Tuesday, September 3, 2013

RG2011... Surcaj bahan api kargo naik ekoran harga minyak

 

Surcaj bahan api kargo naik ekoran harga minyak
Tarikh : Tuesday, September 03 @ 16:36:59 MYT
Topik : Berita


Syarikat pengangkutan kontena Taipanco Sdn Bhd akan menaikkan surcaj bahan api kargo daripada kadar tarif 16.19 peratus kepada 18.2 peratus, sebagai kesan daripada kenaikkan terbaru diesel sebanyak 20sen yang bermula tengah malam tadi.

Kadar pengangkutan berbeza mengikut kawasan. Tetapi secara umum,  kadarnya RM100, ini bermakna pelanggan harus membayar tambahan RM18.20 untuk Faktor Penyelarasan Bahan Api (FAF)," kata Naib Presiden Association of Malaysian Hauliers.

"Ketika harga diesel sebanyak RM1.80 seliter, mereka membayar RM16.19. Kami akan maklumkan pelanggan kami tentang FAF baru hari ini."

Ketika dihubungi, Nazari berkata, jadual FAF ditetapkan oleh industri itu semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang membawa kepada turun naik harga minyak kerana pengurangan subsidi.

Bagaimanapun, Nazari, yang syarikatnya mendepani perniagaan itu di Pelabuhan Klang menegaskan, terpulang kepada syarikat masing-masing untuk menentukan kadarnya kerana industri itu diselia oleh Akta Persaingan 2010.

Harga diesel sekarang RM2 seliter manakala petrol RON95 2.10 untuk seliter.-mKini

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment