Apabila Pakatan Rakyat (PR) meletakkan syarat ketat dan tegas kepada kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mesti dipenuhi sebelum cukai barangan dan perkhidmatan (GST) boleh dilaksanakan, BN dan pengkritik menyelar kami sebagai hanya mahu membangkang.
Pakatan tidak tahu mentadbir, dakwanya. Akhirnya ada firma audit besar yang berani bersuara. Maksudnya perlu difahami.
Dengan kenyataan Pengarah baru KPMG, antara firma audit terbesar, the Big Four itu terserlah hakikat senario yang mendatang. Sukar untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian yang tegas seperti itu kerana tentunya ada kepentingan bisnes dengan Putrajaya.
Namun KPMG menggesa supaya pihak awam dan swasta menaikkan gaji pekerja sebanyak 6% berdepan dengan pelaksanaan GST tahun depan, April 2015.
Ini kerana, katanya, kos barangan dan perkhidmatan yang semua mengalami kenaikan harga. Untuk ingatan umum, pelbagai subsidi ditarik balik bermula, sekali gus mencetuskan kenaikan 11% bahan bakar, 14% gula serta kenaikan tarif elektrik daripada 15% hingga 16.9%, tol dan pengangkutan awam dan pelbagai lagi.
Persoalan yang tidak digarap oleh KPMG adalah bagaimana pula dengan golongan tidak bergaji untuk dinaikkan. Mereka adalah rakyat yang terdiri daripada golongan petani sawah, pekebun kecil, nelayan dan peniaga pasar malam dan yang mengambil upah bekerja di kampung.
Pendapatan mereka kekal pada takuk lama sementara kos sara hidup terus melambung. Bahkan sebaliknya ada peniaga di kalangan mereka berdepan dengan pengurangan pendapatan, apabila rakyat umumnya mengalami penguncupan kuasa membeli dengan kenaikan harga barang.
Inflasi diramalkan di paras 2.9% pada 2014 sehingga ke paras setinggi 3.3% tahun depan. Ramalan inflasi ke tahap Harga Pengguna (CPI) mencecah 3.3% ke 3.5% adalah ganas atau 'vicious'.
Sementara pihak eksekutif akan mendapat kenaikan gaji sebanyak 5.63% berbanding 6.31% pada tahun 2012 dan golongan bukan eksekutif akan mendapat kenaikan ke 5.65% berbanding 6.7% pada 2012. Dapatan ini adalah daripada informasi Persekutuan Majikan Malaysia (MEF). Pelaksanaan gaji minima sepatutnya membantu golongan pekerja sokongan dan bukan eksekutif diharap mendapat bonus lebih baik.
Sekali lagi golongan yang tidak terbela adalah golongan bekerja sendiri, yang akan menjadi sasaran. GST jelasnya akan memangsakan golongan berpendapatan rendah dan yang bekerja sendiri. Ini yang dimaksudkan dengan kesan "regressif" atau 'songsang' kerana 6% GST daripada 'pendapatan boleh berbelanja' berpendapatan rendah ini adalah jauh lebih besar peratusya berbanding golongan berpendapatan tinggi.
Sehubungan itu, hujah meletakkan syarat pelaksanaan GST adalah munasabah dan antaranya;
a. Tingkatkan dahulu pendapatan rakyat khususnya golongan rendah dan sederhana.
b. Tutup dahulu lubang kebocoran bagi meningkatkan pendapatan kerajaan dan kenalkan cukai seperti CGT dahulu atau Capital Gain Tax atau cukai untung modal seperti saham dan bon. Contoh yang dilaksanakan kerajaan sekarang ialah cukai keuntungan menjual hartanah atau cukai RPGT.
c. Pastikan dahulu amalan tender terbuka bagi mendapatkan 'value for money' iaitu nilai terbaik dan elakkan amalan runding langsung dengan "harga membengkak"atau "bloated prices".
d. Elakkan dahulu pembaziran dan projek mega infrastuktur yang didakwa pakar integriti adalah sarat dengan amalan 'kickback', rasuah dan amalan kronisme dan selalu berakhir dengan 'cost-overrun' yang besar. (Combating Corruption, Anis Yusal et al).
Oleh itu, kami tegaskan jangan memangsakan rakyat kerana untuk tangani kebejatan hutang kerajaan pusat dan defisit fiskal dengan menarik balik subsisdi dan mengenakan cukai regressif seperti GST adalah satu langkah 'jalan pintas' yang tidak bertanggungjawab.
Reformasi struktural serta penambahbaikan
Dalam aspek tadbir urus serta komitmen kepimpinan untuk mendayakan pelbagai polisi.
Laksanakan langkah yang lebih utama dan mapan yang dicadangkan pelbagai pihak dahulu termasuk Pakatan Rakyat.
Sesungguhnya KPMG, sebagai sebuah entiti korporat juga tahu bahawa impak kewangan kenaikan kos barangan dan perkhidmatan tambahan dengan GST adalah sangat berat dan parah kepada rakyat teramai.
Itu tidak lagi mengambil ramalan impak sosial, gejala jenayah termasuk kemalangan apabila rakyat mula membuat segala-galanya untuk menyara kehidupan keluarga dengan merubah cara hidup termasuk naik motosikal ke pejabat dan cari pekerjaan kedua atau ketiga yang mengancam kesejahteraan hidup berkeluarga.
Apakah cukup untuk KPMG dan seangkatan dengannya sekadar membuat saranan? – 9 Januari, 2014.
* Dr Dzulkefly Ahmad ialah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Kenaikan gaji perlu selaras kos sara hidup - Rafizi
Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berkata, kadar itu nanti akan menjadi garis panduan dan rujukan kepada majikan dalam sektor swasta untuk menetapkan pakej penggajian termasuklah bonus dan kenaikan tahunan.
"Masalah rakyat kita berganda, disebabkan inflasi tinggi dan gaji yang naik itu tidak mampu menampung kenaikan harga barangan.
"Negara kita jauh ke belakang dari segi kadar kenaikan gaji, jika gaji penjawat awam dilonjakkan, ia akan menjadi 'benchmark' kepada swasta sekali gus menambah kuasa beli rakyat dan ekonomi akan berkembang lagi," katanya pada Wacana Sinar Harian siri 25 bertajuk "Kejutan Ekonomi Selepas PRU13" di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut cadangan supaya menaikkan gaji minimum enam peratus setahun bagi membantu pekerja menangani beban kos sara hidup yang tinggi di Malaysia pada masa ini.
Selasa lalu, Rakan Pengurusan KPMG Malaysia baharu dilantik, Johan Idris, berkata enam peratus adalah permulaan baik terutama selepas mengambil kira faktor seperti pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tarif baru elektrik, pemotongan subsidi petrol dan kadar baru tol.
Dalam pada itu, katanya kerajaan tidak boleh menyalahkan lebih 1.42 juta penjawat awam di negara ini sebagai memburukkan mereka sedangkan menteri Kabinet sepatutnya melakukan penjimatan terhadap projek mega yang tiada kepentingan rakyat.
"Kalau naikkan gaji penjawat awam itu buruk kepada kerajaan, sedangkan perbelanjaan kerajaan perlu diperhalusi semula bagi mengelakkan pembaziran melampau," katanya lagi.
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

Actually when the RM appreciated 20% against the major currencies, the price of our bsic food items such as rice, flour, bread etc did not go down but remained the same. these food items are priced in USD.
Now the RM has depreciated by 10% almost from previous high, and the pressure to increase prices of these food items are overwhelming.
To make this country affordable again, you only need to strengthen the RM and make sure entities such a bernas amd MFF (malaya flour Mills) pass on the savings to the consumers.