
Biasa mendengar pengakuan mangsa?
Ini pengakuan seorang mangsa.
Mangsa Facebook.
Bertahun-tahun menafikannya, mangsa mula jadi pemangsa, untuk mangsa seterusnya yang menjadi mangsa secara sukarela.
Hanya taqwa benteng penyelamat. Taqwa yang menyedarkan diri tentang satu-satu situasi yang kita berada di dalamnya, atau sudah menjadi sebahagian daripadanya.
Resah melihat Facebook mengubah tabiat tokoh-tokoh yang bergiat menggunakannya hingga nama-nama besar pun jadi gedik, baran, merepek, merapu, juga 'terpaksa' membuat justifikasi demi justifikasi terhadap pelbagai perkara.
Jawab menjawab.
Balah berbalah.
Entah bagaimana hendak mengungkapkannya, tabiat aplikasi Facebook itu sendiri menyebabkan apabila alim berbahas dengan jahil, ia akan berakhir dengan binasanya si alim, dan semakin menebal kejahilan para juhala'.

kredit foto technabob.com
Dalam konteks proses ilmu, mendidik dan mengajar atau berdakwah di Facebook adalah seperti memberi mi segera kepada orang yang lapar kebuluran. Mula-mula rasa berjasa. Lama kelamaan ia berubah menjadi pembunuhan.
Dalam dunia Facebook, perkembangan ilmu tidak selari dengan perkembangan akhlaq, lalu menimbulkan tanda-tanya bagaimana sebenarnya kita hendak menilai hasil hidup beragama.
2014, saya sekali lagi berusaha. Buat kali entah ke berapa. Dan entah berapa lama bertahannya.
Akaun peribadi saya kecilkan kepada kurang 100 teman, yang benar-benar Facebook itu satu-satunya medium saya kekal berhubung dengan mereka. Halaman 'peminat' (fan page) peribadi saya tutup.
Tinggal Mu'arrikhūn, halaman kecil yang fokus kepada catatan-cacatan berkaitan pembelajaran sejarah, untuk membawa pembaca kepada ilmu dan majlis ilmu.
Ia hanya pandangan peribadi saya untuk menjelaskan beberapa keputusan peribadi. Ada pun pengguna yang lain, teruskan menurut pilihan masing-masing. Pilihan yang bukan untuk dibanding-banding sesama insan, tetapi untuk dibekal dalam perbicaraan di hadapan Tuhan.
"Apalah punya sempit pemikiran ustaz ini!" seorang pengguna Facebook mencemuh semasa saya memaklumkan penutupan halaman peribadi akhir tahun lalu.
Antara urban dan 'kekampungan', sering saya temui bahawa kekampungan itu yang banyak mendamaikan.
Hasrizal @ www.saifulislam.com| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment