Wednesday, September 4, 2013

RG2011... Tambang Teksi pulak nak naik harga

 

Persatuan teksi cadang naik tambang
Wartawan Sinar Harian
4 September 2013

  • Persatuan teksi cadang naik tambang
1 / 1

KLUANG - Persatuan Pemandu Teksi Melayu Kluang bercadang menaikkan harga tambang susulan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa, semalam.

Pengerusinya, Mustakim Abdul Jalel berkata, kenaikan harga tambang itu berikutan kenaikan kos yang bakal ditanggung oleh pemandu teksi.

Menurutnya, kenaikan harga tambang teksi itu masih di peringkat perbincangan dan belum dikuatkuasakan kerana kenaikan harga petrol dan diesel diumumkan secara mengejut semalam.

"Kami terpaksa naikkan harga tambang teksi selepas berbincang dengan ahli persatuan serta pihak berkaitan.

"Kami berhadapan kos diesel yang agak tinggi akibat kenaikan tersebut, namun kami percaya tambang baru nanti tidak akan menyusahkan pelanggan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Mustakim berkata, pihaknya tidak akan menaikkan tambang teksi pada kadar tinggi kerana khuatir pelanggan enggan menggunakan perkhidmatan teksi.

Katanya, kenaikan harga petrol  perlu dipertimbangkan semula kerana  ia membebankan golongan rakyat kurang kemampuan.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment