Macam-macam UMNO Ni... Hard Rock Cafe Versi Nasyid?
greenboc.blogspot
Posted by greenboc
Tengku Adnan Akan Mati Kempunan Jika Hard Rock Tidak Dibuka Di Putrajaya
Selepas Presiden Perbadanan Putrajaya, Aseh Che Mat memohon maaf berhubung rancangan pembukaan pusat hiburan dan restoran Hard Rock Cafe di Putrajaya sehingga membangkitkan kemarahan ramai dan kemudian pengurusan Hard Rock pula mengumumkan tiada perancangan untuk membuka cawangan baru, semua pihak menyangka isu itu telah berakhir dan penduduk Putrajaya boleh meneruskan kehidupan malam mereka dengan aman dan tenteram.
Rupa-rupanya ia belum berakhir. Ini berikutan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyatakan Hard Rock boleh membuka cawangannya di Putrajaya jika memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu tidak menghidangkan arak serta sajian hiburan yang mengghairahkan.
Malah beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya mencadangkan jika Hard Rock membuka cawangannya di Putrajaya, mereka boleh menyajikan hiburan dan persembahan nasyid bagi menggantikan muzik rock yang biasa dipersembahkan di mana-mana cawangannnya di seluruh dunia.
Dalam masa yang sama, Tengku Adnan juga menpertahankan Aseh Che Mat yang menurutnya berniat baik mahu menarik pelabur menanam modal di Putrajaya.
Apa yang tergambar daripada kenyataan Tengku Adnan ini ialah beliau nampaknya begitu teringin mahu melihat Hard Rock membuka cawangannya di Putrajaya sehingga sanggup mencadangkan sesuatu yang mustahil iaitu persembahan nasyid bagi menggantikan muzik rock tanpa batasan.
Di ketika Aseh turut menjelaskan tiada cadangan dan pengurusan Hard Rock pula menyatakan tiada perancangan ke arah itu, Tengku Adnan seperti membuka laluan semula mengenainya.
Cadangan persembahan nasyid bagi menggantikan muzik rock bukan saja ternampak lucu, tidak masuk akal dan menyerlahkan keghairahan tanpa sempadan Tengku Adnan terhadap Hard Rock, malah dalam masa yang sama menyingkap kewibawaan dan tahap pemikirannnya yang sebenar sebagai seorang pemimpin.
Dalam erti kata lain, bertambahlah seorang lagi "menteri cap ayam" dalam kabinet Najib sekarang ini.
Kalaulah benar mahu mengadakan persembahan nasyid, sebagai menteri dan Ahli Parlimen, beliau tidak perlu menunggu pembukaan Hard Rock untuk melakukannya. Soalnya sudah berapa banyak persembahan nasyid yang beliau telah anjurkan selama ini dan sudah adakah restoran atau tempat hiburan yang mengadakan persembahan nasyid di Putrajaya?
Janganlah cuba untuk menunjuk-nunjuk lagak Islamik dalam isu Hard Rock. Lagi pula tidak mungkin Hard Rock bersedia membuka cawangannya jika tanpa minuman keras, alunan muzik keras, tarian terkinja-kinja dan pergaulan bebas yang memang menjadi imejnya di seluruh dunia.
Hard Rock tanpa semua itu adalah umpama kedai mamak tanpa teh tarik dan kari atau restoran Arab tanpa hidangan nasi beriani dan shisa. Mustahil dan tidak masuk akal.
Jika benar Tengku Adnan begitu ingin melihat persembahan nasyid di Hard Rock untuk menunjukkan Islamiknya beliau sebagai pemipin, beliau sebenarnya boleh memulakan dengan memberi arahan mengenai perkara tersebut di premis Hard Rock sedia ada di KL atau di lain-lain pusat hiburan yang bersepah di Jalan P Ramlee dan Bukit Bintang.
Tidak pasti apakah yang begitu mengujakan mengenai Hard Rock ini di mata Tengku Adnan. Mungkinkah beliau merasakan kejayaan membuka cawangannya di Putrajaya merupakan pencapaian gemilangnya sebagai menteri dan Ahli Parlimen Putrajaya? Atau mungkinkan beliau merasakan dengan adanya Hard Rock akan menambahkan lagi tarikan Putrajaya di kalangan pelancong asing?
Bagaimanapun di mata rakyat, kenyataan Tengku Adnan itu lebih menggambakan keterujaan dan keghairahannya untuk terus membuka cawangan Hard Rock di Putrajaya dan seolah-olah akan mati kempunan atau mati dalam keadaan mata tak terpejam jika gagal berbuat demikian.
Di sisi lain pula, ia menggambarkan inilah level atau tahap kecedikan yang ada di kalangan menteri-menteri yang ada dalam kabinet Najib. Asal bercakap dan membuka mulut saja, akan terserlah kerendahan tahap pemikiran dan tiada wibawanya sebagai pemimpin (sebenarnya istilah yang tepat ialah bodoh, tapi tak sampai hati pulak).
Beliau kini menjadi bahan persendaan baru di kalangan rakyat, setelah beberapa menteri turut diperlakukan sedemikian dan dipertikaikan sebelum ini. -shahbudin.com
Syarat 'nasyid' sekadar mahu reda kemarahan rakyat
Mengenakan syarat dan garis panduan untuk membuka cawangan Hard Rock Cafe di Putrajaya membuktikan kerajaan Umno BN lebih mesra pelabur daripada kemaslahatan rakyat.
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohd Noor Mohamad berkata, kerajaan Umno BN akan berusaha sedaya untuk memenuhi keperluan pelabur termasuklah membuka Hard Rock Cafe di Putrajaya walaupun rakyat membantah.
"Kita sedia maklum Umno BN memang suka berjanji itu ini, kalau sebelum ini minyak tidak dinaikkan malangnya sebaliknya berlaku.
"Syarat di keluarkan kepada Hard Rock Cafe sebagai meredakan kemarahan rakyat, bermakna memang kerajaan benar-benar mahukan cawangan cafe itu di Putrajaya," katanya ketika dihubungi.
Bagi PAS, katanya pembukaan kelab-kelab dan cafe eksklusif seperti Hard Rock Cafe bukan sahaja tidak boleh dibuka di Putrajaya bahkan ditempat-tempat lain kerana ia boleh mengundang masalah sosial kepada anak muda negara ini.
Beliau percaya syarat yang dikeluarkan itu supaya tidak ada penentangan terbuka oleh rakyat tetapi akhirnya ada usaha untuk membuka cawangan di pusat petadbiran kerajaan itu.
"Sebab itu kerana pentingkan dasar mesra pelabur kerajaan tidak fikir apa yang mudarat kepada rakyat. Mereka akan terus fikir bagaimana mahu mendapatkan dana daripada pelabur, seberapa boleh mereka akan penuhi keperluan pelabur," katanya.
Justeru, beliau mendesak agar rakyat terus membantah penubuhan cawangan Hard Rock Cafe yang akan mencemarkan pusat pentadbiran kerajaan.
Isu pembukaan cawangan Hard Rock Cafe di Putrajaya telah mendapat bantahan rakyat, namun bagi meredakan kemarahan itu hari ini Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi kenyataan bahawa permohonan cafe terkemuka itu perlu memenuhi syarat yang ditetapkan termasuk tiada penjualan minuman keras dan menampilkan persembahan hiburan yang berlandaskan Islam.
Syarat itu bagi memastikan imej Putrajaya sebagai pusat pentadbiran negara yang mengamalkan sistem pentadbiran Islam terus dipelihara.
Tengku Adnan mengulas kemungkinan pengusaha Hard Rock Cafe membuka cawangan itu di sini berikutan perkongsian Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Aseh Che Mat mengenai perjumpaan beliau dengan pelabur Hard Rock Cafe di negara ini, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir, dalam laman sosial Facebook.
Aseh bagaimanapun menjelaskan tiada permohonan rasmi dibuat mengenainya, malah Hard Rock International turut menafikan mahu membuka cawangannya di Putrajaya. -HD
HRC PUTRAJAYA KENA BELAJAR BUAT MAKANAN BERCIRIKAN ISLAM DENGAN AMRO KEBAB SHAWARMAR DAN NASI ARAB
malaysiaberih.blogspot.
amrayy-lensa-assault.blogspot
Posted by amrayy lensa
Baru-baru ni aku singgah ke sebuah gerai yang menyediakan menu Islamik di Jalan Haji Husein Satu belakang Adamson Hotel berhadapan dengan Bangunan Susilawati...Kalau korang perasan, memang serba serbi Islamik termasuklah lokasi gerai...hahahhahahaa
Gerai ini di usahakan oleh Bonda Ummu Hanna dan suaminya Babah Amro Ameer...Bonda Hanna berasal dari Pahang manakala suaminya berasal dari Tanta, Egypt. Bonda Hanna membuka gerai menjual Kebab dan Nasi Arab yang dinamakan Amro Kebab Shawarma & Nasi Arab... Bonda Hanna juga merupakan seorang blogger dan seorang yang pakar dalam bidang sexology & psikologi ...klik jer
Inilah baru dikatakan gerai berkonsepkan Islamik.!!! Nama, lokasi dan menu semuanya bercirikan Islamik..Memanglah (HRC)HARD ROCK CAFE mahu dibuka di lokasi yang bercirikan Islamik dan dikelilingi dengan bangunan-bangunan Pentadbiran Kerajaan tetapi nama HRC(HARD ROCK CAFE) pun tak mencirikan Islamik. Minuman dan makanan yang dijual juga mungkin serba-serbi tidak mencirikan Islamik..Kitapun tak pastikan.??? Takkanlah nama yang gah seperti HRC nak jual teh tarik dan roti telur yang macam selalu aku makan kat kedai mamak di tepi sungai Jalan Masjid India..???Wakakakakkaak...
Jawabnya HRC akan ditukar nama la dari HARD ROCK CAFE (HRC) ke HAMID ROTI CANAI, HRC juga tu....wakakakakakka. Setahu aku, nama tokey mamak tepi sungai tu HAMID gak tapi mamak tu dah meninggal 2 atau 3 tahun lepas kalau tak salah aku la dan sekarang ni diuruskan oleh isteri dan anak-anaknya...
Silap-silap bini mamak tu yang beli HRC tu..hehehheheh.!!!Memang lawak lah...wakakkkakakakak....
Urat KENTUT aku dah nak putus sebab terlebih gelak....Wakakakakakkaka..!!!!
Nak cerita pasal gerai yang berkonsepkan Islamik dan kemelayuan, lain plak isu yang masuk hahahhhaaha...
Cerita tentang nasi arab dan kebab....!!!!!
Dah banyak restoran Arab yang aku dah cuba sekitar K.Lumpur, memang sama rasa keenakkannya dengan nasi arab yang aku cuba di gerai ini...korang boleh cuba dulu... Kalau korang nak buat tempahan meja dulu pun boleh..Sila hubungi no ini jika korang nak buat tempahan 0136673006 @ 01133116313 (BONDA HANNA)
Walaupun hanya makan disebuah gerai tetapi keenakkan makanannya sama seperti makan di dalam restoran yang berekon.!!
TRY DULU BRO.!!
Menu yang disediakan
Senarai Harga Makanan mengikut nombor.
Bonda Hanna
Babah Amro Ameer
Bonda Dan Babah
Rempah-rempah yang digunakan berasal dari Arab
Santai Bersama Bonda dan Babah
Persekitaran gerai Amro Kebab Shawarma & Nasi Arab di jalan Haji Husein Satu
Kampung Baru..
Ruang makan yang selesa untuk pengunjung
Parking kereta untuk pengunjung juga tersedia
AMRAYY
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.



















No comments:
Post a Comment