Thursday, January 16, 2014

RE: RG2011... Fw: Sebelum PROTON, Harga Kereta RM20k Sebuah

 

Yeah bro..

Kerna protonlah rakyat sengsara dan semua harga kereta jadi mahal..

Just for proton.

 

 

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of -:eSpAcE9808:-
Sent: Saturday, January 11, 2014 4:54 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Fw: Sebelum PROTON, Harga Kereta RM20k Sebuah

 

 



(BUKTI BERGAMBAR) Sebelum PROTON, Harga Kereta RM20k Sebuah

omakkau.blogspot

malaysiawaves.net

Tulang Besi Malaysiawaves

 

Tulang Besi menaqal sebuah artikel THE STAR bertarikh March 2, 1985 di mana ia memetik CEO Proton yang pertama, Tan Sri Jamil Mohammad Jan:

However, Tan Sri Jamil said the price of the Saga would be competitive, He said it would probably be cheaper than it's direct competition in the 1300-1600cc range, the Nissan Sunny and the Toyota Corolla which currently retails at around RM20,000"

 

TERJEMAHAN:Walaubagaimanapun, Tan Sri Jamil (CEO pertama PROTON) berkata Saga akan dijual dengan harga pasaran dan ia akan lebih murah dari saingan terdekat di dalam kategori 1300-1600cc, yakni Nissan Sunny dan Toyota Corolla yang berharga sekitar RM20,000 sebuah"

Di atas adalah keratan akhbar sejurus selepas PROTON dilancarkan. Apa yang berlaku selepas itu adalah PROTON tidak laku walaupun di Malaysia. PROTON sedang menuju bangkrupsi dan kilang Proton hampir ditutup selamanya.

Apa yang Mahathir dan UMNO buat adalah memperkenalkan kenaikan duti eksais yang begitu tinggi kepada semua kereta bukan kereta Nasional.

Untuk menanggung kerugian Proton, harga Proton telah dinaikkan berkali2 ganda sehingga Proton Wira yang baru harganya lebih kurang RM65-70 ribu sebuah.

Harga kereta import yang lain, naik lebih tinggi.

Jadilah harga kereta di Malaysia lebih mahal dari harga rumah. Ini adalah kerja gila yang diperkenalkan oleh Mahataik dan UMNO bertujuan mendera rakyat.

Deraan ke atas rakyat adalah semata-mata mahu menjayakan idea gila Mahatir kerana beliau mahukan sebuah kereta Nasional. Padahal Malaysia tidak sesuai untuk ada program kereta nasional.

Bila projek kereta Nasional hampir bangkrap, Mahathir dan UMNO naikkan cukai semua kereta menjadikan rakyat Malaysia terhimpit dengan hutang yang sebegitu besar semata-mata kerana mahukan kenderaan.

Wang negara yang banyak dibelanjakan untuk membuat jalan yang kemudiannya dikutip tol. Padahal jalan-jalan raya yang banyak ini tidak perlu sekiranya wang negara dibelanjakan secukupnya untuk pengangkutan awam i.e. LRT, MRT dan bas seperti di Singapura.

Bayangkan, sepatutnya sebijik kereta seperti PRoton sekarang ini sepatutnya dalam julat RM30-35k sebuah. Bayaran bulanan kereta tidak sepatutnya melebihi RM150 sebulan. Sepatutnya belanja kenderaan sebulan sekali dgn minyak dan insurans tidak boleh melebihi RM350. Itupun RM 350 sudah dikira mahal.

Sekarang ini, kita terpaksa membayar RM500-RM1000 untuk sebuah kereta yang tidak mewah dan tidak pula hebat. Kalau mahu kereta hebat, terpaksa bayar sekitar RM1500-RM2000 sebulan. Belum lagi minyak, insurance, road tax, maintenance. Bayangkan skrg ni spare parts pun kena duit import yang begitu tinggi. Spare parts Proton pulak harganya setaraf dgn harga BMW kalau takda duti eksais.

Terima kasih kepada UMNO kerana telah mendera rakyat Malaysia sehingga terpaksa menanggung hutang pribadi yang banyak demi mahu memenuhi keperluan berkenderaan kerana pengangkutan awam di Malaysia adalah antara yang terburuk di dunia.

Marilah kita kenang jasa BN yang telah menghimpit rakyat Malaysia dengan beban hutang yang banyak akibat kesombongan dan kebongkakan mereka yang mahukan projek kereta nasional walaupun telah diberitahu projek ini akan gagal.

HIDUP UMNO!!! HIDUP BN!!!!

Tulang Besi

 

 

Harga Kereta Tinggi di Malaysia Adalah kerana Proton (BUKTI)

telokbakong.blogspot.

malaysiawaves.net

Tulang Besi Malaysiawaves

Kenyataan terbaru Dr. Mahathir menafikan bahawa kenaikan harga kereta di Malaysia adalah disebabkan oleh Proton.

 

Suka Tulang Besi menaqal dari WIKIPEDIA berkaitan kenyataan Dr Mahathir itu:

 

Government policy has kept the Proton cheaper than other makes by the simple strategy of taxing the competition, while giving Proton exemptions or rebates from these same taxes.

 

(TERJEMAHAN: Polisi kerajaan menyebabkan harga Proton lebih murrah berbanding kereta lain yang dijual di Malaysia dengan strategi yang cukup mudah, yakni dengan memngenakan cukai yang tinggi kepada jenama kereta yang bukan Proton sementara Proton pula tidak dikenakan cukai yang sama.)

 

Mungkin juga Dr. Mahathir dah nyanyuk kerana beliau lah yang telah meluluskan cukai-cukai ini yang menyebabkan harga sebijik kereta Honda lebih mahal dari harga sebuah rumah teres satu tingkat.

 

Hakikatnya, Proton sewaktu pelancarannya sedang menuju kebangkrapan dan tutup kedai. Maka, terpaksalah Dr Mahathir menjalankan cukai tidak masuk akal beliau semata-mata untuk memaastikan rakyat Malaysia membeli Proton dan bukan jenama lain.

 

Cuba bayang. Proton Saga pertama yang keluar dari kilang dahulu harganya sekitar RM15000 sahaja. Selepas Mahathir melaksanakan cukai beliau, harga Proton naik kepada RM60 ribu. Harga kereta lain jangan ceritalah.

 

Sampai sekarang harga kereta di Malaysia antara termahal di dunia kerana kebodohan dan kebongkakan Dr. Mahathir Muhammad Iskandar Kutty.

 

Projek Proton hanya merugikan rakyat Malaysia dan merugikan negara. Yang untung hanya kroni sahaja. Kalau nak tengok kerugiannya, tanyalah mangsa-mangsa feri karam di Penang satu masa dahulu.

 

Semata-mata untuk menjaga Proton, Dr Mahathir membelanjankan ribuan juta untuk membina jalan dan jambatan menyebabkan perbelanjaan ke atas pengangkutan awam menjadi semakin kecil.

 

Rakyat Malaysia juga terpaksa membelanjakan 30% dari pendapatan mereka untuk membayar kos kereta serta yang berkaitan dengannya (repair, minyak dsbnya).

 

Dan, kerajaan di bawah Mahathir menghabiskan wang untuk membina jalan2 raya yang besar-besar (rakyat juga yang kena tol) menyebabkan perbelanjaan ke atas pengangkutan awam menjadi semakin mengecil.

 

Kalau Dr. Mahathir pandai mentadbir, sudah tentu beliau membina Sistem Aliran Ringan semenjak tahun 80'an lagi di waktu kos pembinaannya masih murah.

 

Namun, beliau mahukan Proton yang jelas telah gagal menyebabkan beliau terpaksa menaikkan harga kereta dengan begitu tidak masuk akal.

 

Dr. Mahathir hendak menyorok kebodohan beliau di dalam mentadbir negara. Sebab itulah dia buat kenyataan merapu ini.

 

Saya rasa kalau letak kambing sebagai Perdana Menteri pun, kambing tersebut lebih berkebolehan sebagai Perdana Menteri berbanding Dr. Mahathir.

 

Tulang Besi

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment