Wednesday, September 11, 2013

RG2011... Pelaburan dari Wang KWSP Makin Berkurangan bermula 2014

 

Apakah alasan yg diberikan KWSP ini logik?
Menaikkan kadar simpanan utk mengurangkan pengeluaran pelaburan di Unit Amanah?
Sedangkan pulangan utk pelaburan Unit Amanah adalah lebih besar drp Dividen KWSP sendiri.
Adakah ada 'udang di sebalik mee' dgn agenda ini?
 
Simpanan KWSP pada akhir tahun lepas melebihi RM400 Billion.
Banyak "project" spt keretapi laju Singapore ke KL yg perlukan Billion RM juga....
BR1M yg dipromis selepas harga petrol dinaikkan...
 
Kerajaan memerintah...pada rakyat akan buat berbagai tanggapan...
 
Paling tidak....tarik balik kenaikan kadar simpanan yg cuba diubah bermula 1.Jan.2014 ini..
Kami lebih suka melabur di Unit Amanah drp menyimpan di KWSP..
 
Contoh:
 
Umur 30:Kadar Simpanan Tetap (KST) = RM18,000 ke RM27,000 (Naik RM9,000)
Umur 40:KST = RM44,000 ke RM69,000 (Naik RM25,000)
Umur 50:KST = RM90,000 ke RM143,000 (Naik RM53,000)
 
Maka makin kuranglah peluang kita sebagai pemilik akaun utk menambah pelaburan di Unit Amanah...
Lainlah jika KWSP boleh berikan Dividen lebih 10% setahun....bukannya kadar purata 5% setahun.   
 
 
 
.................................................................................................................................................
 
KWSP Jangan Salah Guna Wang Pencarum Untuk Kepentingan Pihak Tertentu
Posted on Wednesday, September 11 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Artikel

KWSP Jangan menghadkan Hak Pencarum Untuk Melabur Dalam Unit Amanah

Menurut kenyataan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP, Dato' Ibrahim Taib baru-baru ini dalam laman sesawang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkata, "Perlaksanaan kadar caruman penuh sehingga umur 60 tahun ini akan membantu ahli menambah simpanan bagi jangka panjang untuk persaraan mereka.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga membuat keputusan untuk meningkatkan simpanan minimum pencarum untuk memastikan mereka mempunyai lebih wang semasa hari tua, tetapi ini secara tidak langsung akan mengurangkan pelaburan dalam industri unit amanah.

Peraturan baru KWSP untuk mengurangkan pelaburan dalam unit amanah ditetapkan pada ketika peningkatan kos menunjukkan simpanan pencarum tidak mencukupi untuk menampung kehidupan semasa bersara selepas berumur 55, lima tahun di bawah umur persaraan ditetapkan kerajaan iaitu 60.

KWSP telah menyemak semula Simpanan Asas ke kadar yang lebih tinggi, di mana ahli kini perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM196,800 simpanan KWSP menjelang umur 55 (atau bersamaan RM820 sebulan untuk tempoh 20 tahun, dari umur 55 sehingga 75). Kadar Simpanan Asas baharu yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014 telah ditanda aras dengan pencen minimum semasa pekerja sektor awam sebanyak RM820 sebulan agar pendapatan bulanan ahli tidak jatuh di bawah garis kemiskinan.

Kita menerima aduan dari orang ramai yang tidak setuju dengan cadangan tersebut kerana menurut mereka berkenaan peraturan KWSP untuk had pengeluaran untuk pelaburan unit amanah adalah amat dikesalkan kerana sudah jelas dan nyata, kerajaan hanya cuba mengekang pengaliran wang keluar atas kepentingan pihak tertentu.

Sekiranya tujuan utama adalah untuk memastikan setiap pencarum mencapai jumlah tertentu (yang lebih tinggi dari tetapan sekarang), maka caruman yang perlu dipertingkatkan, pulangan (dividen) diberikan lebih tinggi dan lebih digalakkan untuk melabur ke unit amanah kerana telah terbukti pelaburan terus ke unit amanah telah membantu ramai pencarum bersara dengan lebih amaun persaraan. Sememangnya ulasan yang diberikan oleh pihak KWSP amat dangkal.

Dengan peraturan baru ini nanti, ianya memberi kesan kepada pendapatan pencarum yang melabur dalam unit amanah dan juga memberi pulangan yang sedikit kepada pencarum dalam KWSP sebab dividen yang diterima dari KWSP setiap tahun kurang dari hasil pelaburan dalam unit amanah.

Kita mengesa pihak KWSP menarik balik peraturan dan mengkaji semula cadangan tersebut kecuali pihak KWSP dapat memberi jaminan kepada pencarum dengan memberi pulangan yang lebih menarik dan menguntungkan para pencarum. Para pencarum yakin hanya dengan melabur dalam unit amanah tertentu dapat memberi pulangan yang lebih baik dan menguntungkan dari hanya menyimpan dalam KWSP tanpa memberi sebarang faedah yang menguntungkan pencarum.

Kita tidak mahu pihak KWSP menghadkan pihak pencarum dari menggunakan hak dan juga simpanan mereka dari membuat pelaburan dan sebagainya.

Walaupun pihak KWSP mengatakan untuk membantu ahli menambah simpanan bagi jangka panjang untuk persaraan mereka tetapi kita khuatir ada agenda tertentu disebalik peraturan baru itu kerana sekarang kerajaan BN sudah kekeringan dana untuk menunaikan janji PRU13 yang lalu akibat janji untuk menaikkan BR1M dan sebagainya.

Harap perkara ini dikaji semula dengan sebaik mungkin agar ianya tidak merugikan pencarum dalam jangka masa panjang. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini amat dihargai.

Jofri Jaraiee

PAS Sarawak

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment