Isu Bughah : Pemuda PAS PERAK berkunjung ke Pej Mufti namun hanya Timb Mufti yang sanggup berjumpa.
kedahlanie.info
Kalau guling kerajaan yang adil barulah bughah
KUALA LUMPUR: Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) mendesak Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya perlu berlaku adil dalam mengeluarkan kenyataan.
"Jangan hanya tahu salahkan rakyat semata-mata," ujar Presiden PMIUM, Mohd Bukhairy Sofian.
Tambahnya, tujuan himpunan adalah untuk memberi isyarat kepada kerajaan rakyat terbeban dengan kenaikan harga barang bukannya mengguling kerajaan.
"Kalau guling kerajaan yang adil barulah bughah (pemberontak) namanya di dalam Islam," katanya.
Beliau menambah, dalam keadaan negara yang menangung hutang yang banyak, pembaziran terus berlaku, adakah mufti tidak nampak perkara ini.
"Adakah itu tidak zalim? Peruntukan untuk konsert di dataran merdeka sebanyak 15 juta, adakah mufti melihat ini sebagai langkah bijak menyambut tahun baru?" tanya beliau.
Menurutnya, mufti harus berfungsi menasihati pemerintah, bukan mengampu semata-mata.
"Orang di bawah dan rakyat begitu susah untuk mendapat sesuap nasi. Mereka tidak ada elaun dan dibayar gaji seperti mufti," katanya.
Justeru, tegasnya PMIUM mendesak Harussani menarik balik label bughah dan harus memohon maaf kepada rakyat kerana menisbahkan mereka sebagai bughah (pemberontak) yang mana gelaran yang begitu menghina rakyat.
Mufti Sekadar Lulusan DIploma Takut Bertanggungjawab Terhadap "Fatwa"nya Sendiri
Mufti Perak enggan jumpa Pemuda PAS, khatib serang dalam khutbah Jumaat
Akibat kenyataannya bahawa peserta demonstrasi Himpunan Turun Kos Sara Hidup (Turun) 31 Disember lepas, sebagai "bughah" dan halal darah mereka, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria terus mendapat tekanan daripada pelbagai pihak.
Hari ini, para khatib solat Jumaat menghentam dan mempertikaikan "fatwa" beliau itu manakala semalam usaha Pemuda PAS Perak untuk bertemu beliau gagal.
Ini kerana Harussani tidak bersedia untuk bertemu mereka dan menyerahkan kepada timbalannya untuk bertemu.
Pemuda PAS telah meminta penjelasan berkenaan isu "bughah" yang dibangkitkan itu.
Menurut Ketua Pemuda PAS Perak Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Pejabat Mufti akan mengeluarkan penjelasan dan kenyataan rasmi tentang isu tersebut dan enggan bertemu mereka.
Di Rawang, Selangor khatib sebuah surau hari ini mempertikaikan secara terbuka "fatwa" berkenaan dalam khutbah Jumaatnya.
Ustaz Zuhdi Mat Piah dalam khutbahnya di Surau As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri berkata, fatwa itu sangat bertentangan dengan Al Quran dan hadis Rasulullah serta pegangan empat imam mazhab dalam Islam.
Katanya, "bughah" adalah pertentangan umat Islam menggunakan senjata terhadap kerajaan Islam sedangkan pihak yang pergi ke Dataran Merdeka 31 Januari lepas tidak membawa apa-apa senjata.
"Bayangkan sidang Jumaat sekalian kalau fatwa itu dikeluarkan sebelum perhimpunan itu.
"Boleh jadi ada pihak yang akan mengambil kesempatan menggunakannya untuk menumpahkan darah peserta demonstrasi itu kerana darah mereka difatwakan sebagai halal," kata khatib itu kesal. -TMI
Harussani lupa diri, lulus setakat Diploma Pendidikan Islam sebenarnya – Shaharul Shafie
Grafik oleh malaysianwaves.net
Tan Sri Datuk Harussani Zakaria, mufti Perak sejak tahun 1985 merupakan mufti paling lama berkhidmat di negara ini dan juga satu-satunya mufti yang tidak mempunyai kelulusan ikhtisas iaitu sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda.
Beliau adalah mufti yang dilihat paling cenderung menyokong kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dan mengeluarkan kenyataan dan fatwa mengelirukan. Hari ini, melalui portal Malaysiakini, Harussani mendakwa mereka yang menyertai perhimpunan Turun pada malam menyambut tahun baru, halal darahnya dikorbankan. Beliau menggelar mereka ini sebagai pemberontak ataupun di dalam terma bahasa Arabnya ialah "bughah".
Harussani pada zamannya pada tahun-tahun 1985 di mana ketika itu para cendekiawan Islam berkelulusan luar negara tidak ramai. Jika ada sekalipun, ramai yang memilih menyertai fakulti pengajian Islam di universiti-universiti awam Malaysia sebagai tenaga pengajar.
Namun, ramai kurang gemar dengan tindakan membiarkan Harussani terus menjawat jawatan tertinggi agama di negeri itu sedangkan hari ini sudah ramai anak negeri Perak yang sudah berjaya di peringkat pengajian tertinggi seperti Doktor Falsafah di dalam pengajian berkaitan Islam. Walaupun begitu, perlantikan ke jawatan mufti ini tidak di bawah kerajaan negeri tetapi terus di bawah Sultan yang merupakan ketua agama negeri.
Harussani yang dilahirkan di Parit Buntar, Perak kini dilihat sebagai mufti yang kuat berpolitik hanya mempunyai kelulusan peringkat sijil di pusat pengajian tempatan. Beliau hanya mempunyai kelulusan Sijil Tertinggi Kolej Islam Kelang pada tahun 1964 di mana ketika itu kelulusan tersebut sama tarafnya dengan diploma. Seperti dinyatakan pada zaman awal tersebut, tidak ramai mereka yang berpengajian Islam yang tinggi maka Harussani mempunyai peluang berjaya di dalam pentadbiran Islam yang luas.
Malah, dengan pengalamannya sebagai pengajar agama Islam di beberapa maktab perguruan juga memberi peluang kepadanya untuk memperoleh jawatan yang baik kerana kekurangan mereka yang berpendidikan ijazah sarjana muda berkaitan agama Islam pada ketika itu dalam pentadbiran awam.
Beliau dilantik oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menjadi mufti pada tahun 1985 dan sehingga kini tiada lagi anak watan Perak yang dilantik untuk menggantikan beliau meskipun sudah ramai yang belajar sehingga ke Timur Tengah dalam pengajian Islam. Namun begitu, beliau dianugerahkan dengan Doktor Kehormat yang membawa gelaran "Doktor" dalam kurungan oleh Sultan sendiri yang merupakan Canselor Universiti Malaya pada tahun 2001.
Namun begitu, semua sedia maklum anugerah Doktor Kehormat Syariah hanya bersifat mengiktiraf tugas dan sumbangan dan ini tidak mencerminkan ilmu sepertimana yang ada dalam pemberian Doktor Falsafah yang hanya boleh diambil selepas menyelesaikan ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan mempunyai kemampuan menulis jurnal berwasit dan bersifat pengkaji ilmiah.
Malah, tidak salah untuk mengatakan mana-mana anugerah Doktor Kehormat di kebanyakan universiti di Malaysia bersifat politik dan perniagaan. Contohnya apabila sebuah universiti di Malaysia yang menganugerahkan Doktor Kehormat Ekonomi kepada pemimpin diktator Korea Utara, Kim Jong Un yang belum pun berumur 30 tahun semata-mata untuk berharap dapat menarik lebih banyak pelajar dari Korea Utara untuk dihantar belajar di universiti swasta berkenaan.
Tindakan terbaru Harussani ini yang cuba ""menumpahkan" darah adalah amat dikesali ramai pihak. Tindakan beliau yang memprovokasikan keadaan memburukkan nama baik Sultan yang merupakan ketua agama Islam di negeri Perak. Terlalu banyak yang sudah dilakukan Harussani sejak dahulu lagi yang mengguris hati umat Islam meskipun beliau hanya mufti di sebuah negeri di Malaysia.
Meskipun Harussani banyak menulis di majalah dan buku (walaupun bukan dikategorikan sebagai ilmiah), ia masih jauh meletakkan beliau sebagai ulama sebenarnya. Namun sekarang, Harussani perlu berlapang dada dan menyedari kedudukan diri sendiri yang sebenarnya seorang yang tidak layak pada abad hari ini kerana sudah terlalu ramai anak watan Perak yang jauh lebih baik kelulusan akademiknya daripada Harussani.
Biarlah artikel ingatan ini ditujukan kepadanya supaya ingat bahawa ramai orang tahu kecetekan ilmunya itu tetapi malas sebelum ini untuk membuat bising. Tetapi kali ini Harussani melampau dan ego besar, sudah sampai masanya Harussani diingatkan bahawa Harussani ini tidak ada apa-apa pun yang baik tentangnya dalam pembangunan ummah di negeri Perak dan Malaysia.
Mufti UMNO Ajak Umat Islam Malaysia Berperang Sesama Sendiri
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyifatkan kenyataan terbaru Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang melabel perserta perhimpunan pada 31 Disember lalu sebagai 'bughah' (pemberontak) dan halal darahnya, sebagai fatwa songsang.
Ketua penerangan dewan itu, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, 'fatwa' Harussani itu sangat mendukacitakan dan menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah.
"Kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani bahawa para demonstrator pada 31 dis 2013 di Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai "bughah" dan "halal darah" amat mendukacitakan kerana ia menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah dalam Islam.
"Ia satu penyelewengan fakta tentang hukum-hakam Islam yang sangat ketara dan menyesatkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurut beliau, 'bughah' atau pemberontak dalam Islam ialah penentangan bersenjata oleh rakyat terhadap kerajaan Islam dan ia termasuk sebagai salah satu kesalahan jenayah hudud dalam Islam.
Sedangkan katanya, peserta himpunan pada itu hadir dengan tangan kosong dan membawa sepanduk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap urus tadbir negara yang membawa kepada peningkatan kos hidup.
Tambah beliau lagi, takrifan pemberontak dalam perlembagaan Malaysia merujuk kepada melancarkan peperangan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara bagi Malaysia.
"Adakah peserta perhimpunan 31 Dis 2013 turun berhimpun dengan senjata menentang pemerintah?
"Sangat jahil seorang mufti yang mengkategorikan mereka ini sebagai pemberontak. Lebih malang dan merbahaya apabila darah demonstrator ini pula diisytiharkan sebagai halal darah," ujar beliau lagi.
Kenyataan mufti itu kata beliau lagi satu 'fatwa' yang sangat berbahaya yang boleh membawa kepada huru-hara kepada negara dan tergugatnya keharmonian antara rakyat.
"Sangat dibimbangi "fatwa" seumpama itu membawa kepada pertumpahan darah sesama rakyat.
"Saya menyeru seluruh pihak yang prihatin terhadap keamanan bernegara dan keharmonian bermasyarakat membantah kenyataan-kenyataan songsang seumpama ini," tegasnya.
Harussani: Peserta demo 'bughah', halal darah
Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan "dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)".
"Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah," katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.
Harian itu juga melaporkan, mufti itu membidas pembabitan pembangkang, khususnya PAS dalam perhimpunan 'haram' malam kelmarin yang disifatkannya cuba berlagak alim tetapi didakwanya tidak memahami al-Quran.
Sambil melabelkan peserta perhimpunan itu sebagai bughah, beliau dilaporkan berkata, haram bagi mana-mana pihak menyertai perhimpunan itu.
"Pemimpin PAS menyertai perhimpunan itu kerana mereka gagal memahami al-Quran," katanya lagi seperti dilaporkan Berita Harian.
Harussani juga dilaporkan berkata, kerajaan terlalu bertoleransi sehingga menunjukkan kelemahan mereka kepada pihak yang menentang.
"Kerajaan British juga tidak pernah tunduk kepada penunjuk perasaan. Jadi kenapa kerajaan selepas merdeka perlu akur dengan tekanan mereka," beliau dipetik sebagai berkata. -mk
ULASAN GB
BUGHAH - istilah yang digunakan oleh Mufti Perak sebagai alasan menghalalkan darah para pseserta TURUN.
Bughah mengikut istilah syara` adalah " segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka terhadap Ulil Amri (imam) iaitu pemerintah atau kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam.' (Kifayah al-Akhyar, jild 2 hal 122)
Bughah mengikut istilah ilmu tata negara adalah "perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan menderhaka kepada ulil amri yang dinamakan jarimah siyasah( iaitu suatu kesalahan dalam politik)".( Qanun Jinayah Syariyyah, hal 129)
Bughah dalam pandangan Islam ada disentuh pada ayat 9 surah al-Hujurat yang bermaksud;
"Dan sekiranya dua kumpulan orang beriman saling berperang maka damaikanlah antara kedua-duanya, jika salah satu kumpulan telah menceroboh ke atas kumpulan yang lain maka perangilah kumpulan yang menceroboh itu sehingga ia kembali kepada Allah (dengan meninggalkan perbuatan menceroboh). yes'> Jika ia telah kembali, maka damaikanlah kedua-duanya dengan adil dan berlaku saksamalah, sesungguhnya Allah suka orang yang melakukan kesaksamaan".... -petikan lamanweb JAKIM
Jika dsitnjau daripada maksud bughah di atas amat nyata kenyataan Mufti Perak itu kesasar dan amat merbahaya. Ini kerana pemberontakan yang dimaksudkan adalah terhadap kerajaan dan pemerintah yang menjalankan hukum-hukum dan syariat Islam. Apakah UMNO sebuah kerajaan yang menjalankan hukum-hukum dan syariat Islam sedang amat jelas bahawa UMNOlah parti yang menentang perlaksanaan hukum-hukum dan syariat Islam di negara kita selama ini. Baca kenyataan PM dan bekas PM UMNO ini:
Kedua, "fatwa" mufti berkeanaan jelas amat merbahaya kerana ia mengajak kepada "peperangan" dan pertumpahan darah sesama umat Islam di negara ini. Justeru itu "fatwa"nya itu lebih dasyat dan lebih buruk daripada perhimpunan TURUN tempohari yang lansung tiada menyeru kepada sebarang pertumpahan darah.
Ketiga, kenyataan mufti tersebut saling tak tumpah dengan kenyataan para ulamak upahan kudeta Mesir di bawah pimpinan Al-Sisi yang menghalalkan perang ke atas Ikhwanul Muslimin yang selama ini mengadakan perhimpunan aman tanpa senjata.
Keempat, sekalipun kenyataan Mufti itu berbaur hasutan dan merbahaya tetapi kerajaan yang ada tidak akan mengambil tindakan ke atasnya kerana kenyataan mufti itu menguntungkan UMNO.
Namun hukum kebenaran dan keadilan tetap akan berjalan. Kita akan dapat menyaksikan kenyataan mufti itu songsang dan UMNOlah yang sedang dan akan terus mengalami kepupusan tanpa perang.
comments:
Mas Yahya said...
Apabila Harussani berhukum membela kerajaan, Ulama PAS mesti segera menjawabnya...!
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.






Assalamualaikum.
Diharap dapat dimaklumkan masa, tempat dan dlm program mana hujah2 tersebut dikeluarkan. Sebaik2 nya ada saksi2 atau rakaman video/audio utk dimuatnaikkan.
Ada kemungkinan apa yg dilapurkan diatas tidak sama dgn sebenarnya?
Walau apa2 pun apa yg dinyatakan diatas sgtlah serius dah menyedihkan utk umat2 Islam.
Wallahualam.
Dunia ni ibarat Wayang. Semua manusia mempunyai peranannya masing-masing. Maka berlakonlah dengan sebaik mungkin watak yang telah diamanahkan.
Sebagai seorang ayah, haruslah kita berbicara sebagai seorang ayah.
Sebagai seorang anak, haruslah kita berbicara sebagai seorang anak.
....
Sebagai seorang mufti, haruslah kita berbicara sebagai seorang mufti.
Sebagai seorang PM, haruslah kita berbicara sebagai seorang PM.
Jadi. bila PM dah tak mampu berbicara sebagai seorang dan seorang mufti sudah tidak mampu berbicara sebagai seorang mufti, .... maka padahlah dan akan huru haralah negara dan organisasi.
Saya amat khuatir suatu hari nanti akan keluar fatwa bahawa halal untuk membunuh sesiapa saja yang tidak sepandangan dan sependapat dengan kita. Bukankah ini salah satu prinsip SYIAH? Minta pencerahan.
aku rasa baik kita ajak atau bawa mufti perak nie masa demonstrasi hari tuu, biar dia tengok sendiri dan nilaikan, apakah perbezaan diantara pemberontak islam yg bersenjata yg menentang kerajaan islam yg adil dengan penuntut hak rakyat. jangan asyik dengar sebelah pihak aje, sebelum mengeluarkan sebarang fatwa kenalah siasat, juruk al-quran dan hadis dan bermuzakarh dengan ulama' tersohor masakini, barulah fatwa dicpta....aku nie tak lah pandai mcm mufti tapi hairan kenapa seorg yg berpelajaran tinggi bidang islam dgn sewenang-wenangnya mengeluarkan fatwa yg daif, nau'zubillah himinzalik
Pendapat yg diucapkan oleh Harussani adalah untuk menjaga kerajaan umno dan kerajaan kudeta Mesir.ucapan beliau senada dgn Ketua pentadbir Universiti Azhar Mesir menyokong AlSisi merampas kuasa.