Monday, January 20, 2014

RG2011... Harga Kereta hibrid CBU bakal naik

 

Harga hibrid CBU bakal naik
Wartawan Sinar Harian
21 Januari 2014

  • Harga hibrid CBU bakal naik Pengecualian cukai kenderaan hibrid CKD kekal.- Gambar hiasan
1 / 1

DASAR Automotif Nasional (NAP) 2014 yang diumumkan semalam bakal menaikkan harga kereta hibrid yang diimport sepenuhnya (CBU) apabila kerajaan mengumumkan insentif pengecualian duti import dan duti eksais ke atas kenderaan itu dimansuhkan, tahun ini.

Kerajaan bagaimanapun mengekalkan pengecualian cukai terhadap kenderaan hibrid unit terurai (CKD) yang dipasang di Malaysia.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, penarikan insentif tersebut adalah berdasarkan kajian yang dilakukan bahawa pengecualian cukai kepada unit CBU hibrid dan elektrik tidak memberi faedah diharapkan kepada industri automotif negara.

"Memang kenderaan hibrid dan elektrik baik untuk negara dari segi perlepasan karbon, tetapi setelah empat tahun diberi insentif pengecualian duti import dan duti eksais, tiada syarikat pengeluar CBU ingin melakukan pemasangan kenderaan tersebut di negara kita, sedangkan objektif kita adalah untuk menarik mereka ke sini.

"Oleh itu kerajaan membuat keputusan untuk tidak menyambung pemberian insentif pengecualian duti import dan duti eksais kepada mana-mana kenderaan CBU," katanya kepada media semasa sidang media selepas pengumuman NAP 2014 di Kuala Lumpur, semalam.

Mustapa, bagaimanapun berkata, insentif pengecualian cukai itu masih boleh dinikmati bagi stok 3,000 unit kenderaan CBU sedia ada yang berbaki dari tahun lalu.

"Kenderaan CBU yang diimport pada 2014 dan ke atas sahaja akan dikenakan duti import dan duti eksais," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia Madani Sahari berkata, penarikan insentif adalah antara langkah kerajaan menggalakkan pengeluar kereta asing membuat pemasangan kenderaan hibrid dan elektrik di negara ini.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment