Thursday, January 16, 2014

RG2011... Fw: Digugur PKNS, Azmin Bigger Leader

 



Digugur PKNS, Azmin Bigger Leader -Prof Dr Jayum Jawan


 
Azmin Ali
SHAH ALAM – Penganalisis politik berpendapat pengguguran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak akan menggugat kewibawaan beliau dalam parti berkenaan.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan berkata, Azmin pemimpin tinggi di peringkat nasional dan hierarki politiknya lebih besar di dalam PKR, oleh itu, setakat digugurkan sebagai ahli lembaga pengarah agensi negeri tidak akan jejaskan pengaruhnya.

"Azmin ialah 'bigger leader' dalam PKR sedangkan Khalid (Ibrahim) hanya pemimpin peringkat negeri. Sebaiknya Azmin undur diri sebelum digugurkan kerana ia menyulitkan hubungan antara mereka berdua.

"Lagipun jawatan Azmin dalam PKNS hanya sebagai lembaga pengarah bukannya pengerusi PKNS. Dan sewajarnya tidak lantik semula lebih elok untuk kedua-dua pihak," katanya kepada Sinar Harian, semalam. (SH)
 
 

Sebab sebenar Azmin digugurkan dari Ahli Lembaga Pengarah PKNS?

telokbakong.blogspot
cenangau.blogspot.
Cenangau D'kari
 
Walaupun aku tergolong dalam golongan yang meluat sangat-sangat dengan Azmin tapi aku tak sokong keputusan kerajaan negeri Selangor tak sambung khidmat Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS ni, sangat tak gentelmen

mStar melaporkan:
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali mengesahkan pada Sabtu bahawa beliau menerima sepucuk surat berhubung penggugurannya sebagai ahli lembaga pengarah dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi penggal baharu.

Bagaimanapun, Azmin enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai punca mengapa beliau tidak dikekalkan.

Difahamkan, beliau telah mengembalikan kereta yang disediakan untuk lembaga pengarah PKNS.
-
mStar.
 
Setakat ni aku tak jumpa  lagi kenyataan rasmi pasai apa khidmat Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS tak disambung. Laman portas rasmi PKR, Keadilandaily.com pun takdak langsung laporan pasai isu ni.

Kalau nak kata Azmin tak perform sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS, langsung tak logik kut pasainya apa sangat tugas dan tanggungjawab ahli lembaga pengarah selain dari hadir mesyuarat. Tambah-tambah jawatan tu lantikan politik yang sebenarnnya lebih kepada nak bagi pendapatan tambahan kepada ahli poltik.

Sedtakat ni tak nampak sebab yang lebih relevan melainkan tindakan tak sambung khidmat Azmin tu ada sangkut paut dengan pemilihan pimpinan PKR yang akan berlangsung tak lama lagi.

Walaupun aku tergolong dalam golongan yang meluat sangat-sangat dengan Azmin tapi aku tak sokong keputusan kerajaan negeri Selangor tak sambung khidmat Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS ni, sangat tak gentelmen

Kecuali la kalau Azmin mempergunakan jawatan dia tu untuk menyusahkan pentadbiran PKNS yang boleh dianggap mensabotaj Kerajaan Negeri.

Aku harap sangat-sangat Khalid Ibrahim tak main bangsat dalam politik macam Azmin jugak...

Apa pun, kita tunggu tengok apa komen Khalid Ibrahimm pasai isu ni atau pun lebih menarik lagi kalau komen tu keluar melalui mulut Faekah, individu yang paling Khalid Ibrahim percaya.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment