Monday, September 2, 2013

RG2011... OPS CANTAS - Berita seluruh negara

 

SIDANG MEDIA PDRM
Bertempat di Pusat Media IPK Kedah Senior DCP Dato' Ahmad Bin Ibrahim, telah mengadakan sidang media berkaitan penangkapan 5 orang Ahli Kumpulan Kongsi Gelap pada 30.08.2013, tangkapan dibuat di Bukit Kayu Hitam dan Kulim. Kelima-limanya kini ditahan untuk siasatan lanjut.
Foto
Foto
Foto
Foto























62 DITAHAN DALAM 52 SERBUAN:
 Polis Johor menahan 62 individu dalam 52 serbuan yang dibuat di Johor sempena Ops Cantas Khas, semalam. Timbalan Ketua Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nor Azizan Anan berkata, kesemua yang ditahan berumur antara 18 hingga 45 tahun dan dipercayai terlibat dengan pelbagai kegiatan jenayah di negeri berkenaan.


Gambar: 62 DITAHAN DALAM 52 SERBUAN: Polis Johor menahan 62 individu dalam 52 serbuan yang dibuat di Johor sempena Ops Cantas Khas, semalam. Timbalan Ketua Siasatan Jenayah   negeri, Asisten Komisioner Nor Azizan Anan berkata, kesemua yang ditahan berumur antara 18 hingga 45 tahun dan dipercayai terlibat dengan pelbagai kegiatan jenayah di negeri berkenaan.    Sumber: Sinar Harian





















3,000 DISIASAT POLIS KEDAH
 Polis Kedah telah melakukan siasatan terhadap lebih 3,000 individu dan menahan 58 individu yang berkaitan dengan kes jenayah sepanjang Ops Cantas dijalankan. Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, pihaknya menggerak
kan anggota secara aktif dan berskala bagi menumpaskan kegiatan kongsi gelap dan turut meningkatkan operasi di empat kawasan panas iaitu Alor Setar, Kulim, Sungai Petani dan Kubang Pasu.


Gambar: 3,000 DISIASAT: Polis Kedah telah melakukan siasatan terhadap lebih 3,000 individu dan menahan 58 individu yang berkaitan dengan kes jenayah sepanjang Ops Cantas dijalankan. Ketua Polis   Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, pihaknya menggerakkan anggota secara aktif dan berskala bagi menumpaskan kegiatan kongsi gelap dan turut meningkatkan operasi di empat kawasan panas iaitu Alor Setar, Kulim, Sungai Petani dan Kubang Pasu.      Sumber: Sinar Harian























POLIS KEDAH TAHAN LIMA LAGI SUSPEK AHLI KONGSI GELAP

Alor Setar, Lima lelaki dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap Geng 04 dan Geng 08 ditahan dalam Ops Cantas Khas di sini petang semalam dan awal pagi ini, menjadikan 183 suspek ahli kongsi gelap ditahan di Kedah setakat ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata empat lelaki dari Kubang Pasu berumur antara 20 hingga 30 tahun diberkas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam ketika cuba masuk ke Thailand, kira-kira 5.40 petang semalam.

"Polis mendapati semua empat lelaki itu mempunyai tatu lambang ahli kumpulan kongsi gelap dipercayai Geng 04 apabila diperiksa. Mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan," kata Ahmad pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kedah di sini, hari ini.

Seorang lagi lelaki berumur 21 tahun yang dipercayai anggota Geng 08 berdasarkan simbol pada badannya ditahan kira-kira 12.45 tengah malam tadi di Kulim, katanya.

Katanya menjadi ahli pertubuhan haram boleh didakwa mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya.


89 DITAHAN DALAM OPS CANTAS DI KUALA TERENGGANU

Kuala Terengganu,  Polis Terengganu menahan 89 individu termasuk 10 wanita di dua pusat hiburan di bandar raya ini dalam Ops Cantas Khas hari ini. 

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata kesemua yang ditahan berusia antara 20 dan 60-an dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bagi memeriksa rekod serta ujian saringan air kencing.

"Kita akan memeriksa kesemua rekod dan identiti mereka sama ada terlibat dengan jenayah atau memang orang yang dikehendaki polis," katanya kepada pemberita di sini selepas operasi dua jam itu berakhir pukul 3 pagi.

Jamshah berkata walaupun Terengganu bebas daripada gejala kongsi gelap polis akan terus melakukan pemeriksaan terutamanya di premis hiburan bagi membanteras kegiatan itu.

"Walaupun kita dapati tiada kongsi gelap di sini, kita tetap lakukan pemeriksaan kerana tidak mustahil kumpulan dari negeri lain datang ke sini untuk bersembunyi mengelak daripada diberkas," katanya.

311 DITAHAN DALAM OPS CANTAS

Selaras senapang angin buatan sendiri serta 12 senjata tajam terdiri parang dan pedang, dirampas sepanjang tempoh 24 jam, Ops Cantas Khas, di seluruh negara, berakhir pagi semalam.

Sepanjang operasi bermula ja
m 6 pagi kelmarin hingga pagi semalam, seramai 7,719 individu diperiksa dengan 311 ditahan kerana pelbagai kesalahan.

Ketu Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan, berkata selain senapang buatan sendiri, parang dan pedang itu, polis turut merampas enam bilah pisau, dua batang besi, sebatang kayu panjang dan dua senapang tiruan.


Gambar: 311 DITAHAN DALAM OPS CANTAS    Selaras senapang angin buatan sendiri serta 12 senjata tajam terdiri parang dan pedang, dirampas sepanjang tempoh 24 jam, Ops Cantas Khas, di seluruh negara, berakhir pagi semalam.    Sepanjang operasi bermula jam 6 pagi kelmarin hingga  pagi semalam, seramai 7,719 individu diperiksa dengan 311 ditahan kerana pelbagai kesalahan.    Ketu Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan, berkata selain senapang buatan sendiri, parang dan pedang itu, polis turut merampas enam bilah pisau, dua batang besi, sebatang kayu panjang dan dua senapang tiruan.    SUMBER : BERITA HARIAN




















LIMA LELAKI ADA TATU LAMBANG KONGSI GELAP DITAHAN

Lima lelaki dipercayai daripada dua ahli kumpulan kongsi gelap, ditahan dalam kejadian berasingan apabila badan mereka dikesan mempunyai simbol atau tatu kumpulan terbabit dalam Ops CantasKhas di Bukit Kayu Hitam dan Kulim, kelmarin.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berata dalam kejadian pertama sepasukan anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah diketuai Inspektor Hadi Mohamad menahan empat lelaki berusia antara 20 hingga 30-an.

Menurutnya semua lelaki berasal dari Jitra itu ditahan kerana tubuh dua daripada mereka mempuinyai simbol dipercayai dari kumpulan kongsi gelap 04 iaitu 49 pertubuhan yang diharamkan kerajaan.

SUMBER : HARIAN METRO
Gambar: LIMA LELAKI ADA TATU LAMBANG KONGSI GELAP DITAHAN    Lima lelaki dipercayai daripada dua ahli kumpulan kongsi gelap, ditahan dalam kejadian berasingan apabila badan mereka dikesan mempunyai simbol atau tatu kumpulan terbabit dalam Ops Cantas Khas di Bukit Kayu Hitam dan Kulim, kelmarin.    Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berata dalam kejadian pertama sepasukan anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah diketuai Inspektor Hadi Mohamad menahan empat lelaki berusia antara 20 hingga 30-an.    Menurutnya semua lelaki berasal dari Jitra itu ditahan kerana tubuh dua daripada mereka mempuinyai simbol dipercayai dari kumpulan kongsi gelap 04 iaitu 49 pertubuhan yang diharamkan kerajaan.    SUMBER : HARIAN METRO




















PEMANDU VAN TERSELAMAT DALAM CUBAAN SAMUN BERSENJATA

"Nasib baik ada polis ketika itu, kalau tidak saya tak tahu apa akan jadi pada saya", kata seorang pekerja penghantaran rokok yang cuba disamun tiga lelaki ketika memunggah bekalan rokok dari van ke sebuah restoran di Jalan Kuala Kangsar di sini, khamis lalu.

Mangsa yang berusia 49 tahun itu berkata, dalam kejadian 10.15 pagi itu, ketiga-tiga suspek dengan seorang daripadanya bersenjatakan pisau secara tiba-tiba datang dari belakang dan mengacu senjata itu serta menolaknya ke dalam van, sebelum meminta dia menyerahkan kunci van.

"Saya sedang punggah rokok di pintu sisi van dan secara tiba-tiba ditolak secara kasar ke dalam van serta dipaksa menyerahkan kunci. Kerana membimbangkan keselamatan, saya tidak melawan dan mengikut saja arahan penjenayah".

SUMBER : HARIAN METRO
Gambar: PEMANDU VAN TERSELAMAT DALAM   CUBAAN SAMUN BERSENJATA    "Nasib baik ada polis ketika itu, kalau tidak saya tak tahu apa akan jadi pada saya", kata seorang pekerja penghantaran rokok yang cuba disamun tiga lelaki ketika memunggah bekalan rokok dari van ke sebuah restoran di Jalan Kuala Kangsar di sini, khamis lalu.    Mangsa yang berusia 49 tahun itu berkata, dalam kejadian 10.15 pagi itu, ketiga-tiga suspek dengan seorang daripadanya bersenjatakan pisau secara tiba-tiba datang dari belakang dan mengacu senjata itu serta menolaknya ke dalam van, sebelum meminta dia menyerahkan kunci van.    "Saya sedang punggah rokok di pintu sisi van dan secara tiba-tiba ditolak secara kasar ke dalam van serta dipaksa menyerahkan kunci. Kerana membimbangkan keselamatan, saya tidak melawan dan mengikut saja arahan penjenayah".    SUMBER : HARIAN METRO























BEKAS PENJENAYAH MATI DITEMBAK

Seorang lelaki yang dipercayai pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat di Penjara Simpang Renggam, mati ditembak dari jarak dekat ketika melakukan upacara ritual di sebuah kuil di Taman Nusantara, Gelang Patah di sini semalam.

Ketika kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa K. Jaganathan, 37, yang memiliki lapan rekod jenayah berada dalam kuil berkenaan bersama isteri dan anak mereka sebelum dihampiri seorang lelaki lalu menembaknya.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, dipercayai dua lelaki bermotosikal terlibat dalam kejadian itu dengan seorang daripadanya memasuki kuil lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa sebelum melarikan diri.


Gambar: BEKAS PENJENAYAH MATI DITEMBAK    Seorang lelaki yang dipercayai pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat di Penjara Simpang Renggam, mati ditembak dari jarak dekat ketika melakukan upacara ritual di sebuah kuil di Taman Nusantara, Gelang Patah di sini semalam.    Ketika kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa K. Jaganathan, 37, yang memiliki lapan rekod jenayah berada dalam kuil berkenaan bersama isteri dan anak mereka sebelum dihampiri seorang lelaki lalu menembaknya.    Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, dipercayai dua lelaki bermotosikal terlibat dalam kejadian itu dengan seorang daripadanya memasuki kuil lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa sebelum melarikan diri.    SUMBER : UTUSAN MALAYSIA








INDEKS JENAYAH DI KEDAH TURUN 12 PERATUS

Alor Setar, 1 Sept -- Indeks jenayah di Kedah mencatat penurunan sebanyak 12 peratus bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kata Ketua Polis Negeri Datuk Ahmad Ibrahim.

Beliau berkata dalam tempoh itu, 5,214 kes dilapor berbanding 5,933 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

"Dari jumlah ini 2,199 kes berjaya diselesaikan dan bagi tempoh yang sama tahun lepas, sebanyak 2,777 kes diselesaikan," katanya kepada pemberita selepas majlis serah-terima tugas Timbalan Ketua Polis Kedah yang baru di Ibupejabat Kontinjen Kedah di sini hari ini.

Ahmad berkata berdasarkan kajian, jenayah kekerasan mencatat 1,117 kes manakala bagi tempoh yang sama tahun lepas, 1,153 kes dicatat iaitu menurun sebanayak 3.12 peratus.

"Penurunan indeks jenayah ini adalah kerana polis berjaya menyelesaikan banyak kes kecurian kenderaan serta dapat membendung kegiatan jenayah lain yang berkaitan dengan kecurian kenderaan," katanya.

Beliau berkata satu pasukan khas di bawah kendaliannya ditubuhkan bagi menangani aktiviti perjudian dan maksiat yang akan melancarkan operasi tanpa mengira kawasan dan waktu.


PASUKAN POLIS MARIN SEDIA BANTU DALAM OPERASI BERSEPADU KESAN PENDATANG TANPA IZIN

Pelabuhan Klang, 1 Sept - Pasukan Polis Marin s(PPM) entiasa dalam keadaan siapsiaga untuk membantu agensi penguatkuasa lain dalam operasi bersepadu mengesan dan menahan pendatang tanpa izin yang bermula di seluruh negara hari ini.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Datuk Isa Munir berkata buat masa ini anggotanya melaksanakan tugas hakiki menjaga kawasan perairan negara namun akan turut serta dalam operasi bersepadu itu di darat sekiranya diarahkan.

"Kami melakukan apa juga operasi sekiranya diarahkan bukan sahaja di perairan negara malah juga di darat," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas operasi bersepadu itu.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan ekspedisi mengibarkan Jalur Gemilang oleh pasukan bot peronda PPM dari Perlis ke Tawau di Markas Polis Marin Pulau Indah, dekat sini hari ini.
Isa berkata Polis Marin mengawal perairan negara dari sebarang pencerobohan anasir asing termasuk kemasukan pendatang asing tanpa izin terutamanya dari negara jiran.

"Mengikut maklumat, kebanyakan pendatang asing dari Indonesia dilihat memasuki negara melalui perairan bahagian selatan tanah air manakala pendatang dari Bangladesh, Nepal dan Thailand menggunakan perairan bahagian utara seperti perairan Pulau Langkawi. 

"Selain membanteras dan mencegah kemasukan pendatang tanpa izin, kami juga akan menurunkan pasukan khas bagi mengekang penyeludupan dan kegiatan rompakan laut yang membabitkan warga asing ini," katanya.

JANGAN BIMBANG SALUR MAKLUMAT KEPADA POLIS: 
Ketua komuniti di setiap kawasan disaran bekerjasama menyalurkan maklumat kepada polis bagi membanteras kadar jenayah berat di negara ini. Kerjasama komuniti amat penting dalam membantu pihak PDRM mengesan suspek dikehendaki polis.

Sumber: Akhbar Sinar Harian
Gambar: JANGAN BIMBANG SALUR MAKLUMAT KEPADA POLIS: Ketua komuniti di setiap kawasan disaran bekerjasama menyalurkan maklumat kepada polis bagi membanteras kadar jenayah berat di   negara ini. Kerjasama komuniti amat penting dalam membantu pihak PDRM mengesan suspek dikehendaki polis.    Sumber: Akhbar Sinar Harian


















DUA BERADIK ANTARA TIGA YANG DITAHAN MILIK SENJATA API BUATAN SENDIRI

Raub, 2 Sept - Tiga lelaki termasuk dua beradik ditahan kerana dipercayai memiliki senjata api buatan sendiri di Kampung Dong awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Raub, Supt Wan Shamsuddin Wan Osman berkata kira-kira pukul 1.45 pagi, polis menyerbu sebuah rumah dan menahan seorang suspek yang berumur 30 tahun dan menemui senapang patah buatan sendiri yang telah dileraikan di dalam rumahnya.

Polis juga merampas pemegang laras senapang patah dan pemegang laras yang diperbuat daripada kayu selain satu badan senapang patah bersama 10 butir peluru hidup bore 12.

Suspek mengaku telah membeli senjata tersebut daripada pasangan adik-beradik yang masing-masing berusia 30 dan 36 tahun.

Wan Shamsuddin berkata susulan itu polis menyerbu rumah dua beradik terbabit yang terletak tidak jauh dari rumah suspek pertama.

"Hasil pemeriksaan di dalam rumah dua beradik itu, polis menemui sebatang besi yang digunakan untuk membuat laras senapang patah, tujuh batang besi yang disyaki digunakan untuk membuat laras senapang patah dan sebatang kayu berbentuk senapang.

Beliau berkata pihak polis percaya kedua-dua beradik itu membuat senapang tersebut sebelum menjualnya.

Kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut kerana memiliki senjata tiruan dan memiliki senjata buatan sendiri.-

POLIS RAMPAS SYABU BERNILAI RM160,000 DARI ANGGOTA SINDIKET JO DENAN

Kota Bharu, 2 Sept - Polis menahan dua lelaki anggota sindiket Jo Denan yang dipercayai aktif mengedar syabu di negeri ini dan Terengganu serta merampas syabu bernilai kira-kira RM160,000.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata penahanan dan rampasan itu dibuat setelah kedua-duanya terlibat dalam nahas jalan raya di Wakaf Che Yeh semalam.

"Kereta yang dinaiki mereka yang datang dari Kuala Krai menuju Kota Bharu dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori yang dipakir di bahu jalan kira-kira 9.35 pagi," katanya.

Mereka yang berumur 31 dan 37 tahun mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan mencuri serta didapati aktif mengedar dadah yang dipercayai diambil dari negara jiran sejak Julai lepas.

"Suspek yang berusia 37 tahun dan berasal dari Negeri Sembilan mempunyai tiga rekod jenayah lampau manakala suspek yang berusia 31 tahun dan berasal dari Kota Baharu mempunyai 10 rekod jenayah lampau," katanya.

Hasil ujian saringan awal, kedua-duanya didapati positif methamphetamine dan mereka direman selama seminggu bermula hari ini.

Beliau berkata dengan tertangkapnya kedua-dua suspek, polis berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran syabu di Kelantan.

Seramai 311 orang ditahan dalam Operasi Cantas Khas (Op Cantas) di seluruh negara semalam yang dilakukan 118 pegawai kanan dan 688 anggota polis
Seramai 311 orang ditahan dalam Operasi Cantas Khas (Op Cantas) di seluruh negara   semalam yang dilakukan 118 pegawai kanan dan 688 anggota polis

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment