 SUSPEK DALAM OPS CANTAS KHAS 

Kuala Lumpur, Polis Kuala Lumpur menahan 18 individu menerusi Ops Cantas Khas sepanjang tempoh 24 jam lepas. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata mereka ditahan kerana disyaki terbabit dalam pelbagai kesalahan dan jenayah. 

"Kami tahan mereka yang dipercayai melakukan kesalahan jenayah seperti merusuh, mendatangkan cedera, curi dalam bangunan, samun berkawan dan bersenjata," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Tangkapan turut membabitkan kesalahan tipu, memiliki barang curi, khianat, ugutan jenayah, memasukkan dadah dalam badan, lari dari pusat tahanan dadah serta menyertai pertubuhan yang menyalahi undang-undang, katanya. 

Menurut Mohmad, mereka merupakan antara 252 individu yang diperiksa oleh polis di sekitar ibu negara, sepanjang tempoh itu. Selain itu polis juga memeriksa 163 kenderaan, katanya.
Foto
PGA TAHAN 19 WARGA MYANMAR DI SEMPADAN

Padang Besar, Sebanyak 19 warga Myanmar termasuk dua wanita ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika cuba meninggalkan negara ini melalui jalan sempadan di sini awal hari ini.

Ketua Kompani A, Batalion 3 PGA, ASP Rosdi Ghani berkata mereka ditahan berhampiran stesen keretapi Padang Besar kira-kira pukul 4 pagi ketika cuba memasuki Thailand melalui jalan keselematan itu.

Menurutnya salakan anjing di kawasan berkenaan membantu pihaknya mengesan kedudukan kumpulan itu yang berumur antara 20 dan 35 tahun dan kesemuanya ditahan dengan mudah walaupun ada yang cuba melarikan diri.

Rosdi yang mengetuai gerakan mengesan para pendatang asing itu berkata siasatan awal mendapati mereka yang telah bekerja di negara ini antara empat bulan dan lima tahun mahu pulang ke negara mereka berikutan operasi penguatkuasaan yang sedang giat dijalankan di Malaysia.

Mereka yang ditahan adalah pekerja dalam pelbagai sektor di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dan PGA percaya kehadiran mereka ke sempadan untuk pulang ke Myanmar melalui Thailand itu diurus oleh tekong darat, katanya.

Rosdi berkata selain memiliki mata wang Ringgit, para pendatang yang semuanya gagal menunjukkan dokumen perjalanan itu turut memiliki mata wang Myanmar. 


SEORANG LAGI LELAKI DIBERKAS POLIS

Kota Bharu - Seorang daripada lapan lelaki yang dicari polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian tembak di negeri ini diberkas semalam. 

Mohd. Rafi Ismail, 48, atau Mat Ropi ditahan pada pukul 11.45 pagi di hadapan Balai Polis Pengkalan Chepa di sini selepas wajahnya tersiar di dalam akhbar semalam.


Gambar: SEORANG LAGI LELAKI DIBERKAS POLIS      Kota Bharu - Seorang daripada lapan lelaki yang dicari polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian tembak di negeri ini diberkas semalam.       Mohd. Rafi Ismail, 48, atau Mat Ropi ditahan pada pukul 11.45 pagi di hadapan Balai Polis Pengkalan Chepa di sini selepas wajahnya tersiar di dalam akhbar semalam.      Sumber: Kosmo

PASUKAN KHAS JEJAK TAILONG MAN 

Melaka - Polis negeri ini semalam mengedarkan gambar dua lelaki bagi membantu pihak berkuasa menjejaki pemilik akaun Facebook bergelar Tailong Man yang diburu kerana kenyataannya di laman sosial itu hendak melancarkan gerakan balas dendam ke atas pasukan polis. 

Sehubungan itu, satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk menjejaki dua individu terbabit bagi mengetahui dalang sebenar yang mengemaskini status berbaur ancaman pada Jumaat lalu. 


Gambar: PASUKAN KHAS JEJAK   TAILONG MAN       Melaka - Polis negeri ini semalam mengedarkan gambar dua lelaki bagi membantu pihak berkuasa menjejaki pemilik akaun Facebook bergelar Tailong Man yang diburu kerana kenyataannya di laman sosial itu hendak melancarkan gerakan balas dendam ke atas pasukan polis.       Sehubungan itu, satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk menjejaki dua individu terbabit bagi mengetahui dalang sebenar yang mengemaskini status berbaur ancaman pada Jumaat lalu.       Sumber: Kosmo
SUSPEK DIKEHENDAKI:

Polis Kuala Lumpur memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan penama berikut untuk membantu siasatan kes curi motosikal dan beberapa kes samun di sekitar kawasan Dang Wangi dan Sentul. Penama mempunyai 2 waran tangkap...Lihat seterusnya..
Suspek Dikehendaki

Pihak Polis Kuala Lumpur memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan penama berikut untuk membantu siasatan kes curi motosikal dan beberapa kes samun di sekitar kawasan Dang Wangi dan Sentul. Penama mempunyai 2 waran tangkap di atas kesalahan trafik kerana tidak mempunyai lessen memandu. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan penama di atas boleh menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Insp Shaharudin Bin Rajab. No Telephone 019-3707628.

Nama : Andry Heriady Bin Nazari
Nama Panggilan : Ucok
No KPT : 931116-14-5101
Tarikh Lahir: 16/11/1993
Umur: 20 Tahun
Alamat Terakhir : No 139A, Kg, Chubadak Tambahan, Sentul 51000 Kuala Lumpur.
Gambar: Suspek Dikehendaki      Pihak Polis Kuala Lumpur memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan penama berikut untuk membantu siasatan kes curi motosikal dan beberapa kes samun di sekitar kawasan Dang Wangi dan Sentul. Penama mempunyai 2 waran tangkap di atas kesalahan trafik kerana tidak mempunyai lessen memandu.       Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan penama di atas boleh menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Insp Shaharudin Bin Rajab. No Telephone 019-3707628.      Nama : Andry Heriady Bin Nazari  Nama Panggilan : Ucok  No KPT : 931116-14-5101  Tarikh Lahir: 16/11/1993  Umur: 20 Tahun    Alamat Terakhir : No 139A, Kg, Chubadak Tambahan, Sentul 51000 Kuala Lumpur.






















TIGA LELAKI DITAHAN KES CUBAAN ROMPAK KEDAI EMAS

Kuala Lumpur, Tiga lelaki yang disyaki cuba merompak kedai emas Abdul Razak Jewellers di Jalan Lebuh Ampang di sini awal bulan ini, ditahan dalam Ops Cantas Khas di Sungai Petani, Kedah minggu lepas.

Lelaki berusia antara 21 hingga 25 tahun itu akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur untuk direman, kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur ACP Khairy Ahrasa.

"Kami percaya tiga lelaki yang ditahan itu merupakan suspek yang terlibat dalam kes cubaan merompak di Lebuh Ampang. Kami akan ambil mereka di Kedah untuk direman bagi membolehkan soal siasat dijalankan," katanya kepada pemberita hari ini.

Kejadian pada 3 Sept lepas itu turut menyebabkan pemilik kedai emas berkenaan Abdul Rasul Abdul Razak, 58, cedera di perut dan bahu kanan akibat terkena dua das tembakan ketika cuba menghalang empat penjenayah terbabit. 

Khairy berkata kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971.


POLIS TUMPAS SINDIKET PENIPUAN PINJAMAN PALSU, TAHAN LIMA LELAKI

Georgetown,  Polis menumpaskan sindiket penipuan yang mengaut keuntungan RM62,600 selepas menawarkan skim pinjaman palsu apabila menahan lima lelaki di sebuah premis, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri ACP Roslee Chik berkata suspek yang berumur 26 hingga 61 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) setelah membuat risikan sejak sebulan lalu.

"Sebanyak 29 laporan polis diterima berkaitan penipuan ini daripada mangsa di Pulau Pinang dan Kedah melibatkan kerugian berjumlah kira-kira RM62,600," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Polis turut merampas dua telefon bimbit, wang tunai RM570, sebuah kereta Honda Civic dan beberapa kad ATM dan kad kredit milik individu berbeza.

Modus operandi yang digunakan sindiket terbabit ialah mengiklankan pinjaman wang menggunakan nama 'Lim San Credit' yang dicetak dan ditampal di bangunan-bangunan kediaman, kedai, telefon awam dan tiang lampu elektrik di sekitar Pulau Pinang.

Mangsa yang tertarik dengan iklan itu menelefon suspek sebelum temujanji untuk menerangkan prosedur pinjaman itu diatur selain mangsa turut diminta memasukkan sejumlah wang sebagai syarat.

Peminjam yang terpedaya akan mengikut arahan suspek dan hanya menyedari tertipu setelah gagal menghubungi suspek beberapa hari kemudian untuk bertanyakan tentang pinjaman yang dimohon.

Beliau berkata siasatan polis mendapati sindiket itu menggunakan lima akaun Maybank milik beberapa penarik beca yang dipercayai penagih dadah dan pemilik akaun itu dibayar RM200 sebulan atau RM100 setiap dua minggu.

Suspek utama telah dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi 16 pertuduhan kerana menipu.

Polis meminta orang ramai yang pernah menjadi mangsa atau mempunyai maklumat supaya tampil membuat laporan, selain mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dan mempercayai iklan di tepi jalan yang menawarkan pinjaman mudah. 

ENAM ORANG DIKEHENDAKI DITAHAN: 
Enam lelaki yang mempunyai rekod dikehendaki polis, ditahan dalam Ops Cantas Khas di sekitar daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur awal pagi semalam. Suspek berusia 20 hingga 40-an itu ditahan dalam pemeriksaan di pusat hiburan dan hotel bajet di daerah ini semalam.


Gambar: ENAM ORANG DIKEHENDAKI DITAHAN: Enam lelaki yang mempunyai rekod dikehendaki polis, ditahan dalam Ops Cantas Khas di sekitar daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur awal pagi   semalam. Suspek berusia 20 hingga 40-an itu ditahan dalam pemeriksaan di pusat hiburan dan hotel bajet di daerah ini semalam.      Sumber: Akhbar Berita Harian














PAGAR TEBING SUNGAI GOLOK

Kota Bharu: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju dengan cadangan Polis Kelantan untuk membina tembok dan pagar di sepanjang 121 kilometer (km) tebing Sungai Golok. Tebing sungai berhampiran sempadan negara jiran akan diwartakan sebagai kawasan keselamatan bagi melumpuhkan kegiatan di pangkalan haram, sekali gus membanteras aktiviti penyeludupan senjata, dadah dan kemasukan penjenayah. 


Gambar: PAGAR TEBING SUNGAI GOLOK      Kota Bharu: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju dengan cadangan Polis Kelantan untuk membina tembok dan pagar di sepanjang 121 kilometer (km) tebing Sungai Golok. Tebing sungai berhampiran sempadan negara jiran akan diwartakan sebagai kawasan keselamatan bagi melumpuhkan kegiatan di pangkalan haram, sekali gus membanteras aktiviti penyeludupan senjata, dadah dan kemasukan penjenayah.       Sumber: Berita Harian

POLIS KELANTAN BURU DUA LELAKI BANTU SIASATAN KES TEMBAK

Kota Baharu, Polis Kelantan memburu dua lelaki berusia 29 dan 48 tahun bagi membantu 
siasatan kes tembak di Kampung Kemasin, Bachok dan Kampung Telosan, Pasir Puteh, tahun ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata penarik kereta, Mohd Rafi Ismail, 48, beralamat di Belakang Klinik Kemumin, Pengkalan Chepa di sini, diburu bagi membantu siasatan kes tembak yang mengakibatkan seorang lelaki berusia 50-an maut ketika sedang bersarapan bersama-sama keluarganya di sebuah warung di Kampung Kemasin, Februari lepas.

Suspek disyaki perancang utama kes pembunuhan itu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah Remaja di sini hari ini. 

Mazlan berkata polis turut memburu Mohd Khairul Ahmad Bostaman, 29, berasal dari Kampung Pengkalan Kubur, Kampung Raja, Terengganu bagi membantu siasatan kes tembak di Kampung Telosan pada Ogos yang mengakibatkan seorang penoreh getah maut.

"Suspek dikatakan sedang minum di sebuah warung bersama mangsa ketika kejadian tembakan itu berlaku dan menghilangkan diri selepas itu. 

"Kita percaya suspek terlibat sebagai 'penanda' (pointer) kepada penembak terbabit," kata Mazlan. 

Sementara itu, Mazlan berkata dua lagi iaitu Mohd Norfino Omar, 30, dan rakannya, Mohd Al Badawi Ab Kadir, 26, diburu kerana disyaki terlibat dengan jenayah peras ugut di Kok Lanas di sini pada kira-kira 7 malam semalam.

"Kedua-dua mereka juga disyaki terlibat dalam kes tetak dan simbah asid yang berlaku di Padang Purut, Nilam Puri pada Februari tahun lepas," tambahnya.

POLIS PERAK TAHAN TIGA INDIVIDU DIPERCAYAI ANGGOTA KONGSI GELAP

Ipoh,  Polis Perak menahan tiga individu dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap ketika serbuan dalam Op Cantas Khas di Taman Harmoni, Buntong di sini malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata operasi selama empat jam bermula pukul 9 malam itu hasil risikan polis serta permintaan penduduk di sekitar kawasan itu.

Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti kumpulan kongsi gelap yang disertai mereka. 

Sum berkata dalam operasi itu polis memeriksa 223 individu serta 45 buah kenderaan dan daripada jumlah itu lapan orang dibawa ke balai polis untuk dokumentasi.

"Lapan lelaki ini mempunyai tatoo di badan serta memiliki senjata dan dalam senarai dikehendaki polis," katanya.

Ops Cantas itu melibatkan 192 pegawai dan anggota polis terdiri daripada Pasukan Gerakan Am, Jabatan Siasatan Jenayah serta anggota trafik. -

173 BUTIR PELURU DITEMUI DI TEMPAT BUANG SAMPAH 

Kota Bharu,  Sebanyak 173 butir peluru hidup pelbagai jenis ditemui di dalam guni di kawasan pembuangan sampah di belakang sebuah hotel murah di Jalan Pintu Pong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata peluru untuk senapang patah itu ditemui seorang pengawal keselamatan hotel kira-kira pukul 8 malam. 

Peluru tersebut dari jenis Eley Grand Prix (99 butir), Winchester Upland (50 butir) dan Eley Alphamax Waterproof (24 butir). 

Azham berkata peluru itu dipercayai tidak digunakan untuk tujuan jenayah. 
POLIS TAHAN DUA ANGGOTA 'GENG SHAN' AKTIF SAMUN KERETA

Kuala Lumpur,  Polis menahan dua anggota 'Geng Shan' yang aktif menyamun kereta sejak dua tahun lepas di sekitar Lembah Klang, serta merampas pelbagai barangan termasuk empat buah kereta bernilai RM400,000. 

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata lelaki berumur 21 dan 23 tahun itu ditahan di lokasi berasingan iaitu di Jalan Tun Sambanthan dan pekan Brickfields pada Selasa lepas. 

Beliau berkata suspek pertama ditahan ketika polis mengekori kereta jenis Honda Civic dipandunya dalam keadaan mencurigakan, dari Jalan Klang Lama sehingga ke lorong belakang Jalan Tun Sambanthan, kira-kira 7.45 malam. 

"Polis mengekori kereta tersebut kerana berdasarkan maklumat orang awam, kereta itu kerap melakukan jenayah langgar belakang dan samun kereta," katanya pada sidang media di sini hari ini. 

Beliau berkata beberapa jam kemudian, polis mengesan seorang lagi suspek sedang memandu sebuah kereta Honda Civic di Brickfields dan menahannya yang membawa kepada penemuan dua lagi kereta di sebuah kawasan parkir berdekatan. 

Polis turut merampas beberapa telefon bimbit dan serangkai anak kunci kereta daripada suspek itu. 

"Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam 10 kes langgar belakang dan samun kereta di daerah ini dengan empat kes yang dapat dikenal pasti berlaku di Taman Sri Sentosa. 'Modus operandi kumpulan tersebut adalah berlegar-legar di sekitar kawasan itu dengan bersenjatakan pistol tiruan atau parang," katanya sambil menambah mangsa yang bersendirian dalam kereta menjadi sasaran utama. 

Muhammad Azlee berkata polis masih mencari seorang lagi suspek dipercayai ketua kumpulan itu yang dikenali sebagai "Shan" berumur 32 tahun. 

"Kumpulan tersebut juga dipercayai cuba menyeludup kereta yang dicuri untuk dijual ke negara jiran," katanya.


SENAPANG TIRUAN MILIK GENG 04 DIRAMPAS

Pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) telah menemui senapang menyerupai 'shot gun', 'rifle bush-master' dan 'AK 47' serta sebilah pedang daripada Geng 04 dalam serbuan ke sebuah rumah di Alma, Bukit Mertajam, tiga hari lalu.

Tiga daripada lima suspek adalah ahli Geng 04 berdasarkan tatu Swastika dan syiling Cina pada bahagian badan mereka. Siasatan awal mendapati suspek menggunakan senjata tiruan untuk melakukan jenayah di sekitar daerah ini. Kesemua suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut.


Gambar: SENAPANG TIRUAN MILIK GENG 04 DIRAMPAS      Pihak polis  dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) telah menemui senapang menyerupai 'shot gun', 'rifle bush-master' dan 'AK 47' serta sebilah pedang daripada Geng 04 dalam serbuan ke sebuah rumah di Alma, Bukit Mertajam, tiga hari lalu.      Tiga daripada lima suspek adalah ahli Geng 04 berdasarkan tatu Swastika dan syiling Cina pada bahagian badan mereka. Siasatan awal mendapati suspek menggunakan senjata tiruan untuk melakukan jenayah di sekitar daerah ini. Kesemua suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut.      SUMBER : AKHBAR SINAR HARIAN
















POLIS KUALA LUMPUR TAHAN 22 SUSPEK DALAM OPS CANTAS KHAS


Kuala Lumpur, Polis Kuala Lumpur menahan 22 individu menerusi Ops Cantas Khas sepanjang tempoh 24 jam lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata mereka ditahan kerana disyaki terbabit dalam pelbagai kesalahan dan jenayah.

"Kita tahan mereka yang dipercayai melakukan kesalahan jenayah seperti curi, tidak memiliki pasport (Akta Imigresen 1959/63), menyertai pertubuhan yang menyalahi undang-undang, memiliki senjata berbahaya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tangkapan turut membabitkan kesalahan gagal menunjukkan kad pengenalan, samun berkawan, pecah rumah, dan curi dalam bangunan, katanya.

Menurut Mohmad mereka antara 235 individu yang diperiksa oleh polis di sekitar ibu negara sepanjang tempoh itu.

Selain itu polis juga memeriksa 182 kenderaan, katanya.
Foto
















POLIS TAHAN LIMA LELAKI DIPERCAYAI TERBABIT DALAM ROMPAKAN BERSENJATA API

Alor Setar, Polis menahan lima lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian rompakan bersenjata api di sebuah kedai pengumpulan getah di Pokok Sena dekat sini pada 4 Sept lepas.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi itu, dua lelaki bersenjatakan dua pucuk pistol dan sebilah parang berjaya melarikan wang tunai berjumlah RM35,000 dengan sebuah kereta jenis Perodua Viva.

Katanya tangkapan itu dibuat bermula 9 Sept hingga semalam secara berasingan dan lima suspek itu berusia antara 20 hingga 40 tahun berasal dari Jitra dan Kepala Batas dekat sini.

"Suspek ditahan di sekitar daerah Kota Setar, dipercayai ada ketua mereka dan kita sedang siasat untuk tangkap mereka jika ada," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas sepucuk pistol jenis revolver dan 12 butir peluru yang dipercayai digunakan semasa rompakan terbabit.

Ahmad berkata dua daripada lima suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau dan pihaknya masih menjalankan siasatan sama ada semua suspek yang ditahan terlibat dalam kes lain.

"Setakat ini kita berjaya selesaikan kes rompakan bersenjata di kedai getah sekerap itu. Kita percaya pistol yang kita rampas sama dengan pistol yang digunakan untuk merompak," katanya. 

Beliau berkata kesemua suspek yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata api.

TUJUH KUMPULAN SAMSENG CUBA CARI PENGARUH DI SIBU 

Sibu,  Polis mengenal pasti tujuh kumpulan samseng baharu yang mahu bertapak di bandar ini, kata Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail. 

Beliau berkata anggota mereka termasuk yang sedang di bawah pemerhatian polis dan terutamanya bekas pesalah dadah yang telah dihukum. 

Bercakap kepada pemberita selepas mengetuai Ops Cantas malam tadi, beliau berkata kumpulan itu mempunyai antara lapan dan 15 anggota yang terbabit dalam kecurian motosikal dan pergaduhan. 

"Walaupun mereka merupakan kumpulan samseng ekoran jumlah anggota yang kecil dan dianggap kurang berbahaya, kita akan terus memantau mereka. 

"Kita mahu mencegah mereka daripada menjadi geng," katanya. 

Ops Cantas tersebut yang melibatkan lapan pegawai dan 96 anggota dari empat balai bermula 8 malam hingga 2 pagi. 

Shafie berkata sekatan jalan raya diadakan di semua jalan utama termasuk jalan keluar dari bandar ini. 

Sejumlah 120 kenderaan, 227 motosikal dan 186 individu diperiksa. Pemeriksaan turut diadakan di premis hiburan dan hotel murah yang keseluruhan seramai 15 suspek berkaitan penyalahgunaan dadah ditahan. 

Beliau berkata daripada jumlah itu, lima termasuk dua wanita berumur sekitar 20-an hingga 40-an didapati positif. 

POLIS SERDANG TAHAN ANGGOTA GENG 08 

Bangi, Seorang lelaki dipercayai anggota Geng 08 ditahan dalam Ops Cantas di Taman Sri Serdang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Abd Razak Elias berkata lelaki berumur 36 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11.20 malam di dalam sebuah kereta Toyota Harrier. 

Beliau berkata turut dirampas ialah sehelai jaket yang mempunyai lambang polis integriti, baju hujan polis serta baju T yang mempunyai lambang pistol yang biasa digunakan oleh anggota polis, sepaket kecil Syabu serta sebilah pisau Rambo. 

"Kita percaya dia anggota Geng 08 berdasarkan tatu geng itu yang terdapat pada lengan kanan serta dadanya," katanya kepada pemberita pada majlis penutupan Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Polis Selangor di German Malaysia Institute di sini hari ini. 

Abd Razak berkata pihaknya percaya barangan yang dirampas dari suspek yang bekerja sendiri itu digunakan untuk kegiatan jenayah. 

Pada majlis yang disempurnakan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan itu, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang memenangi kejohanan. 

Kejohanan tersebut sebagai persiapan polis Selangor sebelum bertanding di peringkat kontinjen di Pulau Pinang selama dua hari mulai 28 Sept ini. 

Kontinjen Selangor muncul johan sebanyak lapan kali berturut-turut sejak 2005. 

POLIS PULAU PINANG TAHAN 18 INDIVIDU DALAM OP CANTAS KHAS

Georgetown,  Polis Pulau Pinang menahan 18 individu termasuk tujuh wanita warga asing atas pelbagai kesalahan dalam Op Cantas Khas yang dijalankan di lima pusat hiburan di seluruh negeri awal hari ini. 

Sebanyak 14 pasukan polis terdiri daripada pegawai dan anggota terbabit dalam operasi tujuh jam berakhir pukul 3 pagi ini di Seberang Perai, Queensbay, Persiaran Gurney dan sekitar pusat bandar. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Mazlan Kesah berkata empat daripada suspek lelaki berusia antara 20-an dan 30-an disyaki anggota geng 04 berdasarkan lambang tatu pada badan mereka.

"Lapan lelaki ditahan untuk siasatan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 manakala tujuh wanita warga Vietnam yang bekerja sebagai pelayan pelanggan ditahan atas kesalahan imigresen," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata beberapa paket dadah pelbagai jenis ditemui bertaburan di atas lantai dipercayai sengaja dicampak pengunjung pusat hiburan yang menyedari kehadiran polis.

Mazlan berkata polis turut menjumpai tiga batang rotan sebesar pergelangan tangan dan tiga cota di dalam sebuah premis di Persiaran Gurney dipercayai digunakan sebagai senjata pergaduhan.

Sementara itu, Mazlan berkata polis turut merampas 12 set komputer yang diubah suai menjadi mesin judi dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Seberang Perai Selatan serta menahan tiga lelaki atas kesalahan perjudian.

Katanya seorang pemilik premis boleh didakwa mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman denda RM10,000 bagi setiap mesin judi atau penjara lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Selain itu, dua pemain judi akan siasat mengikut Seksyen 7 (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan dan denda tidak melebihi RM5,000.


POLIS MARIN MAHU KAWALAN PANTAI DIPERLUAS

Kota Kinabalu,  Polis marin mahu operasi kawalan pantai di Sabah diperluas sebanyak lima batu nautika bagi menjamin keselamatan penduduk di sekitar pantai dan pulau, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Seri Salleh Mat Rasid.

"Dengan adanya jarak kawalan yang lebih, polis marin atau Polis Diraja Malaysia akan dapat menumpukan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat dengan lebih cepat," katanya kepada pemberita pada majlis Ekspedisi Julang Jalur Gemilang di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum ini polis marin hanya diberi had kawalan kawasan meliputi sungai, tasik, pesisiran pantai, pulau, pelabuhan serta aset yang terdapat di pesisiran pantai.

"Apabila adanya lima batu nautika ini, ia adalah kawasan yang sepatutnya dikawal oleh pihak polis kerana masyarakat yang ada dikawasan ini khususnya para nelayan, pelabuhan dan pulau yang dihuni manusia amat memerlukan perlindungan di samping bekalan aset yang bersesuaian," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya di majlis itu, beliau berkata ekspedisi yang telah dijalankan untuk membawa Jalur Gemilang merentasi Laut China Selatan dari Endau, Johor ke Kuching, Sarawak dengan jarak 480 batu nautika (889 km) tanpa henti telah mencapai matlamatnya.

"Ekspedisi ini merupakan salah satu pengisian bagi memeriahkan lagi sambutan hari kebangsaan yang ke-56 dan sambutan jubli emas penubuhan persekutuan Malaysia ke-50 di samping menzahirkan rasa tanda penghargaan kepada wira-wira negara yang telah berjuang mempertahankan kedaulatan Malaysia dalam peristiwa pencerobohan pada awal Mac tahun ini," katanya.

Ekspedisi bermula dari Pulau Langkawi, Kedah pada 30 Ogos lalu menyusuri pantai dengan menggunakan bot Belacak yang diiringi pasukan polis marin.

SUSPEK DIKEHENDAKI:

Pada 11/09/2013, semasa Polis Kuala Lumpur menjalankan Op Cantas di peringkat kontinjen telah berjaya menangkap 2 lelaki India di Brickfields bersabit kes-kes samun melarikan kenderaan. Kedua-dua suspek berumur di antar...Lihat seterusnya..
Pada 11/09/2013 Pihak Polis Kuala Lumpur dalam menjalankan Op Cantas diperingkat kontinjen telah berjaya menangkap 2 lelaki india di kawasan brickfields bersabit kes-kes samun melarikan kenderaan. Kedua-dua suspek berumur di antara 21 hingga 23 tahun. Pihak Polis Kuala Lumpur berjaya merampas 4 buah kenderaan yang disamun daripada kumpulan ini, iaitu dua buah kereta Honda Civic, sebuah Mitsubishi Triton dan sebuah kereta Toyota Hilux. Siasatan lanjut mendapati kereta-kereta tersebut dilaporkan telah disamun di Rahang, Negeri Sembilan, Kelana Jaya, Klang Shah Alam, Selangor melibatkan kerugian sebanyak RM 305,000.00.

Pihak Polis Kuala Lumpur menghendaki seorang lelaki India untuk tampil membantu siasatan dan pohon orang ramai yang mempunyai maklumat untuk berhubung dengan Insp Tan Tiong Guan (03-90516222) D4 IPD Brickfields atau Insp Sekaran (03-21460613) D4 IPK KL.

Suspek Dikehendaki 

Nama: Vijianthiran A/L Chandra Sekaran.
KPT : 800322-05-5537
Alamat Terakhir : No 39 Lorong Jujur Kanan 9, Taman Jujur, Seremban, Negeri Sembilan.
Gambar: Pada 11/09/2013 Pihak Polis Kuala Lumpur dalam menjalankan Op Cantas diperingkat kontinjen telah berjaya menangkap 2 lelaki india di kawasan brickfields bersabit kes-kes samun   melarikan kenderaan. Kedua-dua suspek berumur di antara 21 hingga 23 tahun. Pihak Polis Kuala Lumpur berjaya merampas 4 buah kenderaan yang disamun daripada kumpulan ini, iaitu dua buah kereta Honda Civic, sebuah Mitsubishi Triton dan sebuah kereta Toyota Hilux. Siasatan lanjut mendapati kereta-kereta tersebut dilaporkan telah disamun di Rahang, Negeri Sembilan, Kelana Jaya, Klang Shah Alam, Selangor melibatkan kerugian sebanyak RM 305,000.00.      Pihak Polis Kuala Lumpur menghendaki seorang lelaki India untuk tampil membantu siasatan dan pohon orang ramai yang mempunyai maklumat untuk berhubung dengan Insp Tan Tiong Guan (03-90516222) D4 IPD Brickfields atau Insp Sekaran (03-21460613) D4 IPK KL.      Suspek Dikehendaki       Nama: Vijianthiran A/L Chandra Sekaran.  KPT : 800322-05-5537  Alamat Terakhir : No 39 Lorong Jujur Kanan 9, Taman Jujur, Seremban, Negeri Sembilan.



















Two men, suspected to be Gang 04 and Gang 36 members, were shot dead during a shootout with police
Two men, suspected to be Gang 04 and Gang 36 members, were shot dead during a shootout with police













9 warga asing tak sempat sampai destinasi

KLANG - Cubaan seludup sembilan warga asing termasuk seorang wanita ke negara jiran berjaya disekat, selepas sepasukan Polis Marin melakukan operasi kira-kira 3 batu nautika dari Pantai Kuala Selangor, Selasa lalu.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Pelabuhan Klang, Norzaid Muhammad Said berkata, dalam operasi kira-kira jam 11.30 malam itu, pihaknya menahan sebuah bot yang dalam perjalanan menuju ke Indonesia.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas bot menemui dua lelaki Pakistan, dua lelaki Bangladesh, tiga lelaki Indonesia serta dua warga Somalia masing-masing seorang lelaki dan wanita.

"Turut ditahan seorang tekong dan seorang awak-awak bot warga Indonesia.

"Siasatan lanjut kemudiannya membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun yang disyaki bertindak sebagai tekong darat yang bertanggungjawab dalam kejadian," katanya, semalam.

Norzaid berkata, semua penumpang bot ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963, manakala tiga suspek yang bertindak sebagai tekong serta awak-awak ditahan untuk siasatan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran (Pindaan 2010).

Menurutnya, semua suspek dan penumpang ditahan termasuk bot dibawa ke markas Pasukan Gerakan Marin untuk tindakan selanjutnya. - Sinar Harian Online
9 warga asing tak sempat sampai destinasi      KLANG - Cubaan seludup sembilan warga asing termasuk seorang wanita ke negara jiran berjaya disekat, selepas sepasukan Polis Marin melakukan operasi kira-kira 3 batu nautika dari Pantai Kuala Selangor, Selasa lalu.      Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Pelabuhan Klang, Norzaid Muhammad Said berkata, dalam operasi kira-kira jam 11.30 malam itu, pihaknya menahan sebuah bot yang dalam perjalanan menuju ke Indonesia.      Beliau berkata, pemeriksaan ke atas bot menemui dua lelaki Pakistan, dua lelaki Bangladesh, tiga lelaki Indonesia serta dua warga Somalia masing-masing seorang lelaki dan wanita.      "Turut ditahan seorang tekong dan seorang awak-awak bot warga Indonesia.      "Siasatan lanjut kemudiannya membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun yang disyaki bertindak sebagai tekong darat yang bertanggungjawab dalam kejadian," katanya, semalam.      Norzaid berkata, semua penumpang bot ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963, manakala tiga suspek yang bertindak sebagai tekong serta awak-awak ditahan untuk siasatan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran (Pindaan 2010).      Menurutnya, semua suspek dan penumpang ditahan termasuk bot dibawa ke markas Pasukan Gerakan Marin untuk tindakan selanjutnya. - Sinar Harian Online

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment