Wednesday, January 8, 2014

RG2011... Fw: Waris pelajar syiling RM64 terima sumbangan

 



Waris pelajar syiling RM64 terima sumbangan Iskandar

kedahlanie.info
 
Oleh : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM 7 JAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka, Iskandar Abdul Samad menyerahkan sumbangan bantuan kepada waris pelajar yang terpaksa membayar yuran persekolahan dengan menggunakan duit syiling sebanyak RM64.00 bertempat di Taman Dagang, Ampang.

Iskandar melalui laman sosial Facebook memaklumkan, bantuan diserahkan kepada 'Pak Long' dan 'Mak Long' yang juga datuk dan nenek pelajar berkenaan.

Katanya, sebelum ini pihak DUN pernah menziarahi keluarga berkenaan sebanyak dua kali selain menghulur bantuan sumbangan.

"Mereka juga pernah menerima bantuan seperti Jom Shopping, bantuan Hari Raya dan membeli kasut sekolah, baru-baru ini," katanya menerusi laman Facebook miliknya.

Selain itu, Iskandar turut memaklumkan perkara itu akan diketengahkan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk permohonan bantuan yang sesuai.

Kisah menyayat hati pelajar Sekolah Agama Integrasi Ar-Rahmaniah Taman Dagang mendapat perhatian pengguna laman sosial Facebook sejak semalam.

Menurut paparan di laman sosial, datuk pelajar berkenaan membawa punjut syiling yang bernilai RM64.00 untuk membayar yuran persekolahan.

Namun, jumlah berkenaan tidak mencukupi untuk membayar jumlah yuran berkenaan dan atas inisiatif guru, mereka menambah wang untuk melengkapkan jumlah yuran.

Ibu pelajar berkenaan meninggal dunia sejak umurnya sebulan sementara bapa dipenjara kerana masalah dadah, manakala neneknya masih bekerja sebagai pembantu kebersihan dan akan tamat kontrak pada bulan Jun ini sementara datuknya sudah tidak berdaya hanya menerima bantuan PERKESO RM350.

 

Kisah Cucu & Atuk dengan Duit Syiling - Inilah negaraku Malaysia

kedahlanie.info

NUR KHATIJAH memasukkan duit syiling ke dalam tabung replika 1Malaysia miliknya sambil diperhatikan datuknya, Mohd. Rodzi dan Shamsiah di Taman Dagang, Ampang, Selangor semalam.


AMPANG JAYA – Duit syiling RM64 yang digunakan untuk membayar yuran persekolahan agama Nur Khatijah Abdullah, 7, sebenarnya merupakan wang hasil tabungannya sendiri yang dikumpul sejak dari kecil.

Menurut neneknya, Shamsiah Yusoff, 55, Nur Khatijah yang mesra dipanggil Ijah memang minat menabung dan setiap kali menemui syiling walaupun satu sen, dia akan menyimpan wang itu.

"Kadang-kadang ada penduduk sekitar kawasan flat ini yang memberikan Ijah duit dan dia akan simpan sebab saya sering ingatkan Ijah duit itu boleh digunakan untuk keperluan sekolah.

"Sekarang dia sendiri memang suka menabung, bagi Ijah satu sen atau syiling berlubang sekalipun tetap akan dikutipnya kerana ia sangat bernilai," katanya ketika ditemui di rumahnya di Flat Taman Dagang, Ampang di sini semalam.

Nur Khatijah yang merupakan anak tunggal hidup bersama datuk dan neneknya mendapat perhatian masyarakat setelah Kosmo! dan media sosial melaporkan kesusahan yang mereka alami sehinggakan keluarga itu terpaksa membayar yuran persekolahan agamanya menggunakan duit syiling sebanyak RM64 kerana tidak mempunyai wang yang cukup.

Kanak-kanak itu kini tinggal dengan datuk dan neneknya setelah kematian ibu semasa dia berusia dua tahun, manakala bapanya menghadapi masalah sosial.

Jelas Shamsiah, dia amat terharu dengan sumbangan dan keprihatinan orang awam terhadap mereka sekeluarga.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my
Hakcipta terpelihara

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment